Assalamualaikum.
Sambung kepada slot agama :)
Harini suka aku nak kongsikan kepada semua tentang SYIRIK. Dan perkara ini adalah perkara yang wajib korang semua tahu dan belajar untuk hindari daripada amalan hidup kita inshaaAllah!
Syirik : Menyukutukan Allah dengan benda'benda lain.
Syirik ada dua bahagian penting.
1. Syirik Jali ; Syirik yang jelas seperti menyembah berhala, batu, matahari, patung atau memuja roh nenek moyang, pokok, kubur atau tugu dan gambar manusia.
It's like kau pergi jumpa bomoh, mintak bantuan daripada dia suruh jin atau syaitan tolong kau. Nah, itu syirik jali.
2. Syirik khafi ; Syirik yang tersembunyi dan tidak disedari. Cth; solat untuk dikatakan warak, belajar untuk dikatakan alim, membuat kebajikan untuk dipuji, dan berbangga dengan pangkat dan harta. Sifat riak atau sombong jugak salah satu daripada syirik khafi. Sifat riak ini adalah paling bahaya sebab sifatnya yang tersembunyi menyebabkan perilaku tidak sedar dan tidak segera bertaubat.
Dan riak jugak sebahagian daripada ciri'ciri golongan munafik.
Surah An-nisa' , 142:4
"Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura'pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnyya) kepada manusia (supaya sangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang'jarang)"
---------------------
Nah, semoga kita semua dijauhkan dengan sifat riak dan syirik. Nauzubillah. Dan semoga perkongsian dari aku memberi manfaat kepada semua inshaaAllah :)
Apa yang penting sekali korang kena tahu, SYIRIK ADALAH SALAH SATU DARIPADA DOSA BESAR.
Apa yang penting sekali korang kena tahu, SYIRIK ADALAH SALAH SATU DARIPADA DOSA BESAR.
Jaga diri anda.
baca entry ni teringat balik pernah belajar pasal syirik2 ni waktu form5. terima kasih mengingatkan balik ^^
ReplyDeleteHaa mesti pelajar sekolah agama jugak kan? Sep :) Haha ni pun sebenarnya share untuk diri sendiri supaya tak lupa apa yang pernah belajar :D
DeleteSama sama :)