Wednesday, 28 May 2014

TIPS PEREMPUAN BERHIJAB : Cara menghilangkan buah rambut.

Comel kan Haliza Helmi? Cute jee :)

Hai. Assalamualaikum :)

Sebenarnya aku tertarik untuk kongsi tips ni untuk korang semua sebab aku pun mengalaminya -_- Almaklumlah budak sekolah. Sekolah kan waktu pagi, so no time untuk mengeringkan rambut. Aku tak suka pakai pengering rambut sebab ianya boleh membuatkan rambut aku kasar.

Taknak mandi rambut pagi'pagi, aku ada migrain. Aku memang selalu tak mandi rambut pagi'pagi, tapi kebelakangan ni, aku selalu migrain teruk. Serious sakit. So aku ambil keputusan nak mandi rambut pagi pagi.

Dannnn buah rambut pun muncul -_- dengan lebatnya.

Macam'macam buah ada. Rambutan, durian, cempedak, betik -_- Aaaaaa aku tak suka. Haha. So aku nak kongsikan tips macam mana nak hilangkannya.

Sumber : SINI


1) Ambil segenggam daun buluh dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, gunakan air rebusan itu untuk membasuh rambut. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut akan lebih mudah disikat dan buah pada rambut akan luruh apabila disikat.


2) Tumbuk daun inai sehingga lumat. Lumurkan ada seluruh rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilas dan sikat rambut.


3) Ramas daun pinang bersama sedikit garam kasar dalam sedikit air, kemudian sapukan air pada keseluruhan rambut dan kepala. Biarkan selama setengah jam dan bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut akan lebih mudah disikat dan buah pada rambut akan luruh apabila disikat.

Sumber : SINI

Untuk membuang buah pada rambut, ambil beberapa batang kangkung kemudian direbus. Basuh rambut anda dengan air yang digunakan untuk merebus kangkung tadi. Biarkan untuk beberapa minit dan basuh semula dengan air bersih.

Ada jugak yang suruh basuh dengan air santan kelapa.

-----------

Aaaa yang ni je aku jumpa dekat Encik Google.

Em aku nak try jugak 4 tips ni. Korang ada tips lain? Boleh komen bawah ni :) TAPI TOLONG JANGAN SURUH AKU POTONG RAMBUT. Haha serious talk. Aku taknak potong rambut. Sayang weh. Umi aku berapa kali dah suruh potong, aku taknak. Kalau terdesak sangat, baru aku potong. Huhu.

Okay kerjasama anda semua, amat saya hargai! :)
Thank you.

Btw, happy holiday!


Tuesday, 27 May 2014

#44 Wordless | i wish |

Embedded image permalink

"@thekhayalan15: I really wish I could do that.... pic.twitter.com/tNLmS1Oenh"

Friday, 23 May 2014

Meminta dan Memberi Maaf !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH (Rabu, 30 Jdl. Akhir 1435H)
Meminta dan Memberi Maaf !

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah satu perkara yang hebat dan sukar ! Bukan senang untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan dan menyakiti hati kita seterusnya melupakan perbuatan mereka begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

PENCERAHAN :
Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari  memaafkan seorang kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang kita telah kenali hati budinya, melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Jika Allah SWT sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Sebaliknya, apa yang banyak kita lihat pada hari ini ialah, terdapat mereka yang mengkritik, mencerca, menghina, malah menghukum mereka yang melakukan sesuatu kesalahan, seolah-olah dia atau keluarganya sendiri tidak pernah melakukan kesalahan itu. Seolah-olah dia manusia yang tiada dosa sama sekali. Inilah sikap dua kali lima yang kita anuti tanpa disedari.

Kita menjegil mata pada orang yang memotong barisan kenderaan dalam jem yang panjang, tetapi kita minta tolong sahabat kita yang bekerja di Pejabat Pos untuk mendahulukan urusan kita. Kita memarahi anak yang tidak sudah-sudah hendakkan mainan baru sedangkan kita juga tidak habis-habis menghias kereta hingga kosnya menelan beribu ringgit. Kita meleteri isteri yang membuang masa dengan bergosip bersama jiran, padahal kita menghabiskan berjam-jam lepak di warung kopi. Sikap dua kali lima ini terjadi apabila kita asyik mencari kesalahan orang tetapi tidak ingat akan kesilapan diri sendiri. 

Seterusnya, apabila kita berbuat salah dengan seseorang, biasanya kita akan dirundung perasaan bersalah. Setelah meminta maaf, tingkah laku kita apabila berhadapan dengan orang yang pernah kita buat salah itu akan tidak sama seperti sebelumnya. Sebolehnya, kita akan mengelak untuk bertemu semula dengannya.

Tetapi dengan Allah, manusia tidak akan sesekali dapat berbuat demikian. Mungkin jasad kelihatan akan mengelak dari berurusan dengan Allah. Tidak solat, tidak menghadiri majlis ilmu, mengelak bertembung dengan orang alim. Tetapi hakikatnya, hati yang diciptakan secara fitrah itu akan merasakan sesuatu perasaan bersalah yang amat mencengkam jiwa.

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

"Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan." (QS. An-Naml : 14)

Sekiranya manusia terus berbuat demikian, adakah Allah akan rugi? Akan terjejas kemuliaan dan keagungan Allah? Contoh, sekiranya kita tidak solat adakah akan mengurangkan kekuasaan Allah SWT? Tidak sama sekali, sebaliknya manusialah yang akan rugi dan yang akan terjejas dalam kehidupannya di akhirat nanti.

Allah SWT telah berfirman ;
“Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS. Fathir : 15)

KESIMPULAN :
Pada saat seseorang melakukan perkara yang salah, kata hatinya akan menyalahkan dia, menuduh dan menghukum diri dengan perasaan rasa bersalah. Tetapi kerana keegoan yang meninggi dalam diri, maka perasaan bersalah itu diketepikan dan dibiarkan berlalu. Memberi dan meminta maaflah... Biar berjiwa besar bukan besar kepala !
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay

Sumber : Group Whatsapp

#42 Wordless | Panda |

Embedded image permalink

"@ANlMALPICS: scared panda holds onto a police officer after an earthquake pic.twitter.com/pfUZrYs7JM" Comelnyaaaaaa :O

Embedded image permalink

"@Athirah_Aziz97: Panda dimana-mana tapi panda ni paling berharga. Hahaha bukan semua orang faham eh. pic.twitter.com/LRNGqSeGBn" Hahaha terbaik

Proud to be Terengganu's :D Panda itu sangat comel! Aumm :)

Sunday, 18 May 2014

#40 Wordless | Hawa, betul atau tidak? |

Embedded image permalink

Hawa, meh laa tengok gambar sini. Korang rase betul tak? Bagi aku la kan, memang menarik tengok lelaki lipat lengan baju, tapi macam em em, entahlah. Aku tak setuju mana dengan penyataan dalam gambar ni.

Apa pendapat korang?

Put your comment please.

Saturday, 17 May 2014

#39 Wordless | Angau |

Muahahaha aku selalu macam ni -_- jiwa remaja lah katakan. Hahaha XD

Copycat

Assalamualaikum.
Hari ni nak buat short entry pasal Copycat.

Aip aip, mesti korang dah tahu apa itu copycat kan? Copycat ialah gelaran kepada orang yang suka meniru perbuatan orang lain.

Aiyoyoyo! Aku tak suka copycat! Maaf. Memang tak suka. Aku bukan nak perasan, tapi aku sedar ada yang meniru style aku ber-blog. Tapi tak mengapa, aku redha. Haha sekarang aku suka redha dengan semua perbuatan orang lain yang aku tak suka. Em pasrah.

Cuma satu je nak bagi tahu, tak baik tau tiru tiru ni. Hihi. Lain la dengan izin orang tu. Kalau ada yang terasa aku tujukan kepada dia, aku minta maaf dan korang takperlu minta maaf dengan aku sebab aku dah maafkan :)

Okay got to go. Exam minggu depan Addmath, Arabis, PQS dan PSI. Wish me luck guys! :)

Sekian.

Thursday, 15 May 2014

#37 Wordless | Kawan |


Embedded image permalink

"@syahirans1998: Bukan senang nk cari kwn sebegini tp x mustahil... pic.twitter.com/rLzFTXqrnj" Yeah!

Monday, 12 May 2014

Liebster Award Nomination #34567

Haip haip kapten!
Assalamualaikum for all of youuuu :)
For the third forth fifth i have been nominated! Haha thank you for Sis Izzah Hashim & Sis Nur Hanan Aqilah & Sis Iyqa Gani & Sis Siti Aisyah & My dolly, Khairul Mardhiah for tagging my name or my url :) Thank you!

All of you is older than me. Hehe thank you sis! :) I'll answer all of your questions in this entry. Let's read! :D


First at all, let's me tell you the rules! Even i know a lot of bloggers know about this right? :p

Rules when being nominated :
1-Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2-Answer the 11 questions asked.
3-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
4-Create 11 of your own questions for them to answer.
5-Notify your nominate.





Okay next, i'll answer Sis Izzah Hashim's question first :)

1. Where are you study?
=I'm studying at SMA Al-Falah Kemaman Terengganu :) 

2. What do you think special about yourself?
=No one who's same with me. I am I :) Forever be myself. My special is i love my lover back :) Wanna be my lover? Love me first :p

3. Why you start blogging?
=I love to share what i know to people :)

4. What country that you really want to travel and why?
=Makkah! I really want to go there! There is the most special place. I want to go there with all of my family and with my further husband! Heheheh :P

5. What favourite movie you like to watch?
=Spiderman3! Argh i still don't get the chance to watch the movie! A few weeks ago, my bro asks me to go watch the movie but on that time, i got my migraine back, so i can't go there! Soooooo sad :(

6. What your personal vision in your life?
=Struggle to achieve your goal! Don't just stay on your chair and see other's success :)

7. Who the best role model in your life?
=Of course my only Rasulullah SAW :) He's the best man ever! I love him so much! :)

8. What your hobby?
=Tweeting, blogging, chatting, texting, studying. Eh studying? Hahahaha yes i love it :)

9. What things that you really hate?
=Things? Em i hate when someone stalking my phone without my permission!

10. Who are your the favorite blogger?
=All of bloggers who are not so arrogant with others :)

11. What do you think about my blog and give me some tips to improve it ^^?
=I love the music! :) But i don't like a lot of flower on your blog. Hehe sorry. It seem not neat :) I hope you can change it :D




Okay next! I'll answer Sis Nur Hanan Aqilah's question :)

1. When you started creating your blog?
= Around 2012 or 2013. Don't really remember it. Hehe :)

2. What kind of music do you love to hear? Examples?
=Slow music. Like Arjuna Beta :)

3. Choose the best place in Malaysia that you will go on holiday?
= Pulau Tioman! Aummm so best! I have been there once. But i'm still can't go around there :(

4. What do you think about my blog ? Give reasons.
= Cute! So simple. I love it :) Your blog look cute because of the background's colors! :)

5. Do you love football? Which team do you prefer?
= Hahaha i don't like football :)

6. What do you think about mix and match style?
= I love it. But sometimes it's look like a clown -_- Haha you've to creative in matching your dress :)

7. Do you watch Running Man? Tell me your favourite in RM.
= Yes, but it's long times ago. I love Kang Gary! :) My birthday is same with him :D

8. Do you like selfie with monopod? Why?
= Selfie? I love it. With monopod? I don't ever get the chance to try it. Haha. I still can selfie without monopod. So, i don't ever like to buy it :)

9. Tell me your sweetest memory..
= Meet with my crush. Eh? Haha that's one of my sweetest memory :P

10. Tell me your favourite fashion blogger.
= Syira Lokman! I love her fashion's style! :D She's still cover her aurat even her dress is so beutiful! Haha love it :)

11. What do you dislike with my blog?
= The advertisement's position. Your blog is not so cute with it. Hehe. Sorry if you don't like my comment :)





Next! Sis Iyqa Gani's question!

1. "I.T" What is the first thing came across your mind when you heard this word?
= Computer! Haha seriously :)

2. What do you think about HTML coding?
= Haha i love it if i understand it. If i can't understand it, i just like asdfghjkl i hate it! Haha. I love blogskin's code but i don't understand template's code. Haha. Still studying about it :)

3. What do you look for in a blogger?
= A lot of knowledge! :)

4. Whose are your favorite blogger?
= A
ll of bloggers who are not so arrogant with others :) Same with Sis Izzah Hashim's question :) 

5. Do you love novels? Give me 1 of your favorites novel.
= Yes! I love it very much! Haha. Favorites novel? Em Cerita Cinta Ahmad Ammar :)

6. Do you like pets? What kind of pets you love?
= Em not really. Hehe. But i love rabbits!

7. Your favorite animation cartoons?
= Spongebob Squarepants! I love it :) Haha even i'm sixteen years old.

8. What is your blood type?= Huhu i don't know :?

9. What is your dream that you wish it come true?
= Hahahaha my crush like me back! Ohohoho XD

10. In your whole life, what are you looking for?
= Syurga's Allah InShaaAllah :)

11. What is your plan for your future?
= Collect a lot of pahala and enter Syurga's Allah! Ameen! Subhanallah :)




Next is Sis Siti Aisyah's question. I'll answer is in Malay because the questions is in Malay.

1. Kalau anda boleh terbang, adakah anda akan buat kerja tanpa gaji macam Superman?
= Hahahaha semestinya yaaa! Akan ku pergi melawat ke seluruh dunia terutama Makkah! :)

2. Bila kali terakhir anda pergi jumpa dentist?
= Hahaha bulan lepas tak silap. Doktor gigi! Hahaha dekat sekolah.

3. Antara TIKUS dan KATAK, mana satu anda paling tak suka?
= Tikus! Grr menakutkan -_- Katak tak lah takut manee :)

4. Adakah anda seorang KPOPPERs?
= Hahahaha semestinyaaa tidakkkkk -_-

5. Minat Running Man ( kOrean Reality Show) tak? Hehehe..
= Dulu jee :) Sekarang tidak lagi. Hehehe.

6. Pernah tak anda travel overseas? Ke negara mana?
= Hmmm tak :( Tapi akan datang InShaaAllah. Nak sambung study luar negara. Ameen harap tercapai! :D

7. Anda ada adik? kalau ada, pernah piat telinga adik korang tak?
= Hahaha bukan setakat piat, macam'macam dah buat dah. Haha XD

8. Apa mesej terakhir yang ada dalam inbox anda masa anda baca soalan saya ni?
= Phone? Semestinya daripada Celcom tersayanggggggg. "RM0 Langganan servis Video Mystery anda akan diperbaharui dalam masa 2 hari. Caj: RM1/vid utk -4video/mggu. Untuk batal, htr BATAL MYS2 ke 26666" Hahahaha romantik kan? -_-

9. Pernah tak anda kena rotan dengan cikgu?
= Hahaha pernah! Kali terakhir masa form2. Tak ingat hafazan Quran -_-

10. Sekarang ni, anda tengah guna Mozilla atau Chrome atau lain-lain?
= Torch. Hahaha.

11. Kenapa anda sanggup jawab semua soalan mengarut saya ni.....??!
= Hahaha sebab saya sayang bloggers yang peramah :P



Okay lastly My dolly, Khairul Mardiah's question :)

1. What do you think about my blog?
= Simple and cute! But still have to edit :)

2. Who always motivated you?
= My hero! Encik Zulkafali a.k.a my only father! :) And my crush. Eh? Hahahaha XD

3. Do you have twitter, instagram? Tell me.
= Haha yes i have it :)

4. What do you do if you in stress?
= Text to my sahabat or my gang or my crush. Hahaha XD

5. What is your motto?
= Stay strong and love ALLAH :)

6. What is you favorite singer?
= Maher Zain! And Siti Nurhaliza :) I have done answer this question HERE

7. What do yo do just now?
= Update entry and stalking others blog :)

8. What is your ambition?
= Accountant. Lawyer. Teacher. Hahaha a lot of ambition -_-

9. Describe yourself.
= Not so good. But trying to be a good person to everyone! :)

10. Boyfriend or friends did you choose. And why?
= Of course friends. Friends are more important than boyfriend :)

11. Who do you love?
= Allah. Nabi Muhammad SAW. My family. My dolly(s). My friends. My crush. Hahahaha XD



The Nominees Are……..

1- Ibnu Ramli
2- Daun Hijau
3- Si Kanta Coklat
4- Intan Amani
5- Fiemi
6- Aspire Angel
7- Siti Nurul Ain'nun
8- Hana Hafis
9- Niyaz Zara
10- Irene Valerie
11- Rikochikato Dain


My next question. Haha so lazy to think. But because i love you guys, here the question~

  1. What's your crush name? Hahaha ada bran? :P
  2. What's your favorite subject?
  3. What do you think about your personality?
  4. What will you do if your best friend doesn't want to talk with you?
  5. If you have a crush, do you want to tell him/her your feeling?
  6. Do you hate prefect school? But why?
  7. If you're totally get mad, what will you do?
  8. If you're a prefect school, what'll you do if the students still do what was you ban him/her?
  9. You know couple is haram, but if someone ask you to couple with him/her, what will you do?
  10. If there's someone who's waiting for you for a long time, do you accept him/her?
  11. Do you love me? Hahaha :P

p/s : The questions are not to serious. Heheh :)


Happy answer it guys! :)

#33 Wordless | Merungut |


https://twitter.com/MissKarimah_

Jangan sukaaa merungut ye wahai saudara saudara ku? :)
Pesanan ini untuk diriku jugaa :D
Sama'sama ambil pengajaran.
InShaaAllah.


Friday, 9 May 2014

EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Hai semuaaaaaaaaaaaaaaa! Assalamualaikum :)
Nampak tajuk di atas?

Haaa minggu ni dan minggu depan exam! Sebenarnya dah start minggu lepas, tapi exam subjek minggu lepas tak lah susah mana. Tapi minggu ni paling killer! Exam semua exam subject killer -_-


Nahhh ni exam paling aku kurang suka. TOV baru ni aku FAIL! Argh memang menyakitkan jiwa raga :(
Exam kali ni aku TAKNAK fail. So kena struggle lebih.


Haaa subjek ni pun ada. Nasib baik TOV aku lulus. Hahaha. Tapi tetap kena belajar lebih dari yang biasa. Aku taknak markah aku low daripada bebudak lain.


Lalala yang ni pun ada. Fizik best! Tapi agak mencabar. Aku suka fizik sebab banyak mengira. Hehe. Tapi kena ingat banyak step penting. Formula mesti dalam kepala maaa :/


Yang ni aku palinggggggg suka :) Hehe. Serious talk. Alhamdulillah :) Tapi impian aku sekarang nak dapat markah paling tinggi dalam kelas. InShaaAllah. Doakan aku :)


Yang ni bukan subjek exam minggu ni. Tapi minggu depan. HAHAHAHAHA aku FAIL tov -_- Dua subjek je fail. Hahaha buat malu jeee. Math aku on, +math aku grrr :/ So kena banyak buat latihan! Huwaaaaa :(


Muahahaha yang ni pun ada tau :/ Tapi bukan Arabic biasa. Bahasa Arab Tinggi. Kahkahkah, aku malas study Arab! Tapi aku KENA study Arab! WAJIB. Em kena kuatkan azam! :)

Memang mencabar. Esok pulak aku ada pertandingan PANTUN. Muahahahahahaha bila aku nak study entah. Lusa dah exam Math. Em em em Allah :(


Aku mengharapkan doa kalian :)

Maaf kalau aku kurang update entry, kurang join giveaway baru. Kalau ada giveaway baru, tolong inform aku tau? Haha takut terlepas :)

Terima kasih!
Assalamualaikum.

Wednesday, 7 May 2014

#32 Wordless | Kata Orang |

https://twitter.com/MissKarimah_

Jangan hiraukan orang lain. Jika perbuatan itu Allah suka, lakukannya. Jangan hiraukan kata'kata busuk orang lain :)

Tuesday, 6 May 2014

#31 Wordless | Mom |

https://twitter.com/MissKarimah_


Mom, i love you! I love you! I love you! :*

Sunday, 4 May 2014

Mati itu PASTI


Assalamualaikum.
Jom sama'sama kita mengingati diri sendiri tentang kematian yang PASTI aku menjemput kita semua sama ada kita bersedia atau tidak.

https://twitter.com/MissKarimah_

Abdurrazzaq mengatakan daripada Ats-Tsauri yang bersumber daripada Abu Ja'far bahawa Rasulullah S.A.W pernah ditanya, 

"Orang beriman yang manakah paling cerdik akalnya?"

Nabi Muhammad SAW menjawab:

"Orang yang banyak mengingati mati diantara mereka dan yang paling banyak membekali dirinya untuk kehidupan selepas mati"

So? Adakah anda semua ingin terus menjadi orang yang tidak cerdik akalnya? Tepuk dada, tanya iman :)

Marilah sama'sama kita berubah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa InShaaAllah :D

Sekian.


#30 Wordless | Jaga |

Embedded image permalink

": Ada tiga yang kena jaga diri sendiri :') "

Saturday, 3 May 2014

#29 Wordless | Hukum Upload Gambar |

https://twitter.com/MissKarimah_

": "@Ob5e5: Apa hukum wanita meletak gambar tak menutup aurat ? ""

Sama'sama berubah demi Allah :) InShaaAllah :D

Dugaan meminang

Assalamualaikum!

Besarnya dugaan lelaki nak meminang anak dara orang.
Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.
Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami.
Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.
Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.
"Kamu kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"
"Berapa tahun kerja?"
"Kerajaan or swasta?"
"Tetap or sementara or kontrak?"
"Gaji sebulan berapa?"
"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"
"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"
Fuh.
Berpeluh sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ni. Jika jawapan kamu adalah,
"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."
Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?
Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.
Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik. Mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.
Sungguh sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,
"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)
Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.
Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.
Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini.
Solusinya, bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.
Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.
Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.
Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.
Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis.
Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita. 
Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi. 
Mungkin juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu isteri di realiti.

Sumber : Group Tudung Labuh Whatsapp :)

Sekadar perkongsian bersama. Semoga bermanfaat untuk semua :) InShaaAllah. Terima kasih.
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg