Hai semuaaaaa :) Assalamualaikum!
Moga sihat walafiat semua! Sudah ucap alhamdulillah belum hari ni? Belum? Nahhh, cepat ucap sekarang! Sudah? Haa, bagusss! Haha -_- Aku da start merapuu.
"Usaha + Doa + Tawakkal = Redha !"
Itu tajuk aku kali ini.
Sebenarnya aku terfikir nak buat entry ni disebabkan aku baru lepas daripada PMR. Yeah! I got my result. And I just got 8A and 1B --' The subject that i got B is Arabic. So sad because I was learn Arabic for 10 years. Hm hm, never mind. Mungkin takde rezeki aku letuww :3
Entry ini istimewa buat para pelajar yang baru je dapat result UPSR, PMR dan yang bakal mengambil exam SPM. Kepada yang tak dapat result cemerlang dalam UPSR dan PMR, jangan give up! SPM masih ada~ Do your best! Jangan ulangi kesalahan yang sama! Meh aku bagi beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang :)
First at all, korang kena USAHA! Yeah! Usaha tangga kejayaan k :) Dekat sekolah, belajar rajin'rajin. Buat kerja sekolah. Tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar. Dekat rumah, do exercise! Yeah. Every single day! Kalau malas, ponteng lah skali skale. Hehehe :D
Second! Doa banyak'banyak bagi Allah buka pintu ilmu :) Tanpa izin Allah, kita semua tak akan dapat fahami ilmu Allah. Semua ilmu atas bumi ini, semua milik Allah. Eh eh, bukan bukan! Semua yang ada atas muka bumi Allah ni, SEMUA MILIK ALLAH. SEMUA. So, apa yang kita nak buat, mestilah dengan izin Allah. Kalau Allah tak suka, jangan buat. Okay?
Third! Lepas usaha, lepas doa, kita kena tawakkal. Tawakkal tu apa? Berserah segala'galanya kepada Allah selepas berusaha bersunguh'sungguh :) *Pendidikan Islam Tingkatan Tiga* Tawakkal itu penting. Sebab itu tanda kita percaya akan qada' dan qadar Allah :)
Last skali, kita kena REDHA :) Sebelum kita dapat tahu result kita, kita kena doa dekat Allah, supaya Allah bagi kita redha dengan ketentuan Allah. Lepas kita dapat tahu result kita, pasti kita tak akan menyesali apa yang sudah berlalu. Aku jamin :)
Allah tak pernah mungkir janji :) Kalau kita usaha banyak, Allah akan bagi kita banyak. Kalau kita usaha sikit, Allah akan bagi kita sikit. So, semua yang berlaku, atas usaha kita sendiri. Jangan salahkan takdir Allah :)
Dan.................. Kalau kau rasa kau dah usaha banyak, dah doa, dah tawakkal, tapi tetap tak dapat result cemerlang. Haaaa! Yang tu kau kena check diri kau. Apa salah kau sampai doa kau tak termakbul? Dosa dengan ibubapakah? Dosa dengan cikgukah? Dosa dengan keluargakah? Dosa dengan Allah kah? Hehe. Kene muhasabah diri tu :)
Aku selalu fikir macam ni, kalau aku tak dapat cemerlang, ibubapa aku happy tak? Mesti diorang malu nak cakap result aku dekat family, dekat jiran'jiran, dekat kawan'kawan. Aku taknak bagi ibubapa aku malu. Malu dengan result anak sendiri walaupun ibubapa aku cakap diorang tak kisah aku dapat brape pun asalkan perangai elok.
Okay, taknak panjang'panjang, nanti korang bosan nak baca -_- Harap netry ini bermanfaat :)
Salam sayang,
tahniah dpt 8a!!! sekarang baru tahu nk berjaya mcm mana... lps ni bleh r buat mcm akak karimah ni... hehe.. :P
ReplyDeleteHaha. Terima kasih :) Perli noh? :P
ReplyDelete