Wednesday, 30 April 2014

Aib

Aib orang..
Memang seronok kalau kita tahu sesuatu yang memalukan orang lain, kan? Boleh jadi bahan cerita panas dengan kawan-kawan. Dan kalau-kalau terdesak, boleh dibuat bahan nak melawan semula orang tu bila bertengkar atau tak sefahaman di kemudian hari.

Jika dilihat budaya di Malaysia, orang ramai mungkin lebih kenal perkataan gossip daripada aib. Sebabnya gossip sudah ada tempat tersendiri dalam dunia media. Sudah diangkat jadi rancangan TV, ada blog tersendiri, disediakan kolum khas di surat khabar dan majalah.

Sedangkan aib? Jarang-jarang telinga kita boleh dengar. Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun tak mustahil ada yang tak tahu maksudnya. Melainkan kalau perkataan ni diguna pakai oleh cikgu-cikgu dekat sekolah.

By the way, aib ni apa sebenarnya? Aib secara umumnya bolehlah diertikan sebagai malu, atau untuk lebih mudah difahami, aib itu sesuatu yang kita ceritakan kemudian jika didengar atau diketahui oleh si pelaku, menjadikan si pelaku berasa malu atau tak selesa.

Seperti A menceritakan tentang aib B kepada C. Jika B mendengarnya, akan menyebabkan jatuh rasa malu dalam diri B. Begitulah secara ringkasnya. 

Dalam islam, kita dilarang membuka keaiban orang. "…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; …"
(Al-Hujuraat 49:12)

Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita..

Sumber : Group Tudung Labuh Whatsapp :)

Jom sama'sama berubah kerana Allah. Jaga aib orang, pasti aib kita terjaga. InShaaAllah.
Terima kasih.

#25 Wordless | Reminder |

https://twitter.com/MissKarimah_

": ": astaghfirullah ya Allah forgive me if i ever said this before. ""

Oh Allah, forgive us :c Ameen!

Tuesday, 29 April 2014

#24 Wordless | Happiness |

https://twitter.com/MissKarimah_

Monday, 28 April 2014

Falsafah buah-buahan

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam.
Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati

Sumber : Whatsapp.

#23 Wordless | Iman |

https://twitter.com/MissKarimah_

": "Iman pada Hati, Bukan pada Kopiah""

Saturday, 26 April 2014

#22 Wordless | Jangan Sedih |

Embedded image permalink

": Jangan cedehhh :')" Auww so cute :)


Friday, 25 April 2014

#21 Wordless | Husnuzon |

Embedded image permalink

": This. Allah knows best"

Thursday, 24 April 2014

#20 Wordless | Hati |

Embedded image permalink

": Biar orang buat kita , jangan kita buat orang :)"

#19 Wordless | Terjemahan Surah Al-Fatihah |

Embedded image permalink

Sunday, 20 April 2014

#18 Wordless | Mata |

Embedded image permalink

"@MysSelf_: 2 mata yang tidak akan disentuh api neraka #SEBARKAN"

In Shaa Allah


Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi saw. untuk bertanyakan ❓❔mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi saw. Lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".
Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi saw. dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.
Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi.
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)
Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan iradat Allah".
Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.
Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan.
Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya.
In shaa Allah.....

Sumber : Facebook

Thursday, 17 April 2014

Adab Makan [4]

 
Jom layan video Cik Beah Osem! :D

#17 Wordless | Hope |

Embedded image permalink

"@If_fah_: Jangan berhenti berharap kepada Allah. Allah sentiasa bersama kita. UjianNya adalah untuk kuatkan kita :)"


Wednesday, 16 April 2014

#16 Wordless

Embedded image permalink

Allahu. Aku memang sentap tahap max :c

Aku masuk bahas!

Hai semua!
Assalamualaikum.

Yeay! Tengok tajuk di atas. Aku masuk bahas! Muahaha first time and first try! Wish me luck :)

Tajuk bahas?
"Penguatkuasa Undang-undang Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya"

Dan aku di pihak pembangkang! Selaku pembangkang ke-3. Doakan aku yee? :) Jumaat ni aku bertanding. Peringkat zon. Mohon doa untuk aku. Aku sangat'sangat berdebar. Sekarang pun kecut perut fikir pasal bahas -_-

So kemungkinan aku busy hujung minggu ni. Maaf kalau jarang update entry walaupun aku tahu korang tak kisah pun pasal entry aku ada ke xde kan? K sedih :(

Okay. Sekian :)

Tuesday, 15 April 2014

Tidur.

Assalamualaikun wbt.
Kalaulah seseorang tu tidur 8 jam sehari,bermakna ⅓ harinya,dia dah belanja untuk tidur.Oleh itu,kata katakanlah seseorang itu mendapat tempoh umur daripada Allah selama 60 tahun.bermakna dia belanjakan 20 tahun umurnya,hanya lah utk tidur sahaja....
✪➳•➻╕
 JiKalau sebelum tidur,anda ambil wudhu dan tdur dalam keadaan berwudhuk..lalu anda tidur 8 jam dalam keadaan berwudhuk serta didahului dengan mem baca doa utk tidur..maka disisi Allah, anda dikira sibuk beribadat dalam 8 jam tersebut....

✪➳•➻╕
 Bermakna,20 tahun waktu tidur anda dlm 60 tahun kehidupan anda itu, disisi الله akn dikira 20 tahun anda sibuk beribadat....

✪➳•➻╕
 Dan jika anda sebar-sebarkan serta sampai sampaikan hal ini kepada org lain,maka sebanyak mana org yg beramal dengannya kelak,kesemua pahala mereka akan ALLAH berikan juga 100% kepada anda tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka....

Oleh itu,ayuh!sebarkanlah,sampaikanlah kepada orang lain sesebanyak mungkin dan janalah kehidupan akhirat kita,tempat tinggal kita buat selama-lamanya itu....

 •••─┅─◐▤••▤◑─┅─••• 
 Ø¬Ø²Ø§ÙƒÙ… الله خيرا أحسن الجزاء

Sumber : Group Whatsapp Usrah

Monday, 14 April 2014

#14 Wordless

Embedded image permalink

Sunday, 13 April 2014

Aku kata..

“Aku kata “astaghfirullah” tapi hati
masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad
masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi
kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak
mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku
masih tidak bersyukur dengan
kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku
lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi
masih ada ruang di hatiku untuk insan
yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi
aku tak sanggup ke nerakaMu” namun
aku hidup di dunia seakan-akan aku
kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan
kata-kataku..
Aku malu dengan sepasang mata
kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir
seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah
lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini
tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung
yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh
walau sekelumit dosa.”

Allahu :'(

Sumber : Group usrah whatsapp.

#13 Wordless


Embedded image permalink

"Anda Masih mengeluh dengan nikmat Allah ?" Harap sama'sama terasa dan INSAF.


Saturday, 12 April 2014

Jeans [3]


Assalamualaikum :)
Video ke3 yang aku nak kongsikan kat korang. Aku jamin korang takkan bosan weh! Muehehe.


Jom layannn :D

Saat kamu...

"Saat ditimpa musibah, teruslah tersenyum, kerana itulah petanda Allah ingat padamu. 

Saat kamu difitnah, teruslah tersenyum, kerana Allah telah memilihmu untuk merasa sedikit apa yang pernah dilalui oleh Rasulullah. Dan ketahuilah, Rasulullah itu difitnah lebih teruk daripadamu.

Saat kamu putus asa, bangunlah. Kerana sudah pasti Rasulullah akan sedih bila melihat umat baginda berputus asa.

Saat kamu menyayangi, berpadalah. Kerana bimbang cinta itu merosakkan cinta kamu pada Allah dan Rasulullah.

Saat kamu gembira, jangan lupa kepada Allah. Kerana sesungguhnya kegembiraan itu datang dari Allah.

Saat kamu kehilangan orang yang kamu sayang, ketahuilah kamu masih ada Allah. Yang sentiasa sayang dan cinta padamu.

Sesungguhnya Allah itu sangat sayang padaku, jua padamu"

#12 Wordless


Embedded image permalink


": Berhati-hatilah bila mengupload gambar ke dlm Twitter,wassap atau di mana-2 shj. Cek dulu"

Friday, 11 April 2014

#11 Wordless


Embedded image permalink

Cover your aurat. NOT wrap your aurat!

Thursday, 10 April 2014

Perasan tak?

PERASAN TAK?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian.

Ya اللّÙ‡ , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

Thursday, 3 April 2014

Alhamdulillah button follower dah kembali pulih!


Assalamualaikum~

Yeay! Alhamdulillah :D
Button follower sudah kembali pulih sepenuhnya!
Saya dah boleh follow semua sponsor dan penganjur giveaway.
Alhamdulillah.

Anda bagaimana? Hehe :p



 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg