Wednesday, 10 January 2018

Senarai makna perkataan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM

 Morfologi
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Morfem
Unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna.
Morfem bebas
Morfem yang bertaraf kata kerana dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh.
Morfem terikat
Morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata.
Morfem terikat satuan
Morfem terikat yang utuh bentuknya dan bahagian-bahagiannya tidak boleh dipisahkan
Morfem terikat terbahagi
Awalan dan akhiran yang digunakan serentak sebagai satu satuan
Morfem terikat kompleks
Gabungan dua morfem terikat atau lebih.
Alomorf
Kelainan atau varian bagi sesuatu morfem
Morfofonem
Satu konsep yang menunjukkan berlakunya perubahan bunyi atau fonem pada sesuatu morfem terikat apabila morfem terikat itu diimbuhkan pada sesuatu kata.
Kata
Unit bahasa yang bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai, dan mengandungi maksud yang lengkap.
Kata akar
Bentuk yang tidak mempunyai makna yang jelas.
Kata dasar
Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan.
Kata tunggal
Kata yang tidak menerima imbuhan, penggandaan atau pemajmukan.
Kata terbitan
Kata yang terbentuk dengan cara mengimbuhkan kata dasar, sama ada dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan, atau apitan.
Kata majmuk
Kata yang terbentuk apabila dua kata atau lebih digandingkan dan bentuk kata yang terhasil membawa makna yang lain serta berfungsi sebagai satu unit.
Kata ganda
Perkataan yang dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar.
Golongan kata
Kelompok kata yang ditentukan berdasarkan tiga kriteria, iaitu kriteria semantik, kriteria morfologi dan kriteria sintaksis.
Kata nama
Perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
Kata nama khas
Kata nama yang merujuk kepada sesuatu nama yang khusus.
Kata nama am
Kata nama yang umum, iaitu tidak khusus kepada nama-nama tertentu.
Kata ganti nama
Kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama, sama ada kata nama khas atau kata nama am.
Kata nama tunggal
Kata nama yang mengandungi satu morfem bebas sahaja dan dapat menjadi inti dalam binaan frasa nama.
Kata kerja
Kata yang merujuk kepada perbuatan atau keadaan tertentu.
Kata adjektif
Kata yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama dan boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif
Kata tugas
Kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat yang mendukung sesuatu tugas sintaksis.
Kata hubung gabungan
Kata tugas yang menyambungkan dua atau lebih klausa utama atau klausa bebas yang setara untuk membentuk ayat majmuk gabungan.
Kata bilangan
Kata yang memberi keterangan tentang jumlah bagi kata nama atau frasa nama.
Kata adverba
Kata yang menerangkan kata atau frasa kerja, kata atau frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Pembentukan kata
Proses membina atau membentuk sesuatu kata.
Pengimbuhan
Membentuk kata terbitan, iaitu menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pemajmukan
Membentuk kata majmuk, iaitu merangkaikan dua atau lebih kata dasar untuk membawa makna yang baharu.
Penggandaan
Membentuk kata ganda, iaitu menggandakan kata dasar.
Pengakroniman
Membentuk akronim, iaitu menggabungkan huruf atau suku kata beberapa perkataan degan huruf dan suku kata perkataan lain. Kata ini dapat dilafazkan sebagai satu perkataan yang utuh.
Sintaksis
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Frasa
Binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu kata yang berpotensi untuk diperluas menjadi frasa.
Klausa
Rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang boleh menjadi konstituen kepada ayat.
Ayat
Unit tatabahasa yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat atau hierarki tatabahasa.
Ayat dasar
Ayat inti yang menjadi dasar atau asas bagi pembentukan ayat yang lain.
Ayat aktif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan
Ayat pasif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ini adalah salah satu cara aku study untuk exam!
Print out & hafal.
Rujukan last minute sebelum masuk exam pun boleh :)

Jangan lupa comment kalau anda copy&paste! :)

Kalau nak view on google docs, click here

No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg