Tuesday, 20 December 2016

#MyTravelokaEscapade: The Things I’d Do in Sabah If I Won a FREE Vacation From Traveloka



Sabah adalah salah sebuah negeri di Malaysia. Sabah amat terkenal dengan keindahan alam semula jadi kerana terdapat banyak tempat yang menjanjikan keindahan mata memandang. Keindahan alam semula jadi di sana bukan sahaja di darat, malah di lautan. Gunung-ganang, bukit-bakau, persisiran pantai dan hidupan laut yang indah di sana turut akan menjanjikan kepuasan hati kepada insan-insan yang mencintai alam.

Saya juga merupakan salah seorang yang amat menyukai alam semula jadi. Saya lebih suka melihat keindahan alam berbanding membeli-belah di shopping complex! Jadi, saya yakin bahawa saya dapat menikmati alam semula jadi di Sabah kerana kekayaan alam semula jadi di sana masih lagi belum tercemar oleh tangan-tangan jahat manusia. Sekiranya Traveloka meluluskan impian saya dan memberi saya bercuti PERCUMA ke Sabah pada hari ini, saya akan ke Tawau! Saya ingin menjelajah di seluruh pelosok Tawau! Saya yakin, saya akan dapat menikmati keseronokan yang maksimum di sana. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat saya lakukan di sana jika saya dapat memenangi pecutian percuma ini!

Jungle tracking di Maliau Basin

Saya sukakan aktiviti mencabar! Di samping jungle tracking, saya dapat melihat burung-burung liar dan menghirup udara segar yang tidak tercemar. Selain itu, saya dapat bermandi-manda di air terjun 7 tingkat. It's so excited!

Image result for air terjun 7 tingkat maliau basin tawau sabah
credit to : google
Bukit Gemok Canopy Walk - 231 meter panjang

Saya akan dapat mendaki bukit dan merentas hutan. Saya akan dapat menikmati kehijauan bumi yang indah walaupun ianya merupakan pendakian yang mencabar! Di puncak Bukit Gemok, saya dapat melihat keseluruhan Tawau. And for sure I will snap a lottttt of picture! Perjalanan di Canopy Walk juga akan mendedahkan lagi keindahan alam semula jadi di Bukit Gemok.

Credit to here
Mandi di Taman Rekreasi Air Panas Tawau!

Kepanasan kolam air panas yang berbeza iaitu dari 30 darjah Celcius hingga 60 darjah Celcius yang sesuai kepada semua peringkat umur. Kolam air panas juga dipercayai baik untuk kesihatan badan dan kulit. Saya belum pernah merasai mandi kolam air panas dan saya tahu ianya pasti menjadi pengalaman yang palingg menyeronokkan! Taman Rekreasi ini juga menyediakan trek ber-jongging dan persekitaran hijau yang memberi ketenangan kepada para pengunjung termasuk saya! (hope so) Para pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di sana.

---------------------

Selain daripada Tawau, saya juga berminat untuk ke Pulau Manukan jika saya memenangi percutian percuma daripada Traveloka.

credit to here
 Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan diiktirafkan menjadi taman laut negara. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sana seperti menyelam dan bersantai sambil menghayati keindahan pantai. Salah satu impian saya adalah untuk melancong ke seluruh pulau di Malaysia dan Pulau Manukan merupakan salah satu pulau yang wajib saya kunjungi!

Meneroka hidupan laut

Aktiviti menyelam merupakan aktiviti wajib yang perlu dilakukan apabila saya ke pulau! Saya dapat meneroka hidupan laut sepuas-puasnya. Saya ingin melihat pelbagai jenis ikan dan bermain dengannya (perhaps fishes want to play with me haha) People said, Manukan Island has the Best Snorkelling Spot! Saya yakin saya akan menghayati keseronokan menyelam tanpa ada gangguan jika Traveloka meluluskan percutian saya kali ini!

Sea Walking! 

Okay, aktiviti Sea Walking ni belum pernah saya cuba dan saya dah mula teruja untuk cuba aktiviti ini! Semestinya kita akan lihat dengan lebih jelas hidupan laut dengan berjalan di dalam laut!  Saya pernah membayangkan berjalan di dalam laut dan saya tidak tahu bahawa ianya adalah tidak mustahil.  Jadi, saya pasti akan melakukan aktiviti ini jika saya berpeluang untuk bercuti di Sabah.

Pelbagai lagi aktiviti lain yang boleh saya lakukan di Pulau Manukan seperti Scuba-doo, parasailing, banana boat ride dan jet ski! Semua aktiviti tersebut adalah menerujakan! Yeah, I'm starting to feel excited! Saya pasti bahawa percutian ke Sabah adalah percutian yang terbaik untuk saya jika percutian ini diluluskan oleh Traveloka! Dan saya akan pulang dengan kepuasan yang maksimum serta beribu gambar keindahan alam yang cantik! Semestinya saya akan berkongsi pengalaman saya dengan anda semua di blog saya.

Jadi, saya berharap www.traveloka.com.my akan membawa saya ke sana dan merealisasikan impian saya!  
Terima kasih.








 

7 comments:

  1. semoga impian adri utk melancong ke Sabah akan tercapai.
    abam kie pernah bertugas di sana selama 4 thn..
    sedap merantau ke negeri org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Memang impian saya nak merantau negeri orang. Tak keluar keluar lagi dari negeri terengganu ni haha

      Delete
  2. macam ramai je blog pasal traveloka..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  4. Good luck ya ! :)
    Wow, bestnya, nk jugak xD

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg