Thursday 27 March 2014

Panggilan siapakah?

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.  Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.  Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Renungan kita bersama)

#8 Wordless


Cita'citaku!

Embedded image permalink

Doakanku :)


Wednesday 26 March 2014

Gula-gula [2]

Assalamualaikum!
Alhamdulillah hari ini aku nak kongsikan satu video best gilerrrrr kat korang. Korang memang akan rugi kalau tak tengok.


So, apa korang tunggu? Tengok laaaa!
Aku merayu. Haha.

Kepada yang dah tengok, alhamdulillah. Terima kasih :)

Jom belajar ilmu Allah!

PENGUAT SEMANGAT UNTUK TERUS BELAJAR DAN BELAJAR.

Hadis Nabi saw Tentang Menuntut Ilmu
Hadis tentang salah satu Fungsi ilmu

ﻣَﻦْ ﺃَﺭَﺍﺩَ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﻌَﻠَﻴْﻪِ ﺑِﺎْﻟﻌِﻠْﻢِ ﻭَ ﻣَﻦْ ﺃَﺭَﺍﺩَ ْﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻓَﻌَﻠَﻴْﻪِ ﺑِﺎْﻟﻌِﻠْﻢِ ﻭَ ﻣَﻦْ ﺃَﺭَﺍﺩَ
ﻫُﻤَﺎ ﻓَﻌَﻠَﻴْﻪِ ﺑِﺎْﻟﻌِﻠْﻢِ ) ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﻄﺒﺮﺍﻧﻲ )
Artinya,’Barangsiapa yang menginginkan kehidupan
dunia, maka ia harus memiliki ilmu, dan barang siapa
yang menginginkan kehidupan akhirat maka itupun
harus dengan ilmu, dan barang siapa yang
menginginkan keduanya maka itupun harus dengan
ilmu.” (HR. Thabrani)

Hadits tentang hukum menuntut ilmu

ﺭَﻭَﺍﻩُ ﺍﺑْﻦُ ﻋَﺒْﺪُﺍﻟْﺒَﺮ (( ﻃَﻠَﺐُ ﺍْﻟﻌِﻠْﻢِ ﻓَﺮِﻳْﻀِﺔٌ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻣُﺴْﻠِﻢٍ ﻭَ ﻣُﺴْﻠِﻤَﺔٍ
Artinya :
Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin
dan muslimat”(HR. Ibnu Abdil Bari)

Kewajiban mencari ilmu itu tidak memandang batasan usia, melainkan seumur hidup.

Sabda Nabi SAW
ﺃُﻃْﻠُﺐُ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠَّﺤْْﺪِ ) ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ )
Artinya, “Carilah ilmu itu sejak dari ayunan
sampai masuk ke liang lahat”(HR. Muslim)

Menuntut ilmu itu harus bersusah payah, kerana ilmu itu harus dicari di mana saja, sekalipun sangat jauh tempatnya dan banyak rintangannya, seperti sabda Nabi SAW :
ﺃُﻃْﻠُﺒُﻮﺍﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﻭَﻟَﻮْ ﺑِﺎﻟﺼّﻴْﻦِ } ﺭَﻭَﺍﻩُ ﻋَﺒْﺪُﺍﻟْﺒَﺮ }
Artinya ,
“Carilah ilmu itu walau di negeri Cina”.
(HR. Abdul Bar)

Etika menuntut ilmu
ﺗَﻌَﻠَّﻤُﻮْﺍﻭَﻋَﻠِّﻤُﻮْﺍﻭَﺗَﻮَﺍﺿَﻌُﻮْﺍﻟِﻤُﻌَﻠِّﻤِﻴْﻜُﻢْ ﻭَﻟَﻴَﻠَﻮْﺍ ﻟِﻤُﻌَﻠِّﻤِﻴْﻜُﻢْ ) ﺭَﻭﺍﻩُ ﺍﻟﻄَّﺒْﺮَﺍﻧِﻲْ )
Artinya,”Belajarlah kamu semua, dan mengajarlah
kamu semua, dan hormatilah guru-gurumu, serta
berlaku baiklah terhadap orang yang
mengajarkanmu.” (HR Tabrani)

Keutamaan menuntut ilmu
Banyak hadits Nabi SAW yang mengungkapkan
keutamaan / fadhilah menuntut ilmu, diantaranya
sebagai berikut :

1. Dimohonkan ampun dosanya oleh semua
makhluk
ﻋَﻦْ ﺃَﻧَﺲٍ ﺭَﺿِﻰَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢ
ﻃَﻠَﺐُ ﺍْﻟﻌِﻠْﻢِ ﻓَﺮِﻳْﻀَﺔٌ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻣُﺴْﻠِﻢٍ، ﻭَﺇِﻥَّ ﻃَﺎﻟِﺐَ ﺍْﻟﻌِﻠْﻢِ ﻳَﺴْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﻟَﻪُ ﻛُﻞُّ ﺷَﻲْ
ﺣَﺘَّﻰ ﺃﻟْﺤِﻴْﺘَﺎﻥَ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺒَﺤْﺮِ ) ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺮّﺣْﻤَﻦ )
ِ Artinya, “Dari Anas r.a. berkata: Rasulullah saw
bersabda: menuntut ilmu itu wajib atas setiap
orang Islam, karena sesungguhnya semua (makhluk)
sampai binatang-binatang yang ada di laut
memohonkan ampun untuk orang yang menuntut
ilmu”. (H.R. Ibnu Abdurrahman)

2. Dimudahkan jalan masuk surga
ﻋَﻦْ ﺍَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﺭَﺿِﻰَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ
ﻗَﺎﻝَ: ﻣَﻦْ ﺳَﻠَﻚَ ﻃَﺮِﻳْﻘًﺎ ﻳَﻠْﺘَﻤِﺲُ ﻓِﻴْﻪِ ﻋِﻠْﻤًﺎ، ﺳَﻬَّﻞَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻟَﻪُ ﻃَﺮِﻳْﻘًﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ .”
) ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ )
Artinya, “Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya
Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang
menempuh perjalanan dalam rangka menuntut ilmu,
maka Allah akan memudahkan jalannya menuju
surga”. (H.R. Muslim)

3. Digolongkan sebagai orang yang jihad fi
sabilillah
ﻣَﻦْ ﺧَﺮَﺝَ ﻓِﻲْ ﻃَﻠَﺐِ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢِ ﻓَﻬُﻮَ ﻓِﻲْ ﺳَﺒِﻴْﻞِ ﺍﻟﻠﻪ ﺣَﺘَّﻰ ﻳَﺮْﺟِﻊَ ) ﺭَﻭَﺍﻩُ
ﺍﻟﺘِّﺮْﻣِﺬِﻱ )
Artinya,” Siapa yang keluar (dari rumah) dalam
(keadaan) menuntut ilmu, maka ia itu termasuk fi
sabilillah sampai ia kembali/pulang. ” (HR. Tirmidzi)

Tuesday 18 March 2014

ALLAH sayang!

"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca. 
Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.
Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.

"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 
Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 
Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.
Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam-macam mana pun."

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 
Pasti ada saat kau terlupakan Dia.
Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri."

Aku tunduk mengalah.
Malu semalu. Malunya.
-SYABAB MUSAFIR KASIH-

Wahai ukhti...

Wahai ukhti,

Bertudunglah walau terpaksa.

Tutuplah lengan mu.

Labuhkanlah tudungmu menutupi dada.

Besarkanlah pakaianmu.

Pakailah stoking dikaki mu.

Jagalah pergaulanmu.

Bataskanlah dirimu dengan lelaki.

Malukanlah dirimu.

Tundukkanlah pandanganmu.

Jagalah percakapanmu.




"Wahai kaum hawa dirimu begitu berharga.Maka jagalah kehormatan mudah-mudahan kamu bertakwa."


Ya ukhti...

Jangan biarkan tangan yang mahram menyentuhmu.

Jangan biarkan mata yang jahat melihatmu.

Jangan membuat suara manja atau mengoda dengan lelaki yang bukan mahram mu.


"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32

Jangan merendahkan maruahmu.

Jangan membiarkan gambarmu ditontoni lelaki.

Jangan membiarkan lelaki melihat rambutmu.


"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Janganlah dikau pakai pakaian yang jarang yang menampakkan tubuh.


‎"Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(Riwayat Muslim dan Bukhari)


Janganlah pakai yang berlebihan.


"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)



Jagalah diri sebaiknya.
Jagalah pergaulanmu Ya ukhti.

Monday 17 March 2014

#6 Wordless



Wahai wanita.
Tutuplah aurat anda sebelum aurat anda ditutup.
Takutlah akan azab Allah yang perit.

Wahai adam.
Jagalah mata anda.
Jangan disebabkan sepasang mata, kakimu tidak dapat melangkah ke syurga Allah.

Hati hati.


NotaKaki: Nak join giveaway'giveaway yang awesome lagi menarik tertarik kau memang da boom? Haha. Click SINI k ;)

Saturday 15 March 2014

The Eye Test


My chosen.

eye with a fire pupil


You're the type of person who's always energetic or passionate. There's nothing subtle about you... ever.

You tend to love or hate everything. You have a ton of opinions, and you make up your mind quickly.
You don't show the world how anxious you are. You have a lot of energy, and too much of it means you can be quite nervous.
Everything is very high stakes for you. You can't help but build up the drama in your head.



Aku adalah aku.


Sumber : SINI
NotaKaki: Nak join giveaway'giveaway yang awesome lagi menarik tertarik kau memang da boom? Haha. Click SINI k ;)

Sunday 9 March 2014

ASAL-USUL API DALAM LITERATUR ISLAM

Ketika Nabi Adam As. diturunkan ke bumi, beliau tidak lagi memperoleh makanan secara mudah seperti di syurga. Beliau harus bekerja keras untuk memperoleh buah-buahan atau daging untuk dimakan.

Ketika beliau memperoleh binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata tidak dapat dimakan begitu saja kerana masih mentah dan tidak enak. Kerana itu beliau berdoa kepada Allah agar diturunkan api untuk memasak. 

Maka Allah Swt. mengutus Malaikat Jibril meminta sedikit api kepada Malaikat Malik di neraka untuk keperluan Nabi Adam tersebut.

Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril, berapa banyak engkau menginginkan api?”
Malaikat Jibril berkata: “Aku menginginkan api neraka itu seukuran buah kurma.”
Malaikat Malik berkata: “Jika aku memberikan api neraka itu seukuran buah kurma, maka tujuh langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh karena panasnya!”
Malaikat Jibril berkata: “Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja.”
Malaikat Malik berkata lagi: “Jika aku memberikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setetes pun, dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satupun tumbuhan yang hidup!”
Malaikat Jibril jadi kebingungan, sebanyak apa api neraka yang aman untuk kehidupan di bumi?
Kerana itu dia berdoa: “Ya Allah, sebanyak apa api neraka yang harus aku ambil untuk kebutuhan Adam di bumi?”
Allah Swt. berfirman: “Ambilkan api dari neraka sebesar zarrah (satuan terkecil, atom).”

Maka Malaikat Jibril meminta api neraka kepada Malaikat Malik sebesar zarrah dan membawanya ke bumi. Tetapi setibanya di bumi, Jibril merasakan api yang sebesar zarrah itu masih terlalu panas, maka beliau mencelupkan (membasuhnya) sebanyak tujuh puluh kali ke dalam tujuh puluh sungai yang berbeza.
Baru setelah itu beliau membawanya kepada Nabi Adam dan meletakkannya di atas gunung yang tinggi. Tetapi begitu api tersebut diletakkan, gunung tersebut hancur berantakan. Tanah, batuan, besi dan semua saja yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas, dan mengeluarkan asap. Bahkan api yang sebesar zarrah itu terus masuk menembus bumi, dan hal itu membuat Malaikat Jibril khawatir.
Kerana itu dia segera mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke neraka. Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang ini menjadi sumber api dunia, termasuk yang menjadi magma-magma di semua gunung berapi di bumi ini.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut. Kalau bara api dunia itu umumnya berwarna merah, maka bara api neraka itu berwarna hitam kelam, seperti hitamnya gelap malam.

Nabi Saw. pernah menanyakan tentang keadaan api neraka itu, maka Malaikat Jibril berkata: “Sesungguhnya Allah Swt. menciptakan neraka, lalu menyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga (baranya) berwarna merah. Kemudian (Allah) menyalakannya (menambah panasnya) selama seribu tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih, dan (Dia) menyalakannya (menambah panasnya) selama seribu tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam. Maka neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang kobaran apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya.”

Sumber : Disadur dari Kisah al-Habib Ubaidillah bin Idrus al-Habsyi Surabaya (Alumnus Ribath Darul Musthafa Yaman)

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang baca pesanan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

*Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Masya allah dahsyatnya api neraka...



Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita.


Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita.

Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi- wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki).

Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279.

Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedia Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)



WAHAI HAWA :(



"Whosh! Tengok, tengok. Kiutnya awek tu! Tu yang shawl polkadot tu."

Aku tonyoh-tonyoh lengan kawan aku sambil tunjuk pada sekumpulan gadis.
Kawanku mata dah ke atas. Malas nak melayanku.

Istighfar panjang.
"Kau ni, kita datang ke mall ni sebab nak beli barang dapur. Bukannya menggedik."

Kawan sikit tegas.
Aku cebik bibir.

"Kau pun sebenarnya nak tengok juga kan, kan, kan?" 

Tiba-tiba kawan ambil sesuatu dari beg galasnya. Dikeluarkannya. Diletakkan atas kepalaku.

"Pakai kopiah ni. Jangan tanggalkan."

"Wei, apa ni? Gila kau shopping pakai kopiah. Tak macho la weh! Aduh, ranaplah rambut pacak aku. Setengah jam tahu aku setting rambut aku tadi."

Aku membebel tak puas hati. Kawan pegang bahu aku dan berkata,

"Kau tahu tak dosa tu dari mata terus ke hati? SALAH tengok aurat wanita bukan mahram tak kiralah dia wanita muslim atau belum muslim. Kita nak masyarakat semua tutup aurat, itu di luar kemampuan kita. Tapi, kita mampu jaga mata kita dari melihat mereka. Hatta tabarruj mereka, kita yang tahu ianya salah patut mulakan dari diri kita sendiri betulkannya."

"Maksud kau?"

"Betulkan aurat dan tabarruj wanita itu bermula dengan mata lelaki kita. Lelaki kan pemimpin wanita. Bila lelaki tak lagi mahu melihat aurat dan perhiasan wanita, mereka pun tidak berminat lagi untuk menarik perhatian lelaki. Mereka melaram untuk dilihat cantik oleh kaum lelaki utamanya. 
Lelaki perlu tak peduli langsung. Suami cuma peduli dan puji pada pakaian, aurat, perhiasan isterinya sahaja tidak pada wanita lain. Pasti wanita akan berlumba-lumba tampil jelita untuk suami sahaja. Tapi, oleh sebab lelaki yang mulakan pujian di gambar-gambar manja mereka di laman sosial contohnya, mereka jadi lebih teruja untuk jadi lebih berani dedah aurat dan tampil cantik untuk lelaki yang bukan suami mereka."

"Okay, aku faham. Tapi, aku tak faham kenapa kopiah ni atas kepala aku?"



"Kopiah ini pelindung kau. Serban dan kopiah bukan semata-mata pakaian. Bila kau pakai, kau dapat beberapa kelebihan;



  1.  Dengan kopiah di atas kepala, kau takkan sanggup mengurat gadis di jalanan.
  2. Kau malu pada diri sendiri. Kopiah adalah pakaian orang Islam. Jadi, kau ingat kau tu orang Islam dan Tuhan yang Maha Memerhati adalah Allah. Kau mahu cemarkan imej orang Islam?
  3. Bila perempuan seksi lalu, turunkan kopiah kau ke muka sehingga menutupi mata. Jadi, kopiah tu jaga mata kau dari dapat dosa percuma.
  4. Orang yang pandang kau akan pandang dengan perspektif yang baik-baik. Mereka akan kata, 'bagusnya lelaki ni. Solehnya lelaki ini'. Bukankah kata-kata mereka satu doa even mereka sebut dalam hati? Begitu juga kepada yang bertudung.
  5. Kopiah dan serban sebagai perisai iman kau. Pakai kerana Allah dapat pahala. Pakai sebab nak tunjuk bagus, tak dapat apa-apa.
  6. Masuk waktu solat, boleh terus solat dengan kopiah dah di kepala. Silap-silap orang suruh jadi imam. Wow!
  7. Manalah tahu ada yang berminat nak jadikan kau menantu. Hehe."

Aku tunduk mengadap lantai. Sambil betulkan kopiah di kepalaku. Jalan sambil tunduk-tunduk ke bawah. Praktis mek perfek.
"Tundukkan pandangan ni tanda lelaki ada al-Haya' iaitu malunya. Malu itu cerminan iman. 
Malik bin Dinar kata, 'Allah tidak menghukum hati seseorang dengan lebih keras, kecuali saat ia melepaskan sifat malunya.'

Al-Munawi pula kata, 'Malu Imani' adalah panggilan bagi muslim yang tidak melakukan amalan yang diharamkan kerana takut kepada Allah.'

Dalam suatu hadis, Umar meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Malu dan iman adalah dua sisi yang selalu bersama. Jika salah satunya hilang dari keduanya, maka yang lain juga ikut hilang. (HR Al-Hakim)'"

"Maknanya, orang yang suka melilau memerhati wanita-wanita itu bukan dari orang yang beriman?" Aku bertanya.

"Lihat tanpa rasa malu. Tak rasa malu pada Allah. Tak rasa malu walaupun Rasulullah dah tegah. Tak rasa malu pun pegang status Muslim. Tak rasa malu tengok benda haram. Apa dia tak malu masih nak mengaku dia tu orang beriman?"

Soalan dijawab dengan soalan.

#Copy and paste untuk perkongsian bersama :)


Tuesday 4 March 2014

#4 Wordless

Bismillahirahmanirrahim...

Embedded image permalink


Sentap gile woi -.- 

Ya Allah, hilangkanlah sifat panas baran dalam diriku. Ameen! :]





Saturday 1 March 2014

UJIAN PERSONALITI


Hai hai hai :) Assalamualaikum!

Jom uji personaliti anda ;)

24+02+1998=2024
2+0+2+4=8


8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Sumber : SINI



 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg