Sunday, 12 January 2014

Jom belajar HUSNUZON



Assalamualaikum semua :)
Hari ni aku nak kongsikan satu cerita pendek tentang HUSNUZON. Do you know what's the meaning of HUSNUZON? Haha, speaking lu kejap -.- Ajet'ajet je tu. Hehe. Husnuzon bermaksud bersangka baik. Ianya daripada perkataan arab.

Okay, jom baca cerita ni sampai habis :)

  • Karimah Zulkafali II


    Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian..
    "Cuciannya kurang bersih ya. Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih bagus." ngomel si isteri.
    Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apapun.
    Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya.
    Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya: "Lihat, seolah-o dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul.. Siapa agaknya yang sudah mengajarnya? "
    Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."
    ***** Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela) bilamana kita memandangnya..
    Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.
    Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita.
    Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), Maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah segalanya.
    HATI menentukan FIKIRAN.. FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...
    2 hal yg paling baik di atas kebaikan : Sangka baik kepada Allah Sangka baik kepada Hamba Allah
  • Dah habis baca? Em, da dapat pengajarannya? Kalau da dapat, baguslah. Kita jadikan cerita ini sebagai satu inspirasi untuk berubah menjadi lebih baik. Boleh? Hehe
  • Sekian, terima kasih :p

1 comment:

  1. mempelajari bahasa baru
    Husnuzon bersangka baik.. thanks this info

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg