Sunday, 7 January 2018

Kawan yang pendiam.

Korang ada kawan2 yang pendiam dan tak banyak cakap tak?

Kalau ada, kita selalu cakap kat diorang,

"Dia tu bukan pandai cakap pun, so tak payah la kau nak suruh buat presentation ke atau jumpa client ke."

"Dia ni anti-sosial ahh. Bila lepak dengan kawan2 mesti tak nak bersembang, diam je dari tadi."

Hmm, korang... ada satu benda yang korang tak perasan pada orang macam ni.

Perasan tak, bila korang lepak dengan kawan2, confirm akan bersembang pasal kawan2 lain atau bahasa betulnya ialah mengumpat. Ya, mengumpat memang tak boleh lari daripada topik perbualan bila kita berada bersama kawan2.

"Eh, aku tengok si A tu makin buncit la."

"Haa, kau tahu tak si B dan C tengah gaduh, kutuk muka buruk la, macam2."

Tapi, orang2 yang pendiam ni selalu akan terus mendiamkan diri, dia tak peduli pun kawan2 sekeliling tengah mengumpat atau kutuk2 orang.

Sebab apa?

Kadang2, boleh jadi dia sendiri sedar dosa mengumpat tu, tapi kalau dia nak pergi dari situ nanti risau kawan2 lain terasa, so dia pun pekakkan diri.

So, diri korang sekarang ni yang mana satu? Bila korang selalu lepak dengan kawan2, adakah korang

1) antara orang yang selalu mengumpat atau buka cerita pasal orang lain?

atau

2) antara orang yang diam dan memekakkan telinga serta menjauhkan diri daripada dosa mengumpat tu?

Kalau tak dapat tegur sekalipun kawan2 yang tengah mengumpat, at least janganlah join sekali, buat tak tahu saja. Serius, nak share dosa ni tak best sebenarnya.

Ikhlas,
Tim Tarbiah Sentap

Aku ada sorang kawan yang pendiam.
Sebenarnya, dia tak pendiam. Dia buat-buat pendiam. Sebab dia taknak join orang mengumpat. Dia pernah cerita, ada suatu ketika, kawan-kawan dia mengumpat tentang aku. Dia tak boleh nak tegur sebab kawan-kawan dia jenis keras kepala. So, dia hanya mampu mendiamkan diri sebab dia kata dia kenal aku macam mana.
Aku sangat menghargai kawan seperti dia :)
Terima kasih kawan.
Aku rindu kau.

No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg