Hai hai hai :) Assalamualaikum semua! Apa khabar? Semoga sihat sentiasa In Shaa Allah :) Aamiin aamiin aamiin! Sudahkan kita semua mengucap Alhamdulillah pada hari ini? Tanda syukur kepada Allah.
Alhamdulillah :)
Hari ini, saya ingin kongsikan satu pandangan tentang apa yang sering dikatakan oleh masyarakat sekarang. Yeah! Semua orang selalu cakap
"Just be yourself sayang, tak perlu nak jadi orang lain"
Yeah! Saya setuju. Kita kena jadi diri kita sendiri. Tak perlu nak jadi orang lain semata'mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Tapi ramai orang tersalah anggap ungkapan tersebut. Memang kita perlu jadi diri sendiri, tapi perlukah kita menjadi diri sendiri yang sering melakukan dosa setiap hari setiap masa? Perlu?
Sememangnya TIDAK kan? Kalau kita tahu diri kita sering melakukan dosa setiap hari, kita perlu BERUBAH! Jangan lagi duduk di tempat yang sama. Jangan lakukan dosa yang sama!
Hah! Nak tahu bagaimana kita boleh melihat dosa yang sering kita lakukan tanpa kita sedar? Saya ada satu tip. Yeah! Sangat berkesan In Shaa Allah :)
Tipnya ialah : Setiap kali sebelum tidur, kita senaraikan semua pahala dan dosa yang kita lakukan setiap hari. Start daripada waktu pagi hingga malam hari. Jangan tertinggal satu pun.
Contohnya:
Nah! Macam ni lah :)
Bila kita dah senaraikan satu persatu setiap hari, kita akan tahu di mana khilaf kita. So, kita jangan asyik berdiam diri! BERUBAHLAH :) Yes! Berubah memang senang TAPI istiqamah itu susah. Tidak dinafikan. Saya pun turut merasakan perkara yang sama. Perubahan tidak perlu secara drastik. Berubahlah perlahan'lahan. In Shaa Allah kita akan dibantu oleh Allah kalau kita berubah kerana Allah!
Kalau ada beberapa pihak yang tidak suka akan perubahan kita, tak perlu ambil pusing. Sebenarnya mereka cemburu. Yes! Cemburu melihat perubahan kita ke arah yang lebih baik kerana mereka tidak mampu untuk berubah seperti kita. Jap, bukan tak mampu. Tapi sebenarnya mereka tidak mahu. Malas nak berubah.
So, kita tak perlu berhenti berubah. Teruskan perjuangan anda! Allah sentiasa di sisi hamba'hambaNya yang berjuang demiNya :) In Shaa Allah!
"Just be yourself" ini sebenarnya ditujukan khas kepada individu yang tidak berani menunjukkan sifatnya yang sebenar.
Contohnya :
Dulunya si A sekolah di sekolah agama. Sekarang si A terpaksa berpindah ke sekolah biasa dek kerana ayahnya terpaksa berpindah tempat kerja. Di sekolah si A yang dulu, si A memakai tudung labuh. Bila berpindah di sekolah biasa, si A malu untuk memakai tudung labuh kerana di sekolah tersebut, hanya si A yang memakai tudung labuh. So si A membuat keputusan untuk meniru pelajar'pelajar lain dengan memakai tudung singkat.
Ada faham? Sepatutnya kita bangga dengan pakaian menutup aurat kita! Jangan biarkan syaitan memperdaya kita. Kita harus menjadi diri sendiri. Jangan meniru orang lain.
You are you! Not someone else :)
Hm, mungkin orang yang mengenali saya akan berkata: "Heh, cakap banyak. Dia tak buat pun. Ceramah dekat orang bagai"
Awak, saya tahu saya banyak khilaf. Saya pun bukan sempurna. Saya selalu jugak buat dosa. Tak dinafikan. Saya sedang berhijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik. Maaf jika ada yang tidak berpuas hati dengan perangai atau kata'kata saya. Maaf maaf maaf :)
Post ini sekadar perkongsian saya untuk semua orang. Post ini jugak bertujuan untuk mengingati diri sendiri. Semoga post ini dapat membuka hati'hati manusia yang lain. Semoga berguna. In Shaa Allah :)
With love :) Assalamualaikum!