Monday 29 December 2014

STOP blogging untuk tahun 2015


Biarkan gambar yang berkata kata ;)

Doakan aku dapat capai impian aku untuk dapat straight's A SPM. 11subjek tau. Haha okay thanks :)



Saturday 29 November 2014

JAKIM dan CADBURY



Assalamualaikum semuaaa :)



Aku rasa semua dah sedia maklum yang coklat jenama cadbury adalah halal. Kan?
Jadi, lepas ni korang tak perlu ragu ragu membelinya k?

One more thing aku nak tegur,
Sebenarnya, kita sebagai rakyat Malaysia kena percayakan JAKIM. Sebab JAKIM adalah pihak yang bertanggungjawab mengesahkan SEMUA makanan dalam negara kita ni halal. Janganlah ragu ragu sebab diorang mesti dah arif benar tentang kerja diorang. Kalau dikatakan makanan yang korang makan tu tak halal tapi ada lambang halal JAKIM, korang tak berdosa. Tapi JAKIM sendiri yang berdosa. Diorang lah yang akan diadili seadil-adilnya oleh Sang Adil.

Jadi, jangan risau.

Siapa yang lebih arif tentang kerjaya mereka kalau bukan mereka sendiri kan? :)
Klik JAKIM Sahkan Coklat Cadbury Malaysia Adalah HALAL untuk maklumat lanjut!

Okay. Gotcha!

Wednesday 26 November 2014

Akaun 8share aku SUSPENDED



Assalamualaikum.
Nak bertanya,
Macam mana nak buat ek kalau akaun 8share suspended? -.-
Pening eden nak fikir :(

Sesiapa yang tahu cara nak baikpulih, tolong share ya?
Dapat pahala tau tolong orang :)

Tapi bak kata Blogger HH, akaun yang suspended takboleh dapat balik daa :(
Lihat entry di SINI

Tapi kalau ada sesiapa yang tahu cara lain, inform pleasee :)

Thanks!


Friday 21 November 2014

War START!


Assalamualaikum semuaa :)

Dah lama tak menaip entry selain daripada entry Giveaway/Segmen. Kan? So sorry for those yang taksukakan blog aku sebab selalu update pasal giveaway/segmen. I love it. So im sorry. Mungkin lepas habis SPM 2015 karang aku start buat projek dengan blog aku ni. Sebab aku takmau ada apa'apa komitmen dengan blog sekarang. Nanti susah nak lepas. Tapi aku akan cuba sebarkan seberapa ilmu yang aku ada kat blog aku ni.

InShaaAllah :)

Acctualy aku nak ucapkan......

Yeayyyyyy.
My holiday start todayyyy! Until 4January2015.

Sesiapa yang holiday jugak tu, pastikan cuti korang berguna. Jangan bangun pagi, mengadap blog je kerjanyaaa. Hahaha. Aku pun nak buat something yang berguna. InShaaAllah :)

Langkah pertama untuk pastikan cuti korang berguna ialah...

Rancang cuti anda!

Rancang macam mana?
Pi ambik pen satu dan kertas sehelai.
Kau catat kelemahan kau satu persatu. Contohnya, kau lemah subjek Math, kau list la. Buat sebanyak mungkin.
Then, listkan apa yang kau kena buat UNTUK MENGATASI KELEMAHAN KAU. Haaa macam tu. Got it?
Contoh lain macam kau rasa perangai kau tak elok, so rancang satu cara macam mana nak atasinya macam banyakkan beribadah ke apa ke. Hehe.

Aku bercadang nak decorate bilik tidur aku. Sebab start tahun depan aku nak tumpukan untuk SPM so i need bilik yang buatkan aku fokus dan selesa untuk belajar. Haaa :) Bilik aku yang sekarang dekat dengan tempat keluarga melepak tengok tv so aku terasa terganggu dengan tv tu. So aku mintak nak tukar bilik dengan abang aku, jauh sikit dengan tv. Hahaha. So harini aku nak start mengemas mencuci menghias dan sebagainya. Hihi. Harap gua tak malas :)

Langkah kedua ialah...

Buat jadual!

Haaa ni aku cadangkan kepada pelajar yang belum habis sekolah. Hehe macam aku. Jangan tinggal study even cuti sekolah. So, buat jadual studyyyyy! Dan kepada yang dah habis sekolah, buat jadual pasal life korang. Jadikan life korang lebih bermakna. Like banyakkan membaca or nothing else.

Aku ingat nak tingkatkan lagi penguasaan aku dalam subjek Addmath, Bio, Fizik, Kimia dan Arabic! Haha aku pun nak tingkatkan grammar aku. Wuhuu :) Kalau korang nak tahu, result akhir tahun aku da keluar, tapi just 2subjek je lagi yang taktahu. Arabic aku lulus kali ni alhamdulillah. Ustazah takboleh marah aku dah hahaha. Bio pun aku lulus yeay for me. Haha. Tapi..... Kimia aku sangat mengecewakan :( Math yang aku sayang pun tak dapat tinggi :'( Sangat sedihh. So, aku ingat nak tingkatkan lagi usahaa aku sebab aku nak 11A+ SPM 2015. Ameen :) Doakan aku!

Meh aku listkan subjek yang aku ambik :-

  1. B.Melayu
  2. English
  3. Arabic
  4. Sejarah
  5. Matematics
  6. Addmath
  7. Biology
  8. Kimia
  9. Fizik
  10. Pendidikan Quran Sunnah
  11. Pendidikan Syariah Islam
Mencabar kan? Kalau korang nak tahu, aku sebenarnya tak minat dengan science stream tapi dah terlanjur aku ambik subjek tu, aku kenalah redha dan usaha untuk berjaya. Haha. K pesanan PENTING aku ialah, BELAJARLAH KERANA ALLAH. Dan peganglah dengan janji Allah iaitu nak berjaya, mestilah kena usaha :)


Langkah ketiga ialahhh...

Make sure jadual kau berjalan!

Haaa jangan biarkan jadual just tinggal jadual. Harini kau buat jadual, esok kau dah malas. Takmau takmau! Pastikan berjalan! Jangan cakap besar je. Haha, Okay?
Kalau nak lagi senang, kau copy satu lagi jadual, then bagi kat mak kau ke siapa yang dekat dengan kau ke, suruh dia pantau korang :) Hihi. Mesti okayy inshaaAllah.

Okay sampai sini dulu ceramah gua. Haha. Kbye :)
Adios~

p/s : Doakan mision aku berjaya! Ameen :)




Sunday 16 November 2014

Jom Follow & Exchange Link?





Join yuk semuaa :)

Takpayah buat entry pun sebenarnya tapi aku saja nak tolong war warkan kepada korang. Jom tolong blogger lain yuk :)


Thursday 13 November 2014

I am back everyone! Hello~



Assalamualaikum semuaaaa.
Karimah di sini. Setelah lama aku menyepi. Aku datang kembali. Tapi mungkin tak lama. Untuk lebihan tahun ni, aku akan sentiasa online. Hihi.

Aku menyepi kerana exam.

Wuhuu final exam baru habis. Tapi amali bio fizik kimia still belum buat. Minggu depan. Tahun aku, tahun first buat amali bio fizik kimia ganti paper3. Dah lama da takde tapi buat balik.

So harap kesepianku dirindui semua. Haha.
Got to go.
Bye.


Tuesday 9 September 2014

Kembara Ilmu



"Kalau mahu tahu bagaimana kita 20tahun yang akan datang, lihatlah seberapa banyak ilmu yang kita cari ketika ini."

Carilah imu sehingga ke liang lahad.


Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan


Sumber : SINI


Friday 29 August 2014

Flight ke negeri Akhirat

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan


Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."



Sunday 17 August 2014

#iSupportGaza #BoycottIsrael







LISTS TO BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS
______________
Shops & Clothing:
______________
- Starbucks
- Tesco
- M&S
- Disney Shop
- McDonalds
- Hugo Boss
- Sunglass Hut
- Ray Ban
- GAP
- Giorgio Armani
- Calvin Klein
- Ralph Lauren - Playtex
- Banana Republic
- River Island
- Timberland
______________
Drinks:
______________
- Coca Cola
- Fruitopia
- Pepsi
- Pepsico
- Fanta
- Kia Ora
- Lilt
- Sprite
- Sunkist
- Evian
- Volvic
- Nescafé
- Nesquik - Perrier
- Vittel
______________
Foods & Chocolates:
______________
- Nestle
- Maggi(Noodles/soups)
- Buitoni
- Crosse & Blackwell
- KitKat
- MilkyBar
- Quality Street
- Smarties
- After Eight
- Aero
- Lion
- Polo
- Felix (Cat Food)
______________
Makeup/Perfumes & Health:
______________
- L'Oreal
- Clinique - DKNY
e- Prescriptives - Origins - La
- Bumble & Bumble
- Kate (Cream)
- Vaseline
- Johnson & Johnson (Baby Oil)
- Huggies
- Garnier
______________
Others:
______________
- Arsenal Football Club
- AOL
- Time Warner Time Life Magazine
- CNN
- Barbie
- Caterpillar
- Intel - Motorola
- Kotex
- HSBC
- The Sun
- The Times
- Australian Newspapers
- National Geographic
- Star Channels (Indian)
- Sky
- Fox
- Nokia
- Standard Newspapers
- New York Post
- The Telegraph
- Independent
______________
PLEASE SHARE SO YOUR FOLLOWERS CAN KNOW!


Sumber : SINI


Ayah.. Ibu..



Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita semua dikurniakan nyawa daripada Allah untuk mencari pahala di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti.
Tapi jangan lupa, tanpa redha ibu bapa, kita tidak akan dapat masuk ke syurga Allah. Jadi mari sama'sama kita mengambil iktibar daripada cerita yang akan saya taipkan. InShaaAllah.

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Cuma sekadar perkongsian yang akan memberi manfaat kepada semua InShaaAllah.

START

Aku merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku...

* * * * *

13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku.

Aku tersenyum girang. Itulah yang ku tunggu selama ini. Makanan yang sudah siap terhidang untukku dan keluarga. Sejam aku menghadap buku-buku, akhirnya tiba juga waktu rehat.

" Ye, mama. Akak datang nanti," suara lapan tahunku bernada riang.

Ketika aku melangkah ke ruang dapur, aku terdengar adikku bersorak gembira. Aku semakin hairan,

" Nak makan pun gembira sangat," ujarku kasar. Terdiam adik melihat reaksi aku. Kemudian dia berlari mendapatkan mama yang sedang mengandung.

"Mama masak apa hari ni?," soalku kepada mama lalu membuka tudung saji.

Mama hanya tersenyum." Mama masak laksa hari ni. Hari ini kan ulang tahun kelahiran adik..jadi mama masaklah makanan kegemaran dia," ucap mama sambil mengusap rambut adik dengan penuh kasih sayang.

"Mama, akak kan tak suka laksa. Kenapa mama masak makanan ni? Mama ni, macam tak faham akak kan? ," tiba-tiba, tanpa ku sedari kata-kata itu terucap dibibirku.

"Akak..ni, berkiralah. Setakat laksa, apa salahnya. Jangan cerewet sangat boleh tak?," marah adikku. Hatiku semakin panas mendengar kata-kata adik.

"Akak peduli apa? Akak nak juga makanan lain," keras kataku lalu aku cepat-cepat melangkah dari situ. 

Mama dan adik terpinga-pinga melihatku begitu. Mama hanya mampu menggeleng, begitu sedih hatinya melihat anak yang dikandung 9 bulan lebih memilih makanan dari penat lelahnya.

-------------------------------------------------------

Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Cepat saja jari-jemariku mendail nombor itu. Tet, tet. Tet, tet..
MyEm0.Com


"Assalammualaikum, ni siapa?," soal suara ditalian.

"Abah, ni kakak," pantas saja aku menjawab. Tidak sabar menyatakan hasrat dihati.

"Ye, kak? Kakak nak apa telefon abah ni?," tanya abah lembut.

"Abah, akak lapar ni. Abah belikan makanan ye?," pujukku dengan nada minta dikasihani.

"Mama tak masak ke?," tanya abah kembali.

"Masak, tapi tak sedap. Akak tak sukalah makan laksa. Akak bukannya adik," jelasku dengan kasar.

"Ah..jangan nak mengada. Mama dah masak tu, makan sajalah. Kesian tau kalau akak tak makan apa yang mama dah masak. Kecil hati mama nanti," pujuk abah untuk menenangkanku.

"Abah ni..sama dengan mama. Langsung tak faham kehendak kakak!" aku terus mematikan talian dengan perasaan bengang.

"Sama je semua orang. Asyik fikir kehendak sendiri, kehendak aku siapa nak fikir? Tapi aku laparlah, kalau gastrik, susah ni," hatiku berbicara sendiri. Di saat itu, aku lebih memilih untuk mengunci pintu dan tidak mahu makan sehingga kehendakku ditunaikan. Sakit hati rasanya bila kehendak hati tidak ditunaikan.

-------------------------------------------------------

"Abang, macam mana ni? Akak tak makan lagi ni. Dia tak keluar dari bilik langsung. Abang, saya takutlah dia pengsan ke, gastrik ke," mama menunjukkan rasa risaunya kepada abah.

"Hish, awak ni. Tak ada apalah. Dia cuma merajuk je tu. Budak kecil memang macam tu," abah cuba memujuk mama walaupun abah sendiri khuatir dengan keadaan aku.

"Abang, apa kata kita pujuk dia lepas tu bawa dia pergi fast food. Jomlah bang," pujuk mama kembali. Abah hanya menggeleng.

"Iyalah..kita pujuk dia sama-sama, lepas tu bawa dia pergi fast food, okey?," akhirnya abah mengalah juga.

-------------------------------------------------------

Aku menguntum senyuman apabila berdiri di dalam restoran terkenal itu. Berjaya juga helahku.

"Akak nak beli apa?," tanya abah lembut. Aku lantas menyembunyikan senyumanku itu. Takut disedari oleh abah.

"Akak nak beli ayam goreng..lepas tu kentang putar , ehmm..apalagi ye? Haa..akak nak beli aiskrim coklat dengan chesee burger," pintaku tanpa memperdulikan abah.

Bagiku yang penting, apa yang ku hajati tercapai. Apalagi adik tidak ada untuk menggangguku. Sebelum pergi tadi, aku memujuk mama supaya meninggalkan adik di rumah untuk dijaga oleh nenek kerana adik sedang tidur. Abah dan mama saling berpandangan, akhirnya abah mengangguk tanda setuju.

-------------------------------------------------------

"Akak dah puas hati?," tanya abah setelah kami sekeluarga berada di dalam kereta.

"Sebenarnya, akak nak beli lagi..tapi cukuplah ni je," kataku acuh tak acuh.

Langsung tidak ada sedikit pun ucapan terima kasih yang meniti dibibirku. Mama terdiam. Dia tidak tahu ingin berkata apalagi.

"Abang, nanti singgah kedai bunga tu ye. Saya nak beli baja sikit," kata mama setelah abah menghidupkan enjin kereta.

"Okey..nanti.." belum sempat pun abah menghabiskan ayatnya aku mencelah.

"Tak boleh, akak dah lapar ni. Nanti gastrik siapa susah. Ma, kita pergi lain kali ye?." Mama tersentak mendengar kata-kata aku. 

"Ye lah, kita tak payah pergi kedai tu. Kita terus balik rumah," balas mama.

Dia tidak mahu aku merajuk seperti tadi, kerana kasih sayangnya dia sanggup mengetepikan kehendak dirinya demi aku. Aku mengukir senyuman paling manis di dunia. Tidak sabar rasanya ingin ku nikmati kelazatan fast food ini. Hanya kerana fast food, aku sanggup mengecewakan hati mama.

"Abah, pinjam telefon bimbit boleh tak? Akak bosanlah. Akak nak main game," pujuk aku.

"Nah..." Tiba-tiba telefon itu jatuh dari tangan abah. 

"Abah, telefon tu jatuhlah kat bawah kaki abah," ucapku dengan harapan abah mengambilnya. Abah hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon.

"Abah..cepatlah. Akak nak main game ni," marahku kepada abah.

"Abah sedang memandu kereta, bahayalah sayang. Akak main dekat rumah ye," pujuk mama.

"Akak nak main sekarang!," aku membentak.

Abah membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai telefon bimbit yang berada dikakinya.

"Susahlah," kata abah.

"Abang, tak payahlah. Jangan dilayan sangat akak ni," kata mama apabila melihat abah sedaya upaya abah cuba mendapatkannya Aku memuncungkan bibir apabila mama berkata begitu.

"Tak apelah, akak merajuk lagi nanti, " balas abah pula.

Tiba-tiba.... " TON!! TON!!!"

" Abang, ada lori depan tu!!!!," jerit mama apabila melihat sebuah lori kontena dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang di hadapan kereta abah. Tapi semuanya sudah terlambat, abah tidak sempat menekan brek kereta.

* * * * *

"Akak, kenapa menangis ni?." kehadiran adik membuatkan aku tersedar daripada lamunan.

"Adik..," ucapku perlahan. Adik menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku ini.

"Akak teringat arwah mama dengan abah ke?," duga adik. Aku mengangguk perlahan.

"Akak, sabarlah. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang dipersalahkan. ALLAH sayangkan mereka. Mungkin dengan pemergian mereka kita lebih pandai berdikari dan lebih pandai menghargai seseorang itu selagi dia masih ada di dunia ini." Air mataku mengalir lebih deras tanda terharu mendengar kata-kata adik.

Adik yang dulu aku jauhi, kini dialah yang memberikanku semangat agar aku terus kuat berdiri tabah mengharungi dugaan hidup.

"Akak, kita doakan agar arwah abah dengan mama tenang di sana ye?," pinta adik.

"Amin," aminku di dalam hati. Abah, mama. Akak minta maaf di atas segala kesalahan akak pada abah dan mama. Akak tidak mampu mengubah segalanya. Kalau akak tahu apa yang bakal terjadi, akak tidak akan berbuat begitu sama sekali. Tetapi, siapalah akak. Akak berdoa supaya Maha Esa menempatkan abah dan mama ditempat hamba-Nya yang beriman. Amin.

END

Semoga pengajaran ini dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.
InShaaAllah.
Wallua'lam.



Thursday 14 August 2014

Resepi Kejayaan





RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya: 

1. Buku secukupnya (ikut selera masing-masing) 
2.Sebuah ketekunan 
3. 3 mangkuk kerajinan 
4. 4 hiris keinsafan 
5. 5 keping kasih sayang 
6. Beberapa potong kasih 
7. Segenggam harapan 
8. 1/3 cawan air mata keinsafan 
9. Semangkuk azam 
10. Sekuntum keimanan dan ketaqwaan untuk hiasan 

Cara membuatnya: 

1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati. 
3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha. 4. Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama. 
5. Kemudian titiskan air mata keinsafan. 
6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa. 
7. Tambahkan sedikit kerajinan. 
8. Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa. 
9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah. 

Cara menjamahnya: 

1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya. 
2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi. 
3. Hiasilah dengan seyuman. 
4. Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini. 


Selamat menjamah :)

Ayuh, mari sama'sama kita mengejar kejayaan. Berjaya di dunia dan akhirat InShaaAllah ;D
Wallahua'lam.


Monday 11 August 2014

#57 Wordless | Family |





Sunday 10 August 2014

12 Barisan Di Akhirat

Assalamualaikum.
Jom menimba ilmu~

----------------------------------------------------------------

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: 

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” 

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” 
(Surah al-Naba’) 

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” 

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. 

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 


BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 


BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KETUJUH 

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." 

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. 

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." 

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;


"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Subhanallah. Besarnya kuasa Allah.
Jom tanya diri sendiri, kita nak tergolong dalam barisan yang ke berapa?
Apa yang perlu kita buat untuk tergolong dalam barisan tersebut?

Wallahua'lam.

Monday 4 August 2014

Koleksi Jubah Murah Sempena Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia~

 


Walaupun Hari Raya Aidilfitri yang pertama telah berlalu, namun Aidilfitri merupakan sambutan yang amat ditunggu-tunggu oleh segenap umat Islam di seluruh dunia. Perayaan yang disambut setahun sekali ini merupakan simbol kepada kemenangan umat Islam serta hari yang menemukan kaum keluarga yang lama terpisah. Seperti kebiasaannya, sambutan Hari Raya tidak akan pernah meriah tanpa sepasang persalinan baju raya yang serba baru. Oleh yang demikian, berita baik untuk anda yang mendambakan koleksi jubahmurah yang menawan untuk digayakan pada Syawal ini, teruskan membaca entri ini :)





Berbelanja secara bersederhana merupakan pilihan bagi mereka yang mempunyai bilangan tanggungan yang ramai atau ahli keluarga yang besar. Namun begitu, tuntutan berfesyen dan keinginan untuk tampil bergaya pada hari yang berbahagia ini merupakan idaman setiap individu. Justeru, ZALORA Malaysia kini hadir dengan membawakan koleksi jubah murah yang boleh anda miliki dengan harga serendah RM 100 dan ke bawah! 




Koleksi-koleksi jubah yang ditawarkan adalah dibawa khas daripada jenama-jenama hebat seperti First Lady, Zuco Fashion, Jameela Muslimah dan banyak lagi. Apa yang menarik, kesemua koleksi jubah adalah diperbuat daripada fabrik yang berkualiti demi memastikan anda berada dalam keadaan yang selesa sepanjang pemakaian. Selain itu, jenama-jenama ini juga membawakan koleksi jubah moden yang menawan dan sesuai untuk anda gayakan kemana sahaja. 

Apa yang anda tunggu lagi? Buatlah pilihan yang tepat dengan melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga untuk koleksi jubah murah yang pastinya menambat hati anda. 




ZALORA merupakan destinasi fesyen sehenti yang terbaik untuk anda dengan menawarkan pelbagai potongan hebat serta perkhidmatan penghantaran secara percuma. Meriahkan Hari Raya anda dengan membuat pembelian sehelai jubah murah dengan harga serendah RM 100 dan ke bawah hari ini juga!

Ayuh semua! Jangan lepaskan peluang anda :D

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg