Friday, 27 May 2016

Saya pelajar STPM

Assalamualaikum.

Yeay new entry! ^^
First of all, aku nak berterima kasih kepada para blogger yang sudi komen entry aku yang sebelum ni. Terima kasih atas kata'kata sokongan, nasihat dan semangat yang diberi. Aku sangat'sangat menghargainya. Terima kasih.

Alhamdulillah bersyukur pada Allah.

SAYA PELAJAR STPM.

Nah, alhamdulillah aku dapat form6 dekat SMKA Durian Guling Terengganu. Haritu aku mohon dalam hari selasa minggu lepas, then tunggu rabu ppd tak call, khamis pergi ppd, dapat surat pergi sana. Alhamdulillah ada rezeki kat sana. So, aku pergi daftar sekolah 23 Mei 2016.

4 pagi - bangun
5 pagi - bertolak dari rumah
7 pagi - sampai SMKADG
7.30 pagi - Daftar form6

Alhamdulillah aku dapat masuk asrama sana. Payah gak mula'mula sebab tak sure dapat asrama atau tak. Rumahku jauh, 2jam perjalanan~ So, kena stay asrama ler. Lepas daftar, p pejabat asrama, kakak tu suruh mari masa rehat confirm-kan ada kosong tak. So, rehat tu pergi balik pejabat asrama, alhamdulillah boleh masuk. Petang tu masuk asrama.

FIRST TIME stay asrama.
Nangis gak hari pertama, hari kedua. HAHA! Sebab takboleh bawak phone. Mula'mula junior kakak aku cakap (dia upper6), boleh je bawak. Lepastu sampai sana, tanya kawan, dia cakap takboleh. Kalau 'banggerak' (kantoi), kena gangtung asrama. Adoi, aku pun jadi down hahahaha. Tapi aku tak hantar pun phone dekat warden. Pegang je sendiri hehehe (jangan contohi k) tapi tak on pun. On bila rindu kawan hahaha! K serious rindu kawan bukan rindu family haha. 

Tapi SUMPAH best asrama sana. HAHA jakun aku. First time stay asrama yang bilik mandi dalam dorm. Actualy, 2dorm kongsi 1bilik mandi. jadi, macam bergabung tiga. dorm-bilik mandi-dorm. Haa camtu. Lepastu dorm aku, semua lower6. Tak bercampur dengan form lain. dorm sebelah pun camtu. Dorm aku pulak sikit je manusia. haha! 6manusia. Tapi nanti buka cuti, 2 masuk unisza :'( Sedih sobs.

Siti
Syuk
Opi
Shirah
Erin

Siti dan Opi yang masuk unisza. Sedih gak sebab duorang tu sumpah sporting. Baik je semua. Semoga mereka berjaya :)

Oh lupa. Aku pelajar STPM aliran agama. Ambil 5subjek tak termasuk MUET.

Syariah.
Usuluddin.
B.Melayu.
Pengajian Am.
B.Arab.

SYARIAH
Em best macam Pendidikan Syariah Islam. Sama je dua dua. Cuma Syariah lebih terperinci. Means, exam kena ingat dalil haa. Yang lain sama je. Lepastu exam, kena tulis karangan. Markah paling sikit 4, paling banyak 10. Haa hahaha. Cg syariah best. Terang terperinci hihi.

USULUDDIN
Yang ni sebijik Pendidikan Quran Sunnah. Sama je dengan syariah. Kena ingat dalil. Huhu. Kalau yang ambik PQS PSI, memang boleh sangat nak skor subjek dua dua ni. Hihi cuma kena banyak mengahafal dalil.

B.MELAYU
Em cikgu takmasuk lagi so aku tak tahu canne subjek B.Melayu STPM ni.

PENGAJIAN AM
Sama lah taktahu canne sebab takbelajar lagi. Tapi aku duk belek buku, sama je cam sejarah tak silap. Kena banyak menghafal.

B.ARAB
Haaaa yang ni payah bagi aku hahahaha! Sebab aku memang lemah sikit b.arab ni. Masa spm pun takat B je huhu. B.arab stpm lebih terperinci. Lagi detail daripada yang spm. Harap aku akan jadi lebih rajin! Hahaha inshaaAllah!

MUET
Cg superrrr bestttttt huwaaaa i love her! Hahaha sumpah do! Cikgu best gilerrr. Haha aku jadi semangat nak belajar hihi!

Em apa lagi eh nak cerita. Haa, kat sana kena pakai jilbab all the time. hihi aku kena start kumpul jilbab banyak'banyak ni. Sape'sape nak hadiahkan aku pun boleh hehehehehe >.< Peraturan asrama kat sana memang ketat dan mampat hahaha. Masa memang pack giler. Tapi aku pergi sana seminggu, banyak masa terbuang sebab takde buku nak baca, cikgu tak masuk kelas sebab cikgu ramai yang sibuk huhu. Harapnya nanti bulan puasa, cikgu masuk semua la huhu.

IKHLAS
Haaaa yang ni paling penting. Aku kena ikhlas. Minggu lepas aku pergi sana, dengan keadaan tak ikhlas. Jadi aku payah nak sesuaikan diri. Tapi alhamdulillah slow'slow aku dah boleh terima.

Korang, pergi study mana'mana, kerja or whatever, kena ikhlas. Ikhlas lillahitaala, kerana Allah semata'mata. InshaaAllah Allah akan permudahkan segalanya.

6Mei2016 - Keputusan IPG keluar. Aku dapat sana (ameen), aku pergi sana. Takdapat (nauzubillah), aku stay form6 je. InshaaAllah Allah akan permudahkan segalanya. Rabbi yassir, wala tuassir.

Jaga diri semua. Doakan aku. InshaaAllah aku akan doakan korang juga ameen :)
Adios!







Wednesday, 18 May 2016

Kisah UPU dan aku.

Assalamualaikum.

Hai orang orang di sana. Semoga sihat sentiasa ameen :D
Hai jugak dekat batch98 yang sudi jenguk sini, komen sikit nanti aku usyar blog korang! :)

Harini nak story pasal kisah UPU dan aku.

Aku syak mesti semua dah tahu yang result UPU dah keluar 16mei2016 baruni. Tahniahhh kepada semuaaa batch98 yang dapat apa yang korang impikan! Yang tak dapat apa yang korang nak or takdapat langsung, jangan risau perjalanan korang tak berhenti setakat tu (ayat untuk diri sendiri uhuk >.<)

Huhu.
Yup. Aku tak dapat yang aku impikan.

Sedih?
Haruslah. Impian aku dari kecik dah semakin pudar. Harapnya tak.

Takboleh terima?
Em susah nak cakap. Aku tengah dalam proses penerimaan. InshaaAllah.

Dapat course apa? U mana?
Alhamdulillah dapat uitm raub pahang, course diploma statistik.

Kenapa tak pergi?
Em minatku bukan ke arah itu.

Minat apa?
Minat law dan bercita'cita untuk jadi lawyer.

So, sambung mana lepasni?
InshaaAllah sambung form6 ambil STPM aliran agama. Semalam baru p mintak.

Form6 sekolah mana?
InshaaAllah salah satu antara SMKA Sheikh Abdul Malek or SMKA Durian Guling, Terengganu. Tak dapat dua dua, nak mohon SMASZA Terengganu. Harapnya dapat antara dua tu.

Kenapa baru mintak?
Aku tak dapat form6. Dapat matrik. Semua orang akan dapat salah satu je.

Kenapa tak pergi matrik?
Tak minat langsung sains or akaun. Lagipun cita'cita aku lawyer kan?

Bukan nak IPG?
InshaaAllah kalau dapat IPG (ameen), p sanalah.

Bukan nak jadi lawyer?
Em, abah aku cakap IPG pilihan pertama. So, aku kan anak solehah hiks hahah!

Bila masuk form6?
Sekarang tengah tunggu panggilan dari ppd. Katanya nak call harini or esok. Cepatlah call! T.T

Hah! Okay tu je kot soalan yang orang akan tanya bila bab sambung belajar ni kan? Haha kalau ada soalan lagi, tanyalah kat komen k (bajet orang nak tanya haha) Kalau tanya aku pasal form6, aku rasa form6 memang bagus! Tapi yang peritnya bila dengki tengok kawan'kawan p masuk u semua! HAHA! Sumpah dengki weh. Kan semua orang cita'cita nak masuk u huhu. Tapi lek ah, sabar k.

Aku nak buat ucapan khas untuk insan'insan yang penting dalam hidup aku.

Pertamanya, kepada Nur Fatin Fatihah.
Hai! Bangga kan nama mu dalam blog aku hahahaha! Nanti masuk Unisza jaga diri leklok. Jangan main'main. Belajar biar sampai dekan. Aku cabar mu. HAHA AKU TAIP FORMAL SEBAB TAKUT ORANG LAIN TAK FAHAM HAHA! Cari kawan yang baik'baik. Jangan ponteng kelas. Jangan duk keluar jalan je. Jangan tak study. Jangan study last minute. Jangan buat assignment last minute. Jangan buat assignment cincai'cincai. Skor kuiz. Skor exam. Jadi budak dekan. Okay? Sayang mu sampai bila'bila. Doakan aku jugak :)

Second, untuk Ali! HAHA.
Hai ali! Kehkeh.
Ingat janji setiap sem kena skor. Siapa pointer rendah kena belanja. Sambung farmasi nanti jangan belajar santai sangat.
Okay jangan lupa aku.
tu je.
hahahhaha!

Untuk kawan kawan lain, jaga diri.
Jaga maruah.

Adios!
Put your comment below pls. Nak nasihat sikit hihi. Aku perlukannya :') Terima kasih.



Wednesday, 11 May 2016

Pengalaman UKCG dan temuduga IPG 2016

Assalamualaikum semua.

Kembali aku di dunia blog yehaaaaa! Adaa yang rindu tak? HAHA. Okay okay tak perasan >.<

Kali ini aku nak story tentang pengalaman aku temuduga untuk kemasukan IPG sesi 2016. Alhamdulillah bersyukur pada Allah aku diberi peluang untuk temuduga tersebut. Tapi sebelum aku cerita pasal temuduga tersebut, aku nak cerita pasal macam mana aku boleh terdetik untuk mohon IPG.

Hehe. Cerita dia macam ni. Ada satu haritu my mom ws gambar permohonan IPG telah dibuka. Aku pun macam "oh okay" sebab aku tak terdetik pun nak mohon. Lepastu my mom asyik tanya "dah mohon belum cikgu tu?" Aku pun dengan malas jawab "belum, nantilah mah mohon" So, end up one day aku tengah buka laptop lepastu teringat pasal tu aku pun search je la google. Then mohon. Masa tu aku isi je borang TANPA LIHAT SYARAT. Haha masa tu aku cuma tahu calon spm 5A sahaja boleh mohon. Aku isi pun dalam keadaan santai, tak ambik serius langsung.

p/s : aku mohon subjek matematik dan pendidikan islam
(mintak math, addmath kena A. Tapi aku tak A. Aku tak tengok syarat kan hehehe)

Then, dalam bulan April haritu aku buka ig, aku tengok ada sorang budak perempuan satu umur dengan aku, post pergi UKCG (Ujian Kemasukan Calon Guru) Aku pun be like "eh dah tahu eh result?" aku cakap sorang sorang je la. Lepastu aku ada tanya kawan aku yang dapat pergi jugak, dia cakap DIA DIBERITAHU. Aku pun "oh okay aku tak dapat la tu sebab aku tak diberitahu pape pun." End up, aku buat taktahu. HAHA!

Esokkan aku pergi sekolah (sebenarnya memang minggu tu aku pergi sekolah straight sebab tolong latih budak'budak bahas). Lepastu aku ada lah berbual dengan cikgu pasal ujian tu. Cikgu pun bagitahulah, rugilah tak dapat, IPG ni bagus bla bla bla. Banyak la cikgu bagitahu. Lepas aku balik daripada sekolah, aku cepat'cepat buka google crome melalui phone, cek aku dapat ke tak. AKU TERKEJUT KOT AKU DAPAT UKCG TU. Yang paling terkejut, HARITU HARI AKU UJIAN.

Adoi. Aku pun buka laptop cek lagi sekali nak kepastian. Then, aku call kawan aku yang isi jugak IPG ni. Dia pun haritu jugak, jadi kami berdua sama'sama terlepas UKCG tu. Aku pun tak puas hati lah. Aku call KPM, tanya boleh tak aku nak extand aku punya ujian. Dia cakap kena try call pihak IPG.

Esokkan tu aku pun call la. IPG cakap boleh datang harini (hari yang aku call tu) atau esok. Aku pun jadi terfikir jauh weh ujian aku. Dekat Negeri Sembilan weh! Aku dari Terengganu kot. (Kalau korang nak tahu aku yang mintak ujian dekat n9 sebab aku takbaca leklok masa isi borang-.-) Then aku call ayah aku, bincang. Ayah aku suruh balik, then pergi petang tu jugak.

So, aku pun pergi lah 14April2016 baruni.

UKCG ini adalah Ujian Kemasukan Calon Guru.
Cerita UKCG macam ni.
Pagi jam 5.30 aku dah bangun siap siap solat subuh. Pakain track suit. Aku bertolak dalam pukul6 sebab masa tu kami menginap di hotel bandar seremban. Pergi awal sebab takut tak jumpa tempat tu dekat mana. Aku UKCG di IPG Kampus Raja Melewar.

7.30pagi - Start berkumpul
8.00pagi - Pendaftaran
8.30pgi - Taklimat
9.00pagi : 9.45pagi - Ujian bertulis
10.00pagi : 12.00tengahari - Taklimat & Ujian Kecergasan Fizikal

Untuk Ujian bertulis, senang je. Soalan pasal diri masing-masing. Tips dari aku, jawab sebagai seorang guru. Haa inshaAllah tinggilah markah korang. Hihi.

Untuk Ujian Kecergasan Fizikal, ada 5 ujian.

1. Pumping (20x tanpa henti)

Yang ni aku full mark sebab kakak tu tolong heheheehe :D


2. Kelenturan (42cm) 

Yang ni korang kena duduk melunjur then tunduk badan korang supaya tangan korang boleh tolak bongkah sehingga 42cm. Aku sampai 34/36cm je huhuhu sedih.

3. Ujian Ketengangan Urat (5tahap)

  • Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. 
  • Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.
Kalau aku, aku sampai tahap4 sebab tahap5 tu tak boleh naik dah HAHA!

4. Check tinggi dan berat (BMI)
5. Bleep test (lari sejauh 20meter secara ulang alik)

Bleep test aku sampai level3.4 tak silap. Satu level 7x pusing. Kalau nak lulus bagi calon perempuan level3.2. Kalau calon lelaki level 4/5 tak silap. Masa haritu, sorang je calon lelaki dapat full mark. Level 7.2 tak silap. Power kan.

------------------
Habis cerita pasal UKCG.
Okay masuk cerita pasal temuduga pulak.

Mengikut takwin, 2mei dah keluar result untuk temuduga. Tapi 2mei kan cuti. 3mei lah keluarnya. Mak ayah aku duk tanya berpuluh kali aku dapat ke tak. Aku duk la refresh laman web kpm berpuluh kali adoi. So, 3mei tu pukul3 petang dah keluar. Tapi aku cek pukul5 petang sebab aku sibuk sikit.

Aku temuduga 9Mei2016.
Di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Subjek ; Pendidikan Islam

7.30pagi- Taklimat
8.00pagi - Bergerak ke bilik temuduga masing-masing.

Aku, bilik B sesi ke2.
Bagi calon Pendidikan Islam, ada ujian amali. So masa tu ustaz tu suruh untuk sesi1 masuk temuduga dulu, sesi2 pergi ujian amali.

Then, kumpulan aku (6orang) bergerak ke bilik ujian amali. Masuk berpasangan. Masa tu budak lelaki 2orang dulu masuk. Lama weh. Berdebar habis. Adoi. Btw, aku dapat kawan baru yang sepesen dengan aku hahaha! Namanya Ainun Syafiqah, budak klate la. Cantik orangnya, tinggi 170cm. Haha berbeza dengan aku. Kami masuk berdua.

Ujian amali ada 2sesi.

Sesi1 - Soalan fardhu ain (3), baca teks arab tanpa baris dan bina ayat dalam bahasa arab melebihi 8patah perkataan berdasarkan gambar.

Soalan fardhu ain yang aku dapat:-
1. Rukun nikah (aku tak ingat satu je T.T)
2. Malaikat dan tugas
3. Bacaan doa qunut

Gambar aku dapat : Gambar minuman.
Aku buat ayat simple giler.
"Muhammad minum air di kantin bersama kawannya yang bernama Ahmad." 
Kehkeh.

Sesi2 - Mengaji alquran dan menulis jawi

----------------------------

Masuk sesi temuduga.

Kami berenam masuk bersama.
Duduk satu barisan kerusi mengadap 2orang penemu duga.

Mula-mula dia suruh intro diri masing'masing. Tips aku, korang jangan duk panjang lebar cerita pasal family adik beradik berapa orang. Intro camtu bosan duh. Korang kena fikir nak cerita apa untuk menarik perhatian penemu duga untuk lihat korang layak untuk jadi cikgu.

Aku orang ke3.
Aku cerita pasal aktiviti lepas spm aku sebagai guru kafa sambilan. Panjang gak ah.

Then lepastu dia tanya apa sahaja yang dia nak tanya. Contohnya, calon ke6 dia tanya kenapa dia perlu dipilih menjadi guru. Calon ke4, dia tanya aktiviti lepas spm. Aku, adakah aku layak menjadi seorang guru dan pasal kerja sambilan aku tu. Calon ke5, dia suruh cerita pasal tempat tinggal. Calon pertama dan ke2 dia tanya pasal aktiviti masa sekolah gak. Calon ke2 ada gak kena tanya pasal ketua pendidikan. Dia tak tahu so, aku tolong jawabkkan heheh aku hafal kot. Soalan pasal pendidikan ada, pasal sekolah kluster pun ada. Aku dah baca semua tu, tapi alhamdulillah dia tak tanya aku haha!

Habis tanya soalan, dia bagi kerja kumpulan.
Dia bagi satu kertas bergambar dengan 3soalan.

Korang kena bincang dengan kuat. Then tulis atas kertas mahjung (kertas putih besar). Then bentang.

Aku dapat gambar berkerjasama camtu.
Soalan:-
1. Isi tersurat
2. Profesion perguruan
3. Kesimpulan.

Senang'senang je.
Then habis.
Boleh balik.
Yeay.

Etika pakaian : Baju kurung dan kasut hitam bertutup dan bertumit.
Adoi sakit kaki aku. HAHA.

Adios! Semoga membantu anda! :D
Maaf terlalu panjang!






 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg