Wednesday 30 April 2014

Aib

Aib orang..
Memang seronok kalau kita tahu sesuatu yang memalukan orang lain, kan? Boleh jadi bahan cerita panas dengan kawan-kawan. Dan kalau-kalau terdesak, boleh dibuat bahan nak melawan semula orang tu bila bertengkar atau tak sefahaman di kemudian hari.

Jika dilihat budaya di Malaysia, orang ramai mungkin lebih kenal perkataan gossip daripada aib. Sebabnya gossip sudah ada tempat tersendiri dalam dunia media. Sudah diangkat jadi rancangan TV, ada blog tersendiri, disediakan kolum khas di surat khabar dan majalah.

Sedangkan aib? Jarang-jarang telinga kita boleh dengar. Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun tak mustahil ada yang tak tahu maksudnya. Melainkan kalau perkataan ni diguna pakai oleh cikgu-cikgu dekat sekolah.

By the way, aib ni apa sebenarnya? Aib secara umumnya bolehlah diertikan sebagai malu, atau untuk lebih mudah difahami, aib itu sesuatu yang kita ceritakan kemudian jika didengar atau diketahui oleh si pelaku, menjadikan si pelaku berasa malu atau tak selesa.

Seperti A menceritakan tentang aib B kepada C. Jika B mendengarnya, akan menyebabkan jatuh rasa malu dalam diri B. Begitulah secara ringkasnya. 

Dalam islam, kita dilarang membuka keaiban orang. "…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; …"
(Al-Hujuraat 49:12)

Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita..

Sumber : Group Tudung Labuh Whatsapp :)

Jom sama'sama berubah kerana Allah. Jaga aib orang, pasti aib kita terjaga. InShaaAllah.
Terima kasih.

2 comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg