Thursday, 27 February 2014

JOM BACA SINI :)


Hai hai hai :)
Assalamualaikum!
Jom baca short story nih.
InShaaAllah bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------


"Kau tengah buat apa tu?" Kawan tepuk bahuku.


"Aku tengah hafal nama-nama artis k-pop. Maklumlah, kalau aku tak tahu nama-nama mereka ni, ketinggalan beb. Isu-isu gossip artis tempatan pun mesti aku ambil tahu. Contohnya nama-nama artis yang berkahwin, berkhalwat, kena tangkap basah, bercerai dan macam-macam lagi. Kau apa tahu? Duduk belek kitab-kitab usang kau tu je."

Aku cuba memerli menunjuk bagusnya diriku ini di depan kawanku itu.

"Kau tahu tak nama-nama Nabi Muhammad?" 

"Gila kau aku tak tahu. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Satu je lah nama Baginda s.a.w." Aku jawab kompiden.

"Dalam kitab 'Al-Ahwadzi Fi Syarh At-Tirmidhi', Abu Bakar bin Al-Arabi bin Al-Maliki kata nama-nama Nabi s.a.w. ada lebih kurang seribu nama. Dalam kitab tu, beliau bawakan 60 nama secara terperinci.

Tapi, aku nak khabarkan pada kau nama-nama Baginda mengikut hadis yang sahih sebagaimana disebut dalam Sahih al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi. Aku ceraikan terjemahan hadis untuk kau. Nanti kau semak sendiri kesahihannya lepas ni ya. Nabi bersabda tentang dirinya:-

1. Aku adalah Muhammad iaitu yang seringkali dipuji.

2. Aku adalah Ahmad iaitu yang terpuji. 

3. Aku adalah ( الْمَاحِي ) Al-Mahi iaitu penghapus, yang kerana aku dihapuskan kekufuran. 

4. Aku adalah ( الْحَاشِرُ ) Al-Hasyir iaitu pengumpul, di mana seluruh manusia akan dikumpulkan sesudahku. 

5. Aku adalah ( الْعَاقِب ) Al-Aqib iaitu nabi yang datang terakhir dan Al-Aqib adalah nabi yang tidak akan ada lagi seorang nabi sesudahnya. Juga ( الْمُقَفِّي ) Al-Muqaffi dengan makna yang hampir sama dengan al-Aqib.

6. ( نَبِيُّ التَّوْبَة ) Nabiyuttaubah, ( نَبِيُّ الرَّحْمَةِ ) Nabiyyurahmah, dan ( نَبِيُّ الْمَرْحَمَة ) Nabiyyulmarhamah, dengan makna yang hampir sama iaitu sebagai Nabi yang membawa taubat dan membawa kasih sayang di antara manusia."

Kawanku menjelaskan sedikit sebanyak. Kemudian, beliau menambah,

"Kau tahu hakikat di sebalik nama Muhammad dengan Ahmad?"

Aku menggeleng-geleng.

"Umat Baginda. Kitalah. Kena buat segala jenis perbuatan terpuji ikut cara Baginda. Supaya manusia melihat Islam ini agama yang memang terpuji akhlak dan peradabannya. Akhirnya, puji-pujian itu membawa manusia sejagat kepada memuji Allah lalu menjadikan Allah sebagai tonggak tauhid."

Aku tak berkelip memandang muka kawanku itu.

"Kassim Ahmad (nama tokoh anti-hadis malaysia) yang tengah kontroversi tu ada Ahmad gak kan di namanya?" Aku tertanya.

"Alangkah indahnya andai beliau memahami hakikat Ahmad itu adalah ikut Nabi, hadisnya, sunnahnya dan segala-galanya yang datang dari Nabi s.a.w.. Eh, jangan tengok pada orang lainlah. Tengok pada diri sendiri tu. Ada ke tak ikut Nabi? Ada ke tak belajar ilmu hadis Nabi?" Kawanku menjawab ringkas lalu berlalu pergi.

Aku mengambil Eye-Mo-Mo menitikkan ke dalam mataku banyak-banyak untuk menambahkan lagi efeks tangisan syahduku di malam ini.

Oh my imans.

cerita oleh: Muhammad Rusydi




#3 Wordless


Embedded image permalink

SILA AMBIL PERHATIAN.
INI ADALAH TERSANGATLAH PENTING.
JOM SEBARKAN :)




Tuesday, 25 February 2014

ADA SOALAN?


Hai hai hai :) Assalamualaikum semua.
Ada soalan yang hendak ditanya?
Meh tanya sini :)
You can ask a million question here.

http://ask.fm/MissKarimah




#2 Wordless



"@Ainaaladin: Mahalnya gadis dahulu tidak dapat di bandingkan dengan yang sekarang. Nak salahkan siapa? Tanya iman :')


24/02/2014



Happy birthday to me!

Haha, aku lewat sehari post entry pasal birthday aku ;3 Takde mase nak post semalam sebab semalam aku busy. Busy dengan persiapan nak pergi interview Imtiaz hari ni.

Tapi takpelah. Alhamdulillah umur aku dah meningkat. Tu tandanya mati semakin menghampiriku. Allahu :/

Semoga Allah memanjangkan umurku. InShaaAllah. Ameen :)

Dan terima kasih di atas ucapan birthday di Facebook, Twitter mahupun sms. Terima kasih. Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah :)

Btw, birthday aku sama dengan beberapa kawan aku iaitu Qamar, Suriati dan kakak Ashirah, KakAleen :)

Happy birthday semua!



Sunday, 23 February 2014

Lelaki egO xD


Assalamualaikum. What's up? Miss my post? hehe ._.
Hey, aku nak cerite kat korang satu cerite best nim. Aku copy dari blog kawan kakak aku. aku tersentuh kott dengan cerite die. bace tau. jangan tak baca.

LELAKI EGO

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Hmm, camane? best kan? pesanan untuk para lelaki, janganlah terlalu ego ye? :D k, bye'bye. 







Thursday, 20 February 2014

CERITA #1


Assalamualaikum :) Jom baca perkongsian saya pada hari ini.

-------------------------------------------

Takdir. Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. 


Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya. 

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian.

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi. 

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat. 

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi, 

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup. 

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya. 

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita. 

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. 

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata. 
Tumpah seribu air mata.

-----------------------------------------------

Sumber : Muhammad Rusydi





Wednesday, 19 February 2014

PURDAH?



Here I go~ Assalamualaikum.

Ada apa dengan purdah?

Tetiba hari ini aku nak bercakap pasal purdah. Kenapa? Sebab aku rasakan manusia zaman sekarang jadikan purdah sebagai fesyen bukannya sunnah.

Purdah tanda penghijrahan kita? 

Ehem, maaf ya. Penghijrahan bukannya semata'mata dengan pemakaian purdah. Kita boleh berubah dengan ubah perangai buruk kita kepada perangai yang elok. Bukannya berubah secara drastik.

Contohnya.

Semalam kau pakai tudung singkat, lepas tu tetiba terasa hidayah tu datang. Then keesokan harinya kau bertutup litup dari atas hingga bawah. Habis semua orang kau riuh yang kau berubah. Then tak lama lepas tu, kau berubah kepada diri kau yang asal, pakai tudung singkat balik.

Hey!

Penghijrahan tak boleh dilakukan secara drastik. Aku tak cakap yang kau tak perlu berubah. Kau perlu berubah, tapi dengan slow'slow. Asalkan kau istiqamah. Contohnya, selalunya kau pakai tudung singkat, kau ubahlah. Pakailah tudung bawah daripada dada. Kalau lelaki pulak, kalau selalu pakai seluar atas daripada lutut, ubahlah. Pakailah bawah daripada lutut. Berubah secara ISTIQAMAH (berterusan) Bukannya secara drastik, berpurdah bagai. Kalau berpurdah, tak riuh satu Facebook, tak riuh satu Twitter, tak riuh satu Blogger, tak riuh satu WeChat, tak apalah jugak. Ni pakat upload gambar berpurdah dan tumpukan dibahagian mata sahaja.

Hello! 

Kau perlu tahu, itu hanyalah akan menambahkan dosa kau sahaja. Kenapa? Sebab dalam tak sengaja, kau dah tarik perhatian lelaki'lelaki ajnabi supaya menatap gambar berpurdah kau.

Maaf..... 

Maaf kalau terasa. Entry ini bukan ditujukan kepada mana'mana individu tetapi hanyalah satu pengisian kepada anda semua. Maaf kepada yang lebih dewasa kerana menggunakan "aku kau". Maaf.

Nak berubah? 

Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah. Tapi tolong jangan riak. Tolong jangan jadikan Islam itu sebagai permainan. Jangan mainkan agamaku. Jangan. Aku mohon.

Sekian. Wallahua'lam.

Tegurlah aku jika melihatku salah. Tegur. Aku mohon. Terima kasih pembaca entryku ;)



Tuesday, 18 February 2014

KENAPA?


Bismillahirrahmanirrahim.

☑Kenapa kita tidur time Allah memanggil?
Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

☑Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca entry blog, timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

☑Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah?
Tapi kita sanggup me-forward pesanan yang aneh-aneh?

☑Kenapa masjid semakin kecil?
Tapi bar dan club semakin besar?

☑Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS?
Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH? Fikirkan itu

☑Apakah anda akan menforward pesanan ini?

☑Apakah anda akan mengabaikan pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan yang lain ?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Ada 2 pilihan untuk anda.
1. Biarkan entry ini dilihat anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. :')




Saturday, 15 February 2014

SEDARLAH WAHAI MANUSIA!

Hai hai :) Perkongsian hari ini untuk anda :) Rajin'rajinkanlah membaca ye?

-------------------------------------------------------------------

Pandai ustaz tuan Ibrahim buat metafora.


'Alkisah sebuah rumah

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain."

Senyum.
Jom ubah. Jangan merungut.
Sekian, wassalam :)




Wednesday, 12 February 2014

ALHAMDULILLAH

Hai hai ;] Assalamualaikum!

Hari ini aku stress gie kot -_- dari dulu lagi aku duk rungsing pasal follower widget aku. Dulu dekat blog aku, takde follower widget. Dah berapa kali aku test buat, tak menjadi'jadi. Tertekan betul la.
Aku pun ada mintak tolong sorang akak ni, dia tak buat'buat untuk aku. Mungkin dia busy kot. Tapi takpelah. Aku pun malas nak menyusahkan orang ;) Aku ada mintak tolong kawan aku jugak. Dia pun busy. Almakumlah, duduk asrama.

So hari ni aku nekad nak edit sendiri. Nekad betul'betul. Dan akhirnya menjadi :') Alhamdulillah!

Sebenarnya yang jadi ke masalahnya, follower widget dah tak disediakan lagi oleh pihak blog. Kita kene search sendiri tuto yang terbaru. Susah weyh. Haha. Tapi aku berjaya! Yeay! Happy. Sekarang dah ada follower widget aku. So happy. Dah selesai satu masalah :)

Bye'bye ;)



Tuesday, 11 February 2014

ANA UHIBBU YA RASULULLAH

Ya Allah .
Sedih baca..
KETIKA PERUT RASULULLAH BERBUNYI
Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain. 
Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai solat, ”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” 
Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
Mendengar jawapan ini Sahabat Umar melanjutkan pertanyaannya, ”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” 
Melihat kecemasan di wajah para sahabatnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut Rasulullah yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. 
Umar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” 
Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?” Para sahabat hanya tertegun. 
Rasulullah melanjutkan, ”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.” 
MasyaAllah betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya...semoga kelak di akhirat nanti kita mendapatkan Syafa'atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..dan kita di kukuhkan keimanan serta keIslaman kita agar terus meneladaninya...

Aku sayang Rasulullah. Aku rindukan mu wahai kekasih hatiku. Aku teringin sangat nak melawat kuburmu ya Rasulullah :'(

#SolluAlanNabi

Monday, 10 February 2014

KATA USTAZ

Kata ustaz, 
Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi: 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.. 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.... 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa .. 
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT. Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji :
  • Pangkat
  • Harta
  • Rumah besar
  • Kereta besar
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..?
Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat.
Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah... tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya..
Setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin, tetapi kita telah lupa. Dengan bertambahnya umur kita, maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan, ke satu perjalanan yang jauh. Yang tidak akan kembali. Buat selama-lamanya.
Sesungguhnya mati itu benar.
Alam kubur itu benar.
Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar.
Syurga dan neraka itu benar...
Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia sementara dan akhirat kekal abadi. 
Penyelesaian kepada masalah hidup adalah melalui iman dan amal. 
Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dengan syurga 10x dunia.

Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dengan 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung'renungkanlah dan selamat beramal :)

Sunday, 9 February 2014

KHUSYUK DALAM SOLAT

Assalamualaikum semua!
Jom hayati perkongsian saya hari ini. Moga'moga bermanfaat untuk semua. InShaaAllah. Ameen! :)

------------------------------------------------

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:
  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tinggalkan sifat berbangga
  • Tidak mencari / mengharap pujian
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan
  • Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

6. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
7. Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
----------------------------------------------
Moga-moga dapat diamalkan bukan sahaja untuk bersolat tetapi juga dalam kehidupan harian kita.

Saturday, 8 February 2014

AKU SAYANG ABAH



Assalamualaikum semua :)
Hari ni aku nak kongsikan satu cerita tentang seorang ayah. Korang semua mesti sayangkan ayah korang kan? Jom baca cerita ni, dan ambil pengajaran :)

----------------------------------

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

cerita oleh: Muhammad Rusydi

------------------------------------------------

So? Saat aku baca ni, aku sebak. Sungguh. Aku tak sanggup nak lalui perkara yang sama. Hm hm :<

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka menyayangi kami sejak kami kecil dan haramkanlah kedua ibu bapa kami ke nerakaMu. Kami sayangkan mereka. Ya Allah, aku mohon, makbulkanlah doa kami. Ameen!

Kau sayang ayah kau? Jadi, tutuplah auratmu dengan sempurna! Jaga pergaulan. Jaga solat. Jaga iman. Jaga hati ;)

Allahua'lam :)

Friday, 7 February 2014

GRED SOLAT. JOM CHECK!

Assalamualaikum.

Perkara yang pertama yang Allah akan hisab ialah SOLAT kita.

  • Gred E - Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.
  • Gred D - Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.
  • Gred C - Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.
  • Gred B - Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.
  • Gred A - Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita? Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat kita macam mana? Ingatlah.! Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.

Jom muhasabah :)

RAHSIA BULAN KELAHIRAN MENGIKUT KAJIAN DR. FADHILAH KAMSAH -FEBRUARI-


Assalamualaikum semua! Hai hai hai :)


My birthday on 24 February! Ohyeah. So excited :)
And aku nak kongsikan rahsia bulan Februari ni ><


FEBRUARI

  •  BERFIKIRAN ABSTRAK (Betul)
  •  SUKAKAN BENDA YANG REALITY DAN ABSTRAK (betul)
  •  INTELIGENT, BIJAK DAN GENIUS (Betul kot. hehe)
  •  BERPESONALITY YG MUDAH BERUBAH (haha this is me!)
  •  MUDAH MENAWAN ORG LAIN (em yang ni macam tak je -_-)
  •  AGAK PENDIAM. PEMALU DAN RENDAH DIRI (confirm bukan aku. Haha. aku ni banyak cakap, tak malu dan rendah diri. haha, k yang last tu perasan xd)
  •  JUJUR DAN SETIA PD SEGALANYA (jujur? yes. setia? aku setia pada yang esa je. lelaki? not in my list ;3)
  •  KERAS HATI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT (em mungkinlah kot~)
  •  TIDAK SUKA DIKONGKONG (Yes!)
  •  MUDAH MEMBERONTAK APABILA DIKONGKONG (Maybe)
  •  SUKA KEGIATAN YG LASAK (Semestinya. aku suka main sukan yang lasak. aku pun suka tolong ayah aku buat kerja yang selalunya lelaki yang buat -_-)
  •  EMOSINYA MUDAH TERLUKA DAN SGT SENSITIF (lalala, emosi aku memang selalu tak stabil, tapi aku tak terlalu sensitif)
  •  MUDAH MEMPAMIRKAN MARAHNYA (Hahahaha, this is right -_- sampai aku pening dengan perangai aku yang satu ni ><)
  •  TIDAK SUKA BENDA YG REMEH-TEMEH (yaa, hehe)
  •  SUKA BERKAWAN TAPI KURANG MEMPAMERKANNYA (aku memang suka berkawan. yang last tu tak...)
  •  SANGAT BERANI DAN SUKA MEMBERONTAK (THAt's me guys ;o)
  •  BERCITA-CITA TINGGI DAN SUKE BERANGAN-ANGAN DAN ADA HARAPAN UnTuK MEREALISASIKAN IMPIANNYA (aku lah tu xd)
  •  PEMERHATIAN YG TAJAM (lai lai lai, betul jugak. haha)
  •  SUKA HIBURAN DAN SUKAN (hiburan? tak. sukan? yup!)
  •  SUKA BENDA YG BERSIFAT SENI (hehe, sikit sikit je c;)
  •  SANGAT ROMANTIK PADA DALAMAN TETAPI TIDAK PADA LUARAN (hahahaha tak tahu -_-)
  •  BERKECENDERUNGAN PaDa BENDA YanG TAHYUL (nope!)
  •  AMAT MUDAH DAN BOLEH MENJADI TERLALU BOROS (ehehehe~)
  •  BELAJAR UNTUK MEMPAMIRKAN EMOSI (tak.....)

nota kaki : Hm hm, sedih kot. birthday tahun ni, mungkin aku sambut sorang diri je. so sad actually. waiting for 24 february :)

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg