Thursday 21 January 2016

Selamat malam :)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
سلم قولا من رب رحيم
ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ
----------------------
Semua yg dikasihi..
Salam Sejahtera/
Selamat Malam
Khamis 21 Jan. 2016
11 Rabiulakhir 1437H
19 hari menjelang
Jamadilawal
----------------------
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد
ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢٌٌُُِِِ
ِ
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻟَﺎ ﺗَﺪَﻉْ ﻟِﻲ ﺫَﻧْﺒﺎً ﺇِﻟَّﺎ ﻏَﻔَﺮْﺗَﻪُ ﻭَﻟَﺎ ﻫَﻤّﺎً ﺇِﻟَّﺎ ﻓَﺮَّﺟْﺘَﻪُ ﻭَﻟَﺎ ﺩَﻳْﻨًﺎً ﺇِﻟَﺎ ﻗَﻀَﻴْﺘَﻪُ ﻭَﻟَﺎ ﺣَﺎﺟَﺔً ﻣِﻦْ ﺣَﻮَﺍﺋِﺞِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻭَﺍْﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻟَّﺎ ﻗَﻀَﻴْﺘَﻬَﺎ ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺎ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺍﺣِﻤِﻴْﻦِ
“Ya Allah, jangan Engkau tinggalkan
untuk ku sebuah dosa kecuali Engkau
ampuni, jangan tinggalkan kesusahan
kecuali Engkau hilangkan, jangan
tinggalkan hutang kecuali Engkau
bayarkan, jangan tinggalkan keperluan
dunia dan akhirat kecuali Engkau
penuhi, wahai yang paling mengasihi
diantara yang mengasihi”
(HR Thabrani fi Al Ausath No 3529, & fi Al Shaghir No 342)
اَستَغفِرُ اللَّهَ العَظِيم، َ
Diiring ampun & maaf
ﺇِﻥ ﺷَﺎﺀ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺤَﺔِ
ُآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Cerita aku | Musuh dan hasutan. |


Siapa pernah kena angkat tangan sikit (Y) Hahaha, aku pernah ada musuh yang macam ni. Musuh since darjah5 dan aku sekarang 18tahun. Lame tak? Haha sampai sekarang dia bermusuhkan aku. Entah kenapa. Aku pun taktahu.

Semoga kita dijauhkan daripada manusia yang sebegini ameen :)

Meh nak cerita sikit hihi :D

Darjah 5 -- Aku pindah sekolah baru. Yeah sebab sekolah lama aku setakat darjah5 dan aku masuk darjah5 2x sebab aku masuk tadika umur 4tahun dan masuk darjah1 umur 6tahun. Faham tak? Hahaha. Then aku dapat masuk kelas nombor 2 dan aku mintak ditukarkan sebab kelas tu ramai lelaki, bising! Aku tak suka. Hari kedua aku masuk kelas nombor 1. Nah, start hari tu la. Ada hamba Allah ni, dia ajak aku duduk tepi dia, then minggu depan dia lari dari aku. Dia tak suka aku huhu.

Darjah6 -- Aku jadi pengawas sekolah merangkap penolong ketua pengawas. Nah, lagi dia tak sukakan aku sebab dia pun pengawas dan calon penolong ketua pengawas. Tapi jawatan tu aku dapat. Dan dalam masa yang sama aku ada skandal dengan ketua pengawas muahahaha! Tak matured okay? :D Maafkan saya haha.

Tingkatan1 -- Tak sekolah sama, tapi masa ni kitorang kawan. Selalu mesej cakap rindu kehkeh XD

Tingkatan2 -- Dia pindah sekolah sama dengan aku. Tapi tak sekelas. Awal tahun okay. Tapi bergaduh selalu. Kalau bergaduh, mesti dia akan hasut orang lain bencikan aku. Tapi lepas tu baik balik.

Tingatan3 -- Satu kelas. Ada gaduh jugak macam biasa.

Tingkatan4 -- Tak sekelas. Start gaduh besar sampai jadi kes guru disiplin. Putus kawan. Putus geng. Stop ambil tahu hal masing'masing.

Tingkatan5 -- Sekelas balik. Awal tahun tak bertegur sapa. Sebelum trial spm, berbaik semula sejak pergi kem. Tapi kawan macam biasa, bukan macam dulu. Sebelum spm, memang totally tak ambil tahu hal masing'masing.

Nah, panjang punya history haha!
Ni lepas habis spm, memang terus taknak ambil tahu haha! Kitorang memang tak contact since gaduh besar masa tingkatan4. Kehkeh :)

Alhamdulillah aku sempat mintak maaf dengan dia. Semoga dia sentiasa diberi hidayah oleh Allah. Termasuk aku. Ameen.

Assalamualaikum :D



Kepercayaan.


Assalamualaikum :)

Tak semua orang yang boleh kita percaya dan tak semua orang yang tidak boleh kita percaya. Ambil tips daripada gambar di atas. InshaaAllah anda tidak akan silap menilai seseorang :)

Aku juga seperti kalian, pernah ditipu dan ditikam belakang. Jadi, aku tidak mempercayai orang yang pernah menipu aku buat kali pertama. Alhamdulillah lebih selamat :D

Dan aku bukan seorang yang suka menipu.
InshaaAllah.

Semoga ambil iktibar ya sahabat blogger sekalian :)

Wednesday 20 January 2016

JOM KLIK NUFFNANG


PANGGILAN PENTING!

Haha okay sebenarnya aku bosan. Tetiba mari datang idea nak ajak korang semua klik iklan nufnang di blog aku sekarang.

Sebagai balasan, korang komen link blog, aku klik yang korang pulak.

Hurry up sebelum en.Nuffnang berlalu pergi~

Haha thank you!
Semoga ada yang sudi membantu ^^

Psstt tak baik menipu >.<

Hari keputusan STAM 2015


Assalamualaikum.
Entry ini aku buat khas untuk seseorang yang penting dalam hidup aku. HAHA! No, bukan appreciate entry, hanya sekadar nak berkongsi dengan korang semua tentang peperiksaan STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Untuk pengetahuan korang semua, esok 21Januari2016, hari keputusan peperiksaan STAM.

STAM : Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam. 

Mata pelajaran
S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
S102 – Fiqh
S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
S104 – Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran)
S105 – Hadith dan Mustolah
S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
S107 – Insya’ dan Mutalaah
S108 – Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab)
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
S110 – Balaghah (kesusateraan)

---------------------------------------------

Dia pernah bagitahu yang STAM ni level dia tinggi. Lebih susah daripada belajar PQS, pendidikan quran sunnah atau PSI, pendidikan syariah islam atau Bahasa Arab Tinggi. Sebab semua subjek yang di ambil adalah dalam bahasa arab.

--------------------------------------------

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:
Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal

Aku harap sangat dia dapat mumtaz dalam peperiksaan STAM. Ameen :) Aku yakin dia lulus dengan cemerlang sebab bagi aku, dia layak untuk dapat result Mumtaz. Walaupun dua tiga harini dia duk asyik sebut dia takut gagal, aku tetap positifkan dia. Yes, itu je yang aku mampu buat :)

Gambate awak :')

Syarat minimum kemasukan Program Asasi UITM


Assalamualaikum.
Aku teruskan agenda aku hihi.
Maaf kepada yang tak tertarik untuk baca ^^ Aku nak kongsikan kepada yang memerlukan inshaaAllah.


Klik gambar untuk ke laman web rasmi program asasi UITM

Seperti biasa aku copy paste syarat untuk Program asasi LAW/undang'undang.

------------------------

Law Foundation programme offered by UiTM can be divided into two:-

UiTM Law Foundation (Asasi Undang-undang UiTM)

a)    Having completed this programme, students will further their studies in UiTM only.
b)    Candidates with excellent result based on merit will be placed in Shah Alam campus (subject to number of places provided).
c)    Students with a CGPA of 3.00 and above and achieve Band 4 for MUET will be absorbed into theBachelor of Laws (Honours) - LW 224 in UiTM.
d)    Students may also apply for a Degree Programme offered by the following Faculties:-
  • Faculty of Art & Design (through interview)
  • Faculty of Administrative Science and Policy Studies
  • Faculty of Communication and Media Studies (through interview)
  • Faculty of Artistics & Creative Technology (through interview)
  • Academy of Language Studies (through interview)
  • Faculty of Hotel & Tourism Management
  • Faculty of Business Management

e)    Students with a CGPA of 3.00 and below will not be offered automatically for the above programmes. Selection will be made based on meritocracy, academic excellence, number of places and competition from Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Matriculation candidates.
f)     Application for absorption to one of the abovementioned degree programme must be made through online system provided by Bahagian Pengambilan Pelajar.

KPTM Law Foundation ( Asasi Undang-undang KPTM)

a)    Students who completed this programme with excellent results will have the opportunity to do Law Degree in any public higher learning institutions such as University of Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia ,Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin as well Universiti Teknologi MARA. Candidates must attain MUET Band 4 as an additional requirement.
b)    Students may also apply for programmes in the Social Sciences and Arts in any universities subject to fulfillment of prescribed requirements by the respective universities.
c)    Application to further study at the degree level must be made via UPU online application.

ADMISSION REQUIREMENTS
Fulfilled university requirements with a minimum of :-
Distinction (A-) in English Language AND
Credit (C) in Mathematics or Additional Mathematics AND
Distinction (A-) in any 3 subjects (excluding Mathematics, Additional Mathematics and English Language)
Priority will be given to candidates with excellent result. 

--------------------------------

Okay subjek english ler yang masalah kalau ikutkan result trial. Tapi korang tolong doakan result spm aku yang sebenar lebih baik daripada result trial okay? Thank you :)

Adios!
Arigato..



USIM - http://theonlygirl98.blogspot.my/2016/01/syarat-kemasukan-program-asasi-usim.html

UIAM - http://theonlygirl98.blogspot.my/2016/01/syarat-minumim-kemasukan-program-asasi.html


Apa itu SYIRIK?


Assalamualaikum.

Sambung kepada slot agama :)
Harini suka aku nak kongsikan kepada semua tentang SYIRIK. Dan perkara ini adalah perkara yang wajib korang semua tahu dan belajar untuk hindari daripada amalan hidup kita inshaaAllah!

Syirik : Menyukutukan Allah dengan benda'benda lain.

Syirik ada dua bahagian penting.

1. Syirik Jali ; Syirik yang jelas seperti menyembah berhala, batu, matahari, patung atau memuja roh nenek moyang, pokok, kubur atau tugu dan gambar manusia.

It's like kau pergi jumpa bomoh, mintak bantuan daripada dia suruh jin atau syaitan tolong kau. Nah, itu syirik jali.

2. Syirik khafi ; Syirik yang tersembunyi dan tidak disedari. Cth; solat untuk dikatakan warak, belajar untuk dikatakan alim, membuat kebajikan untuk dipuji, dan berbangga dengan pangkat dan harta. Sifat riak atau sombong jugak salah satu daripada syirik khafi. Sifat riak ini adalah paling bahaya sebab sifatnya yang tersembunyi menyebabkan perilaku tidak sedar dan tidak segera bertaubat.

Dan riak jugak sebahagian daripada ciri'ciri golongan munafik.

Surah An-nisa' , 142:4
"Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura'pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnyya) kepada manusia (supaya sangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang'jarang)"

---------------------

Nah, semoga kita semua dijauhkan dengan sifat riak dan syirik. Nauzubillah. Dan semoga perkongsian dari aku memberi manfaat kepada semua inshaaAllah :)

Apa yang penting sekali korang kena tahu, SYIRIK ADALAH SALAH SATU DARIPADA DOSA BESAR.

Jaga diri anda.

Wednesday 13 January 2016

Syarat kemasukan Program Asasi USIM

Assalamualaikum.

Okay, yang kedua aku search untuk USIM. Salah satu universiti yang aku target la. Em aku tahu korang kalau search sendiri pun akan jumpa, tapi aku update jugak untuk kemudahan aku sendiri dan orang lain yang malas nak search. haha! Nanti senang untuk aku rujuk balik, cuma baca post sendiri je haha XD


Sumber : SINI

Seperti biasa, aku cuma copy paste untuk program Tahmidi (asasi) untuk program berkaitan undang'undang hihihi.

-------------------------------------------------

Syarat Am Universiti:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan
mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa
Melayu.
Syarat Khas Program:
1. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran
berikut:
 Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi
 Bahasa Inggeris
2. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam MANA-MANA DUA
(2) mata pelajaran berikut:
 Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan AlQuran
dan As-Sunnah / Tasawwur Islam
3. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran
Matematik atau Matematik Tambahan.
 4. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam MANA-MANA
SATU (1) mata pelajaran yang lain.

--------------------------------------------------------

Okay seperti yang sebelum ni, masalah aku tetap dengan subjek Bahasa Arab Tinggi. Allahu, semoga dipermudahkan segalanya untuk result spm nanti :')

Harap membantu!

Syarat minumim kemasukan Program Asasi UIAM

Assalamualaikum.

Mulai harini aku nak start update pasal syarat kemasukan untuk program asasi untuk mana'mana universiti inshaaAllah. Bagi persediaan aku lepas dapat result spm nanti inshaaAllah.

So, harini aku nak mula dengan UIAM. Haritu aku dah stalk untuk beberapa U, tapi tak berkesempatan nak update.


-----------------------------------------------

SYARAT AM
(UNTUK SEMUA PROGRAM)
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya
2. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu
3. Kepujian gred C dalam salah satu (1) mata pelajaran
berikut :
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah

ASASI UNDANG-UNDANG
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4
semester bergantung kepada
pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)

Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred A- dalam mana-mana empat (4) mata
pelajaran.
2. Gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
atau
 Kombinasi gred B dalam mata pelajaran Bahasa
 Inggeris dan gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa
 Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi
3. Gred B dalam mata pelajaran Sejarah
4. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Mathematics
5. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran
berikut :
 Science
 Literature in English
 Kesusasteraan Melayu
 Geografi
 Additional Mathematics
 Sains Pertanian
 Perdagangan
 Ekonomi Asas
 Information & Communication Technology
 Prinsip Perakaunan
 Tasawwur Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Physics
 Chemistry
 Biology
 Pengajian Keusahawanan
 English for Science & Technology

---------------------------------------------------------------

Kalau korang nak check untuk program asasi yang lain, korang boleh rujuk SINI. Aku cuma update untuk program undang-undang sebab tu matlamat aku hehehe.

Dan sekarang kalau aku semak dengan markah trial spm aku, aku still kurang dekat subjek English. Huhu, dia nak B+, aku cuma B. Dan subjek Bahasa Arab Tinggi aku C untuk trial. Huahuahua T^T

InshaaAllah untuk result spm nanti, aku akan penuhi semuaaa syarat minimum yang dia nak, inshaaAllah akan lebih gempakkk ameen! Mohon doakan! :D

Adios! Harap dapat membantu lepasan SPM yang lain :)




Tuesday 12 January 2016

Pentingnya FONT SIZE bagi blogger!


Hai.
Assalamualaikum.

Okay, entry kali ni adalah entry yang penting untuk semua blogger tahu. Yeah, walaupun aku rasa aku tak layak nak buat entry ni sebab aku hanyalah blogger picisan, tapi aku tetap nak luahkan apa yang aku rasa penting untuk korang tahu.

ADAKAH ANDA TAHU, FONT SIZE TERAMATLAH PENTING BAGI SEORANG BLOGGER?

Nah! Bagi yang tahu tu, alhamdulillah. Tapi bagi yang menulis ikut sedap anak tekak nak letak font size berapa, korang perlu tahu bahawa font size memainkan peranan yanggg teramat penting untuk menarik blogger lain kepada blog kita.

Kenapa?
Sebab takde orang nak baca blog yang tulisan dia terlalu kecil!

Baru je tadi aku blogwalking satu blog. Aku baca tajuk entry best. Then aku baru semangat nak baca, then tulisan yang digunakan terlalu kecil sehingga menyakitkan mata untuk baca. Yeah semestinya aku tengah pakai spek -_-

Penggunaan font size yang betul adalah tak telalu besar atau tak telalu kecil.

Jenis font jugak memainkan peranan penting sebenarnya. Sebab kalau korang pilih tulisan berangkai,  aduhmak matilah orang nak membacanya macam mana T__T

Huhu, maaf jika luahan hati aku terlalu terbuka dan kasar.

Adios!


Sunday 10 January 2016

Teka Teki Benda Uk

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/teka-teki-benda-uk.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Kotak Berwarna Merah Tersebut.?

"Nama Binatang Tapi Tidak Berkaki,
Berjalan Apabila Tunjuk Arahan,
Walau Badannya Bermacam Warna,
Disebaliknya Hanya Berwarna Putih.
Bila Diguna pasti Di Depan Mata"

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post Teka Teki Benda Uk
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Blogger yang menjawab dengan betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 13-1-2016.

Jawapan Saya : tetikus.

Tuesday 5 January 2016

PERMOHONAN UPU ONLINE DIBUKA 18JAN2016


http://upu.mohe.gov.my/

Aku saja share sebab terlalu banyak viral menyatakan 8Jan2016 tarikh beli no pin UPU. Then, aku search laman web rasmi UPU, nah, 18Jan2016 rupanya.

So, bolehlah, akak akak abang abang pergi betulkan balik bagitahu adik adik (macam saya haha!) yang tarikh beli no pin UPU 18JAN2016.

Terima kasih! :)

Check berat blog!

[Entry eksperimen]

Haiii.
Tadi terbaca dekat cbox, akak AisyhahNyais (click nama, terus ke entry tersebut) ajak p timbang berat, so terjah ler blog sis hebat tu haha. Jadi, aku pun try timbang berat blog haku.

klik gambar untuk check berat blog anda.

Nah, ni result.


Tapi sebenarnya tadi aku test skali, 15saat macam tu, kali kedua jadi 8.38 saat. Bak kata akak AisyhahNyais,ringan letuww kan? hahah XD

Dan sekarang aku try aplikasikan tips akak AisyhahNyais untuk meringankan berat blog aku dengan buang widget yang tak perlu. Setelah buang 1 widget yang memang useless, nahhhh hasilnya..


Muahahahah kan dah lebih lajuuuu saat tu. Yeahh. Habis sudah eksperimen aku. HAHA! Nak tahu satu lagi tips ringan berat blog, p terjah blog hakak AisyhahNyais :D

Selamat malam! :)




Tutorial Shawl Menepati Syarak

Hai assalamualaikum semuaa :)
Harini aku nak kongsikan dengan korang semua beberapa tutorial berbentuk gambar yang aku dapat daripada Twitter.

Nah, perkara baik kena dikongsikan? Sharing is caring :D

Tweet ni ler.

Okay, here the picture! :D


Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Ya tahu korang boleh search je dekat google dan keluar 1000001 cara sebenarnya. Tapi apa salahnya aku nak kongsikan kan? Hihi.

Dan jangan lupa.
Syarat PENTING dalam etika pemakaian tudung.

1. MENUTUPI DADA.
2. LABUH DARIPADA BAHU.
3. LABUH JUGA DI BAHAGIAN BELAKANG.
4. TIDAK TERLALU MENARIK PERHATIAN LELAKI.

Ya, tutorial di atas memang tak menepati kesemua syarat, tapi kita slow'slow baiki diri kita okay? Korang boleh adjust sendiri mengikut kelabuhan yang korang selesa :)

Ingat.

Buatlah apa sahaja. Tapi hanya perkara yang Allah suka.

Adios~
Terima kasih :D



Saturday 2 January 2016

10 Questions tag by NurulFadhilah



Hai assalamualaikum!! :D
Maaf kepada akak NurulFadhilah sebab aku baru je ada kesempatan nak menjawab. Ribuan terima kasih kerana sudi tag-kan aku. A lot of thank you! :D

Malas nak cakap banyak sebab taktahu nak bebelkan apa, so apa kata aku jawab je dulu huhuhu XD

10 questions from akak NurulFadhilah.

- Haiwan yang ditakuti?
Em i don't know. Mungkin haiwan liar sebab aku suka kucing, aku suka arnab, aku suka hamster, aku pernah bela burung, taktakut katak, taktakut lipas. Hehehe :)

- Kalau korang ada bff (kawan baik), korang sanggup ke buat surprise birthday utk dia? Nak buat mcm mana? Kalau yg pernah buat, sharelah sikit.
Of course sanggup! Kawan baik susah woo nak dapat ^^ Aku pernah ada 2kawan baik and sekarang dia bukan kawan baik aku lagi. Huhu so sekarang aku stick dengan sorang kawanbaik dan aku harap berkekalan sampai syurga sana ameen :)
Tapi takpernah buat surprise sebab tahun ni aku punya plan cancel :( atas sebab sebab tertentu huhu. Tapi setiap kali birthday, we make it special :')
Untuk perancangan sambut birthday dia tahun ni 2016, aku rancang nak pergi picnic dengan dia berdua kot sebab masa tu kitorang dah ada lesen haha tapi yang aku takut, dua dua dapat u lain :( harap masa tu ada gap untuk jumpa lah :') Tapi yang menyedihkan, birthday aku tahun ni, dia takde dengan aku. Dia stay kl for 2month! ihateit! X( But try to accept it :')



- Study dkt mana?
Menganggur kak T^T hahaha tengah tunggu result spm and now sedang kerja mengajar budak mengaji huhu :)

- Suka bergambar tak?
Sukaaaaaaaa :) Tapi so far alhamdulillah gambar diri sendiri takde dalam mana'mana laman sosial inshaaAllah. Kalau teringin sangat nak upload, mampu buat dp whatsapp je huhu. Kalau ada pun, kawan yang upload.

- Describe diri korang.
Seorangggg yang garang. Kejam haha! Sangat teliti. Fobia akan kegemukan. Specky. Obses warna merah. Sekarang tengah admire dengan ex-classmate sendiri hahahahahaha XD tapi tengah berkawan dengan seorang manusia yang terpilih alhamdulillah ahah! :D Okay aku dah mengarut. Taktahu nak describe ape huhu maaf.

- Suka blogger yang jenis mcm mana?
Blogger yang peramah! Tak sombong. Suka menegur. Tak bongkak even followers beribuuuuu ehem! Hahah bukan sejenis manusia yang terlalu mengejar akan kepopularity uhuk. Dan yang paling penting, tak update entry mengarut.

- Sejarah wujudnya blog korang?
Emm aku buat blog sebab kawan aku ada blog. And masa blogwalking blog kawan'kawan je. Tak pernah join giveaway. Entry semua pasal life. Hahaha form2 okayy? Jangan kecam T^T Haha then kawan semua blah dari dunia blogging ni, tinggallah aku sorang'sorang. Lepastu kakak aku join, then dia pun blah jugak. Aku je yang stick sampai sekrang. Tahun 2016 ialah tahun ke5 and aku masih lagi seorang blogger picisan T^T

- Rajin join GA/SEGMEN atau suka share stories/tips je?
Teramatlah rajinnnnn alhamdulillah hahaha. Dan suka jugak share stories and tips. Hihi.

- Sihat? ;p
Alhamdulillah masih diberi nikmat sihat tubuh badan dan akal :)

- Apa komen korang tentang blog aku? Hahahahahahaha (JUJUR TAUUUU)
Cantik dan kemas of course cuma aku kurang suka jenis font entry yang digunakan dan ianya terlalu kecil. Hihi maaf terlalu jujur :) Tapi it's still awesome :D

-----------------------------------------------------------

Yeay! Sudah habisss yuhuu :)
And for now my turn to ask. Ke takpayah eh? Haha nanti aku update balik! Stay tuned! :) Adios ^^


Keyboard laptop rosak T^T

Hai.
Assalamualaikum semua :)

not my picture

Okeyh dekat seminggu kot tak online blog T^T punca utama ialah keyboard laptop rosak. Tetiba je. Aku taip huruf, keluar nombor -___- apakah? Mungkin disebabkan adik adik aku main laptop secara ganassssss dan tersangat hiperaktif yeah. Adik aku tengok movie sambil baring and laptop terbalik kot. Eh sukati dia je -_- Nak marah, bukan laptop aku, laptop family. So, pendamkan rasa je.

So, disebabkan aku ada kerja nak ditaipnya dan kena siapkan harini, aku paksaaaaaa umi aku beli keyboard jenis hp yang paling murah (rm35)


Lebih kurang macam gambar diatas. Aku terpaksa guna keyboard lain sebab aku rasa kalau pergi baiki mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi. Dan of course sebelum masuk u inshaaAllah, aku akan beli laptop sendiri (umi bagitahu nak belanja) hahaha. Jadi, buat sementara, kena guna laptop family ni lah.

Btw, esok aku dah start kerja balik! Ohyeah :))

DAN harini start blogging macam biasa ^^ Buat segment pun tak sempat haritu. So, aku tunggu followers aku 1000 orang, aku buat. Lagi 3 followers. Korang doakan aku cepat dapat followers hahahaha! :D

And guess what, haritu menang 2 giveaway alhamdulillah. Nasib baik sempat bukak haritu semata'mata nak check huhuhu. Alhamdulillah dan terima kasih :D

Adios~ nanti akan ku update lagi :D

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg