Saturday 18 January 2014

KEBETULAN ATAU TAKDIR?

Here I go :) Assalamualaikum semua!


Jom baca sama'sama sambil renung diri sendiri k :)


Itu Adalah Allah
  • Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
  • Itu adalah ﺍﻟﻠّﻪ yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).
  • Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang disekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
  • Itulah adalah ﺍﻟﻠّﻪ yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).
  • Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
  • Itu adalah Kuasa ﺍﻟﻠّﻪ yang sedang menghiburmu.
  • Tidak ada yang namanya kebetulan (QS 3:190-191).
  • Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk kau didapatkan?
  • Itu adalah ﺍﻟﻠّﻪ yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).
  • Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
  • Itu adalah saat ﺍﻟﻠّﻪ mengizinkan kau untuk diuji, Dan ﺍﻟﻠّﻪ ingin mendengar rintihan serta do’amu agar kau menyadari akan keberadaan-NYA…. Karena tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan (QS 47:31, 32:21).
  • Jika kau peka, akan sering kau sadari bahawa KASIH dan KUASA ﺍﻟﻠّﻪ selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.
  • Apakah kau fikir tulisan ini hanya saja saja terkirim padamu?
  • Tidak!!!
  • Sekali lagi, tidak!
  • TIDAK ADA YANG KEBETULAN… Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
  • Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA, dengarkan suara-NYA yang berkata: “Jangan khuatir.. AKU di sini bersamamu.” (QS 2:214, 2:186).

Mohon insaf ya wahai sahabatku tak kira tua atau muda. Mati akan berlaku bila'bila masa sahaja. Insaflah sebelum terlambat. Allah Maha Pengampun :) 

Monday 13 January 2014

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN


Hai semua :) Assalamualaikum!


Gambar diatas bukan hanya untuk dibaca, tapi untuk dihayati. Yes, hayati. Guys, do you understand what was wrote in that pic? You can wish and you will make it happen if you want. As you wish. Do or not. Only you can decide it :)

Okay, dah masuk tajuk lain sebenarnya ni --'

Aku nak kongsikan satu cerita. KHAS BUAT SELURUH UMAT ISLAM :) Jom baca jom :)


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinyaAda kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah

"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkatpemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentusaja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagikekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kitaumat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakankepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yanghaq menjadi bathil, dan sebaliknya. Mula-mula mungkin akan sukarbagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zinatidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanparasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."


"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.


"Paham cikgu...


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekaranganda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranyamengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambilQur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.


"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yangkuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yangkuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan. ..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkananda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggameskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


"Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanyamurid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarangtidak lagi."


"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentakterang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang..."


Matahari bersinar terik tatkalaanak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiranmasing-masing di kepalanya...

Okay done baca? Faham intipati cerita ni? We're all muslim and muslimah right? We're all can think what is "Dosa" and "Pahala". So before you want to do something, think twice. Think, do Allah likes it or not.

Okay, gotta go! Assalamualaikum :)



Sunday 12 January 2014

Jom belajar HUSNUZON



Assalamualaikum semua :)
Hari ni aku nak kongsikan satu cerita pendek tentang HUSNUZON. Do you know what's the meaning of HUSNUZON? Haha, speaking lu kejap -.- Ajet'ajet je tu. Hehe. Husnuzon bermaksud bersangka baik. Ianya daripada perkataan arab.

Okay, jom baca cerita ni sampai habis :)

  • Karimah Zulkafali II


    Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian..
    "Cuciannya kurang bersih ya. Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih bagus." ngomel si isteri.
    Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apapun.
    Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya.
    Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya: "Lihat, seolah-o dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul.. Siapa agaknya yang sudah mengajarnya? "
    Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."
    ***** Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela) bilamana kita memandangnya..
    Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.
    Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita.
    Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), Maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah segalanya.
    HATI menentukan FIKIRAN.. FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...
    2 hal yg paling baik di atas kebaikan : Sangka baik kepada Allah Sangka baik kepada Hamba Allah
  • Dah habis baca? Em, da dapat pengajarannya? Kalau da dapat, baguslah. Kita jadikan cerita ini sebagai satu inspirasi untuk berubah menjadi lebih baik. Boleh? Hehe
  • Sekian, terima kasih :p

Friday 10 January 2014

Are Paul Walker & Nelson Mandela Going To Hell? ᴴᴰ ┇ by Ustadh Majed Mahmoud [1]



Watch this guys :)

Jom muhasabah diri!


Jom hari ni kita sama'sama muhasabah diri kita :)

Assalamualaikum semua! Mari kita sama'sama terasa dengan entry aku kali ni. Haha. Serious. Kalau korang terasa, maknanya korang masih ada sifat keinsafan dalam diri. Kalau tak terasa? Haaa, yang tu bahaya! Kenapa? Sebab hati tu dah keras.

Maaf kalau terasa. Hehehe.
Kenapa kita bercakap dengan cikgu dengan sopan santun tapi dengan mak ayah kita, kita tinggikan suara? Kenapa dengan kawan'kawan, kita boleh tolong kawan kita bila diorang mintak tolong sedangkan bila adik'beradik kita mintak tolong, kita endahkan? Kenapa dengan kawan'kawan, kita boleh bagi hadiah setiap kali birthday diorang, tapi dengan ahli keluarga, wish birthday pun malas?

Jom sama'sama kita fikir :)

Mungkin ada yang tak terasa. Sebab mungkin mereka bukan macam kita, meraka mugkin tak tinggikan suara kepada ibubapa, baik dengan adik beradik dan ahli keluarga. Mungkin lah kot. Haha. Just joking guys! Hehe. Kita tu siapa? Yang terasa lah. Hahah XD

p/s : Maaf kalau anda rasa annoying -.-

Salam sayang,

Liebster Award



Hai hai hai :) Assalamualaikum! Aku di-tag oleh Farah Adilah! Tak sangka weh kena tag :O Haha, aku dapat tahu pasal Liebster Award ni daripada salah seorang following aku. Aku ada jugaklah stalk pasal ni. And aku nak jugak sertai! Alhamdulillah, ada jugak hamba Allah yang sudi tag aku. Hihi :)

Dan jom kita baca jawapan aku!


1. kalau awak diberi duit 1 juta , apa yang akan awak buat dengan duit tersebut ?

= Firstly, aku nak terbang ke Makkah! Ohyeah :) Semestinya bersama my family. In Shaa Allah.

2. Adakah awak seorang yang kuat berangan ? Kongsikan apa yang awak berangan.

= Hehe, sememangnya aku kuat berangan XD Aku berangan nak kerja hebat. Kumpul duit bebanyak! Beli rumah besar. Beli kereta sport yang mengancam! Haha. Hebat kan?

3. Kalau awak diberi peluang untuk menjadi orang lain, siapa yang awak nak jadi ?

= Aku taknak jadi orang lain :) Aku nak jadi diri aku sendiri. I love myself :*

4. Kalau awak seorang artis, macamana awak nak pastikan fans awak terus minatkan awak dan tak berpaling arah ke artis lain ?

=Hihi, ni soalan gempak ni. Kalau aku jadi artis, aku akan jadikan diri aku sebagai contoh teladan kepada fans aku. Itu tanggungjawab seorang artis :)

5. Awak minat haiwan apa ?

= Sugar glider~ Haha. Comel bhai. Eee, rasa macam nak gomol je binatang tu XD

6. Awak suka lelaki yang macamana ?

= Soalan yang paling aku nak jawab ni XD First, aku suka lelaki yang tak merokok! Kedua, aku suka yang tinggi! Ketiga, aku suka yang lebih tua daripada aku :) Keempat, aku suka lelaki yang ego! Lastly, aku suka yang nakal. Hehe XD

7. Kejadian yang paling tak dapat dilupakan ?

= Sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan macam mana aku pernah terjatuh ke dalam longkang yang sangat besar di depan semua kawan'kawan aku -.- Yang paling sadis, kawan'kawan aku gelakkan aku dulu sebelum tolong aku. Haha. Memang memalukan :3

8. Blog saya macamana pada pandangan awak ?
= So simple. Dan secara jujurnya, pink dan hitam tak sesuai untuk digabungkan. Hehe, jangan marah tau :)

9. Minat justin bieber ? Kenapa ?

= Tak minat lahh :) My close friend minat Justin. And dia buatkan aku suka akan karakter Justin. Hihi.

10. Beri satu gambar yang melambangkan diri awak.

(Azam dan matlamat aku)

Soalan aku pulak :) Hihi.

1. Apa azam anda pada tahun 2014?

2. Apa pendapat anda tentang kawan yang bertalam dua muka? Dan apakah tindakan anda jika anda mempunyai kawan yang berperangai sebegitu?

3. Apakah kerjadian yang amat anda kesali?

4. Anda sayangkan ibubapa anda? Apa yang anda ingin lakukan supaya kedua ibubapa anda bangga terhadap diri anda?

5. Pendapat anda tentang blog saya?

6. Bilakah anda mula ber-blogging? Dan siapakah yang mula'mula anda follow?

7. Ada crush? Hehe. Apakah ciri'ciri atau perangai crush anda?

8. Adakah internet amat penting untuk anda? Jika anda tidak dapat online dalam masa 3hari, apa yang anda rasakan?

9. Senaraikan 3perkara yang anda ingin lakukan sebelum anda meninggal dunia.

10. Gambar moto atau prinsip hidup anda :)


Mangsa saya ialah jeng jeng jeng! Haha.

- Ashirah Azif
- Aqilah Azmi
- Rabi'atul

Selamat menjawab! Maaf jika saya menyusahkan. Hehe.

Salam sayang,

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg