Tuesday, 29 November 2016

SPAMMERS?

Image result for spammers

Hello.
Topik hari ini ialah SPAMMERS.

Apa itu spammers?
SPAMMERS adalah daripada perkataan SPAM. Iaitu :
 Menurut WIKIPEDIA, SPAM adalah menghantar mesej secara pukal bagi tujuan promosi sesuatu samada menerusi emel, media sosial dan sebagainya.Tindakan SPAM menganggu privacy orang lain kerana ia menerjah masuk tanpa kebenaran.

Spammers pula adalah orang yang melakukan perkara tersebut.

---------------------------------

Anda perlu berhati hati dengan spammers.
Hal ini demikian kerana, spammers seringkali menggunakan fake identity. Menggunakan identiti orang lain untuk memperdayakan orang.

Spam comments or spam emails, selalunya adalah email berantai, tawaran bisness, pemenang hadiah atau warisan.

Contoh daripada spam comments saya sendiri.

Bahasa atau penulisan yang sering digunakan adalah dalam bahasa Indonesia.

Tetapi bukan semua spam adalah tidak berguna. Email dari Youtube or 8share pun selalunya masuk ke dalam folder spam. Kenapa?  Ini disebabkan karana antispam yang terdapat di email kita telah mengenali kata-kata yang umum yang sering digunaan. Secara automatik, email tersebut dimasukkan ke dalam folder spam atau junk. 

Langkah-langkah bijak atasi SPAMMERS!

1. Abaikan email spam

Ini adalah langkah yang paling mudah. Anda hanya perlu mengabaikan folder spam di email Anda. Jangan buka folder spam tersebut. Lebih baik anda tidak tahu isinya.

2. Hati-hati dalam melakukan forward

Jangan forward email spam tersebut. Walaupun anda melakukannya hanya untuk bergurau senda dengan kawan kawan anda kerana perkara ini akan menyebarkan spam tersebut.

3. Perhatikan laman Web secara teliti

Hati-hati dengan laman web yang tidak jelas. Apalagi yang meminta Anda untuk memasukkan alamat email dan informasi peribadi Anda

4. Jangan tayangkan email Anda secara terbuka
  5. Gunakan sistem Antispam
Menggunakan sistem antispam adalah langkah efektif. Antispam bertindak menghalang spam masuk ke email Anda.

6. Delete spam comments or spam emails! 
Sumber : SINI
-------------------------------------------------
 Bertindak secara bijak.
Anda mampu mengubahnya :)

Entry ini adalah rentetan daripada entry ini.
 

Sunday, 27 November 2016

Movie review | OUIJA

Adios!
Assalamualaikum.
Semalam, 26 November 2016, aku dan kawan kawan sekolah menengah dalam 10 orang hang out pergi MesraMall.

On the spot rancang. Rancang in 3 days. So, 10 orang je yang dapat hadir. 
  
 
Yang lain sibuk study, tak boleh cuti. Ada yang sibuk urus kenduri kahwin HAHA! Ada yang sibuk dengan hal peribadi. Nevermind, memahami :)

We spent our day in almost 9hours!!!! I just can't believe it. Im so happy :)
 So, taknak cerita panjang pasal hang out kitorang. Aku nak story pasal movie Ouija yang kitorang pergi tengok semalam.

Image result for movie ouija 2016 

Haa yang ni!

7/10 - First jalan cerita boleh tahan la. Part yang menakutkan tak sampai 20part pun rasanya. First part dah menakutkan actually. Tapi yang tu tak takut sangat. Sampai klimaks, part menakutkan tu banyak. Yang paling aku takut time pakwe kakak main character ni kena gantung then tetiba tarik kakak dia naik ke atas. Weh, time tu serius aku peluk tangan kawan aku sebelah. HAHA! Jalan cerita tak boleh nak agak. Bukan movie hantu yang cliche. Alhamdulillah tak rasa membazir duit aku HAHAHA! Tapi yang part pengakhiran dia, aku tak puas hati. Macam takde ending. Aduh, takkan ada part 3 kot. Aku paling bengang kalau cerita ni bersambung-sambung, buat aku tak sabar nak tunggu part seterusnya keluar.

 Movie hantu yang disarankan oleh aku.
Tapi yang ada penyakit lemah jantung ke yang lemah semangat ke, lemah iman pun, tak payah tengok sebab aku takut kang keluar pawagam, orang yang tolong angkut. Nak tengok sendiri kat rumah, jangan tengok sorang. Kang ada yang tak tidur malam asyik berzikir je. HAHAHA! Serius, aku tak bergurau.

K pesanan last, jangan pergi tengok dengan pakwe/makwe korang. Kang banyak pulak adegan tersentuh terpeluk ter ape lagi.

----------------------------------

Sorry for bad review.  Aku review saja saja je. Kalau ada yang perlu diperbaiki, tell me in the comment box below :)

Adios!
Bye. 

 



 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg