Friday, 12 January 2018

Cara mentranformasikan kegiatan pertanian

Assalamualaikum.

Aku nak share isi karangan yang pernah aku buat. Tiada jaminan betul 100%.

Antara cara yang dapat mentranformasikan kegiatan pertanian ialah semua kegiatan dalam sektor pertanian harus diusahakan menggunakan teknologi dan peralatan moden supaya kegiatan tersebut lebih ‘cost effective’. Hal ini demikian kerana, teknologi dan peralatan moden seperti penggunaan baja organik atau jentera mesin mampu meningkatkan hasil tanaman dan memudahkan proses penanaman, contoh lain ialah kacukan baka padi, yang membolehkan padi ditanam tiga musim setahun dengan menghasilkan tuaian yang lebih banyak dan berkualiti. Contoh-contoh tersebut membuktikan bahawa teknologi moden mampu mentranformasikan kegiatan pertanian menggantikan kegiatan pertanian secara tradisional yang lambat dan kurang menguntungkan.

Transformasi pertanian dapat dilaksanakan melalui tanah milik individu atau pihak tertentu yang bersaiz kecil hendaklah digabungkan supaya kegiatan pertanian secara kelompok dan bersifat komersial dapat dilakukan. Hal ini demikian kerana, jika hasil tanaman yang diperoleh sebelum ini sedikit, apabila tanah itu digabungkan maka tanaman yang dihasilkan akan berlipat ganda. Bukan itu sahaja, tanaman yang dihasilkan juga akan lebih berkualiti daripada sebelumnya kerana nutrien yang dihasilkan dalam tanah. Oleh itu, melalui pergabungan ini, pelbagai faedah dapat diperolehi sejurus sektor pertanian juga akan turut berkembang maju.

Isi pertama: Karimah
Nurul ‘Ain Fakhriah
Alia Nurina

Isi kedua: Sharifah Madihah
Che ku Nur Zafirah
Damia Amira
Mohd Naqiuddin

Harap membantu!

No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg