Monday 30 June 2014

Iftar Amal 2014



Hai assalamualaikum semuaaa :)



Aman Palestin menganjurkan Iftar Amal 2014 , di Hotel Vistana Kuala Lumpur, tazkirah ramadhan dan solat Maghrib akan diimamkan oleh Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood) , kami juga mengalu-alukan tempahan berkumpulan. untuk tempahan hubungi

Maklumat lanjut dan tempahan hubungi:
Tel: 03-89267019
Akib:019-622 7019
Farhan: 013-351 3040
Fasihah: 019-280 3973

Rm150/pax

Ayuh, sama'sama memeriahkan Iftar Amal yang dianjurkan oleh Aman Palestin. Sama'sama bersedeqah sambil beramal.



Buat pengetahuan korang, Iftar Amal ini dianjurkan untuk mengumpul dana membaik pulih Masjid Al-Aqsa
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beramal :)

"Sedeqah yang paling afdhal adalah pada bulan Ramadhan"


NotaKaki: Aku takboleh join. Jauh maa :( Korang yang dekat'dekat tu, pergilah ye? :D
Okay adios~


Sunday 29 June 2014

Sesi balas komen dan blogwalking!


Hai hai hai :) Assalamualaikum!
Salam 1Ramadhan semuaaaa :) Alhamdulillah dah sehari kita berpuasa. Ohsem. Memang best gilerr kan? :D

So here i go. Sekarang tetiba muncul mood nak balas komen dan blogwalking semua serta followback bloggers yang sudi komen dan follow aku.

Thanks semuaaa! Selamat berbuka puasa :*

Btw jangan lupa tinggal komen url anda! Aku nak memperbaharui bloglist :) Kalau lebih daripada 10, aku hubungi en.Random yang handsome. Kalau tak, aku letak semuanya dalam bloglist cantik aku tu. Haha. Kbye'bye :))

Saturday 28 June 2014

Keyword : Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa




Aip aip :)
Assalamualaikum semuaaa :)
Hari ni rajin pulak nak menaip. Mungkin sebab rasa lepas ni susah dah nak menaip. Haha. Hujung minggu je kot ada kesempatan nak menaip.

Okay korang kenal Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa? Kalau kenal, jangan lupa komen tau!

Terdetik nak buat entry pasal sekolah ni sebab aku ternampak Search Keyword pasal sekolah ni. Pelik jugak aku ada orang search nama sekolah ni dekat blog aku.

Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa ni adalah sekolah lama aku. Aku start sekolah dari tahun 2004 hingga 2008. Dari 6tahun hingga darjah4. Tapi aku langkah kelas. So aku darjah1 hingga darjah5 dekat sekolah tu.

A lot of sweet experience sepanjang aku kat sana :) Sampai sekarang aku tak lupa walaupun dah nak dekat 6tahun aku tinggalkan sekolah tu. Dekat sekolah tu aku belajar banyak perkara yang mematangkan aku. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada ibubapa aku sebab hantar aku menuntut ilmu dekat sana. Terima kasih jugak kepada guru'guru aku kat sana sebab sudi mengajar aku ilmu Allah. Terima kasih sangat'sangat :)

Okay adios~ Salam 1Ramadhan!

Kenal pasti UNFOLLOWERS anda!

Hai hai hai :)
Assalamualaikum.
Lama tak menaip. Cuma sempat join giveaway, segmen and contest.
Maaf, aku sibuk. Sibuk dengan sekolah, hias kelas, homework, pembetulan exam. Haha no time untuk menaip sesuka hati di blog kesayangan.

Okay stop pot pet.

Anda mahu mengenalpasti unfollowers anda?

Senang sahaja. Aku selalu je cek unfollowers aku di Twitter. Klik SALAMRAMADHAN untuk ke laman web tersebut.


Korang boleh cek unfollowers korang di Twitter, Instagram dan Facebook. Kalau korang nak unfollow orang yang tak followback pun boleh. Semua di hujung jari. Haha. So, apa tunggu lagi? Pakat cek blake neh? Haha.

Tapi sebelum korang cek, korang kena sign in dulu semua akaun korang yang korang nak cek tu. Supaya senang takpayah sign in bila nak cek.

Okay adios~ Jumpa lagi :)

Wednesday 25 June 2014

Ketuk-Ketuk Aidifitri

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;





Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


  • Negeri Sembilan(HQ) - Puan Aisyah Ramond [018-3232100] / Office [06-6510455] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri HQ
  • Selangor - Puan Norlinna [019-2669569] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Selangor
  • Perak - Puan Nor Azira [016-5914902] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Perak
  • Terengganu & Kelantan - Puan Naqiah Khalidah [017-9674567] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Terengganu
  • Kedah - Puan Siti Roshila [012-5890080] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Kedah
  • Perlis - Puan Najah Farahin [012-5735856] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Perlis
  • Pahang - Puan Nor Azira Hassim [014-8173975] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Pahang
  • Pulau Pinang - Cik Ainul Hafizah [019-4236435] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Pulau Pinang
  • Johor - Puan Rosliana [012-7522409] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Johor
  • Melaka - Puan Azlina [019-6588803] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Melaka
**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**




Saturday 14 June 2014

#50 Wordless | Surah Al-Ikhlas |




Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan Ia tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya".( Ayat 1 - 4 : Surah al-Ikhlas )

Liebster Award Nomination by Syira Lokman



Haip haip. Kembali lagi bersama Liebster Award Nomination -.- Kali ini aku di tag oleh seorang kakak yang cantik manis lagi terkenal iaitu akak Syira Lokman. Maaf lambat jawab :3 Sebenarnya tak sangka di tag oleh akak Syira sebab em saya blogger baru kan, tak sangka kakSyira tahu kewujudan saya. Haha XD

Okay kita teruskan agenda aku. Hahaha jom baca soalan daripada kakSyira dan jawapan aku ;)

(1) Ceritakan serba ringkas tentang diri anda.
= Em. Nama diberi Karimah binti Zulkafali. 16 tahun. SMA Al-Falah Kemaman, Terengganu. Ambik subjek sains yang super susah -.- Seorang yang cerewet, garang dan sporting. Haha. Dan yang paling penting, suka berkawan :)

(2) Apakah tujuan anda berblog?
= Untuk berkongsi imu yang bermanfaat kepada semua supaya boleh bawak bekal kat alam "sana". Mengisi masa lapang dan untuk meluaskan lagi pengetahuan yang ada :)

(3) Apakah impian hidup anda?
= Dapat menjejakkan kaki ke Mekah sebelum nyawa ditarik malaikat Izrael ;)

(4) Blogger lelaki and perempuan yang anda suka.
= Blogger lelaki : Abang Hasrul Hassan dan blogger perempuan : Akak! Haha XD

(5) Apa pendapat anda tentang blog Syira Lokman.
= Header yang super duper cantik! Nak tempah boleh? Haha XD

(6) Apakah pekerjaan anda sekarang? *sekiranya masih belajar..nyatakan bidang dan dimana anda belajar.
= Masih seorang pelajar sekolah. Pelajar aliran sains tulen :)

(7) Apakah yang ditulis dalam blog anda?
= Tips, perkongsian agama dan entry peribadi.

(8) Majlis hari jadi yang diimpikan. *huraikan keadaan,jenis hadiah yang diinginkan.
= I love this question! Em saya nak majlis hari jadi yang surprise. Dihadiri oleh all my family, my friends, and my crush. And masa tu i will be a princess with a very beautiful dress. And my dad give my a new phone as a present. My mom will bake a cake. And the most important, my crush give me a present! Aaaa i want all of this! Hahaha but this is just a dream -.-

(9) Saat anda "jatuh",apa yang anda lakukan?
= Get up! Dan jangan jatuh lagi di tempat yang sama!

(10) Sekiranya orang yang anda sayang akan meninggalkan anda,apakah yang anda lakukan sepanjang hayat beliau?
= Muahaha buat dia menyesal sebab tinggalkan saya! Haha saya akan buat dia rasa betapa pentingnya diri saya dalam hidup dia!

(11) Apakah kejayaan paling indah yang telah anda kecapi?
= Make my parent happy with my UPSR and PMR result. And tahun depan i'll make they proud of me because of my SPM's result.

Done!
To be honest, i love this questions :)

Okay adios~
Assalamualaikum!

Friday 13 June 2014

Liebster Award Nomination by Cik Oren



Hallo~ aku kembali denga liebster award yang tak pernah nak habis aku jawab ni -.- hahaha. Kali ni aku nak menjawab soaan daripada Cik Oren. Sebelum tu aku nak berterima kasih dengan Cik Oren sebab berbesar hati tag aku. Hehe :) Terima kasih banyak'banyak :D

Okay. Let's scroll this entry until end.

This is Cik Oren's questions and my answers :)

1. Your date of birth - it's ok if you don't want to mention the year
= 24 February 1998 :)

2. What kind of book do you like to read?

= Novel.

3. Who is your favorite author?

= Ramlee Awang Mursyid

4. What do you like to share in your blog?

= Em tips.

5. Your favorite bloggers.

= All of bloggers.

6. Your hobby.

= Tweeting and blogging.

7. What's your activity during weekend?

= Tweeting and blogging again and again.

8. Your favorite food. 

= All kind of food. Hahaha except stone, rubbish.

9. Do you play any music instruments?

= No.

10. Your favorite artist.

= Maher Zain

11. What's your opinion about this blog? 

= Em first at all, sorry if you hate what i gonna to say. Maaf :( Saya tak berapa sukakan iklan yang terapung tu. Susah nak tengok apa yang ada di sebelah kanan dan kiri blog. But, i love your blog's song, tenang je :D

Okay done homework! Haha. And sesiapa yang nak anda di tag untuk liebster award saya yang akan datang, sila komen. Nanti saya kumpul all of the answers, saya buat entry tag korang ;D

Okay adios~

Thursday 12 June 2014

Drama Plus One di tv9

Aip aip kapten!
Assalamualaikum semuaaa ;]
hari ni aku nak review drama tv9. muahaha drama ni drama lama tapi aku suka. sebab drama ni tentang remaja. and one more thing, elfira loy pelakon utama woi! haha aku minat dia ;D

jom baca sinopsis dia.

Tahun terakhir Marissa di sekolahnya, dia tidak sabar untuk meninggalkan sekolahnya yang tidak pernah memberi ketenangan dalam hidupnya. Cerita bermula apabila Sasha – pelajar popular sekolah – mengupah Marissa untuk menyiapkan folionya. Walaupun tidak mahu, keinginan Marissa untuk membeli iPad kepada bapanya membuatkan Marissa mengambil kerja tersebut dengan bayaran pendahuluan.

Selain persekolahan, rutin harian Marissa termasuk menjadi pembantu pasukan dan water-girl pasukan bola keranjang (non-chinese-league) bersama bapanya Mr Fairuz – selaku coach pasukan. Di gelanggang Marissa juga sering dibuli oleh Nash – team captain. Jeevan merupakan salah seorang pemain yang mahu berkawan dengannya.

Semasa hari bapa, Marissa dan Mr Fairuz sedang makan di restoran apabila Marissa memberikan iPad tersebut kepada bapanya. Namun, malang tidak berbau, Mr Fairuz mengalami serangan skait jantung. Dalam kelam kabut, Marissa tertinggal iPad di restoran.

Berita tentang keadaan Mr Fairuz telah sampai ke sekolah dan Pasukan Nash sekarang tidak mempunyai coach, ini juga membuatkan biasiswa Marissa mungkin ditarik kembali. Untuk meneruskan biasiswanya, Mr Fairuz merahsiakan keadaannya dah meyakinkan pihak sekolah untuk membenarkan Marissa menggantikan tempatnya sementara Mr Fairuz ‘cuti belajar’. 

Marissa runsing, dia masih belum sempat membayar penuh iPad-nya yang hilang dan pelajarannya pula dalam bahaya, Marrisa perlu membuat keputusan yang cepat. Marissa mencuba nasibnya sebagai coach dan mendapati tiada siapa mendengar arahannya.

Akhirnya, selepas nasihat dari Kaunselor sekolah dan Jeevan memulangkan iPad yang dijumpanya di restoran keluarga Jeevan, Marissa mengambil posisi coach tersebut. Nash dan pasukan terkejut dengan keputusan Marissa.

Sementara itu, Marissa terlupa untuk menyiapkan folio Sasha lantas membuatkan Sasha gagal dalam subjek tersebut. Sasha berikrar untuk membalas dendam.

Dramatik kan? Haha. Sekarang aku tengah search drama full di google. Jom pakat tengok blake noh? XD

Tekan SayaCantik kalau nak tengok. Hahahahaha XD

Okay gotta go. Adios~


Wednesday 11 June 2014

Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban

Assaamualaikum :)
Hari ni aku nak kongsikan kepada korang semua Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban. Artikel ini diambil dari laman sesawang Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin di http://drmaza.com/
Tekan SINI untuk ke artikel asal.

Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.

Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Monday 9 June 2014

#48 Wordless | Special For HAWA |

Embedded image permalink

"@sentap_kbye: for hawa
bye pic.twitter.com/wC6BefBAl0"

Liebster Award Nomination by Hana Jalil

Haip! Assalamualaikum :)
Muahaha mesti korang perasan hari hari aku duk jawab mende alah ni kan? Haha jangan jemu! Aku nak habiskan semua soalan yang orang tag aku :) Takmau la hampakan orang :) Orang dah susah susah tag kita, kita tak hargai pun. Takbaik :D

Okay this time aku di tag oleh akak Hana Jalil merangkap peng-edit blog aku yang comel ni. Hahaha perasan sebentar -_- Nak edit blog dengan harga yang berpatutan, boleh contact akak ni :)

So, let's go to the questions and answers!

1. Boleh Ceritakan serba sedikit mengenai blog korang TAK?
= Blog aku berkisarkan seorang remaja yang sedang bosan. Hahaha just kidding. Blog aku pasal diri sendiri, tips, perkongsian agama, giveaway, entry emosi dan perkongsian tentang kehidupan :)

2. Minat Runningman tak? Kalau minat, character mana korang suka? :D
= Minat. Tapi dulu :) Sekarang dah insaf. Muahaha XD Aku suka character Kang Gary! Simple, poyo, gentleman, handsome and romantic! Hahaha XD

3. Siapa MENTOR korang dalam blogging?
= Mentor? Rasanya macam takde. Aku lebih suka ukut diri sendiri. Hahaha XD

4. Apa nama samaran korang?
= Imah :)

5. Kali terakhir korang hangout bila? :D
= Hangout dengan kawan? Fuhh, dah lama tak keluar hangout. Busy dengan exam. Cuti ni pun busy dengan holiday dengan family.

6. Suka online shop tak? Nyatakan online shop yang korang selalu terjah boleh?
= Kurang suka! Sebab aku ni seorang yang cerewet tahap max! Haha. Serious talk. Sebelum aku beli pape barang, aku akan belek dan perhatikan betul betul. Aku kena pastikan keadaan barang tu 100% elok baru aku beli. Haha susah nak pastikan semua tu kalau beli online :)

7. Negara yang korang teringin nak pergi?
= Mekah! :)

8. Suka join contest tak?
= Sangat suka! :D

9. Cerita kegemaran korang apa?
= Yang ni dah jawab kat SINI :)

10. Dah lama ke dalam dunia blogging ni?
= Tak lama sangat. Dalam 2 atau 3 tahun :)

11. Apa pendapat anda mengenai blog Hana?
= Baru tukar header erk akak? Haha kurang berkenan sikit. Hehe XD Tapi tetap kemas (Y)

Okay done! :D
Akak ni tahu aku seorang yang cerewet sebab mase dia edit blog aku, terserlahlah kecerewetan aku tu. Hehe. Sorry ye kak? :D

Jangan lupa komen kalau nak ditag! But pastikan tak pernah kena tag dengan orang lain ye? :)
Okay adios!

Sunday 8 June 2014

#47 Wordless | Halaqah Cinta |

Embedded image permalink

"@DoaIndah: Semoga engkau(muslimah) dianugerahi lelaki yg lebih mencintai Allah dibanding dirimu #HalaqahCinta pic.twitter.com/gEkK201Oz7"

Saturday 7 June 2014

Liebster Award Nomination by Si Tracey

Hai hai hai :) 
Assalamualaikum.
Kali ni entry pasal Liebster Award dalam bahasa Melayu sebab soalan daripada akak Si Tracey. Akak ni HAVOC tau. Haha so cool baca entry'entry akak ni. Tak caya? Try la stalk :p

Jom tengok soalan akak havoc ni dan jawapan aku~


(1) Sepanjang jadi Blogger, apa event blog yang paling korang tak boleh nak lupa?

= Takpernah dapat jemputan pergi event -_- Hahaha so, kalau ada pape jemputan, mohler jemput ye? XD

(2) Rasa-rasanya sampai umur berapa atau bila korang akan berhenti buat blog?
= Buat blog? Saya buat blog skali je. Hehe. Aktif berblog ke? :p Haha saya nak aktif sampai ke tua maybe. Blogging best kot (Y) Hehe.

(3) Pernah tak ada rasa menyesal buat blog? Atau ada entri yang korang rasa nak tarik balik.
= Nope. Tak pernah menyesal sebab blogging itu menyeronokan XD Entry tarik balik? Hehe banyak kali. Semua entry masa first first berblog, semua aku delete. Sebab aku rasa takde pape faedah pun yang korang dapat kalau korang baca entry tu.

(4) Rasanya kalau takda blog, korang tengah watpe sekarang?
= Duk main Twitter je manjang. Hahaha XD Ataupun sibuk duk study. Eh? Macam mustahil je. Hahaha XD

(5) Berikan satu perkataan untuk describe blog korang sekarang ni.
= Remaja.

Siap!
Korang jangan pelik tengok soalan sikit sangat sebab kakak Havoc ni minta request buat soalan sikit je. Hahaha. Okay terima kasih sudi baca :)

Jangan lupa komen kalau nak kena tag! :) Jangan malu'malu. Biar sama'sama rasai perasaan kena tag. Haha XD

Bye'bye!

Friday 6 June 2014

ENTRY PENDEK -__-

Assalamualaikum semuaa!

Hai. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rindunya nak join berblogging. 7hari tak online.

7HARI.

Buat apa? Hahaha holiday bah! Perlis + Kedah + Penang. Terbaik :D And now, no time untuk menaip panjang'panjang sebab malam ni kena bertolak balik kg. Padahal petang takdi baru sampai rumah. Letih.

Migrain + Deman = SABAR

Adios~ Takboleh lama'lama online. Maaf kepada yang tag saya tuh. Nanti saya take care of it. Don't worry :)

Adios~ Again -_-

Liebster Award Nomination by Wadhihah Hadi

Hi!
Assalamualaikum.
This Liebster Award is from Sis Wadhihah Hadi :)
Thanks for tagging me.

So, here the Sis Wadhihah Hadi's question and my answers...

1. Do you believe in love?
= Of course :) Love Allah first, you'll be loved :D

2. Which is your favorite song?
= Problem! By Ariana Grande.

3. What was your favorite subject in school?
= Mathematics! Love it very much! :D

4. Where were you 5 hours ago?
= Sleeping on the carpet. Haha.

5. What are 5 things you like about my blog and 5 things you dont like.
= 5 things i like about your blog (1) Cute header (2) Simple (3) Neat (4) A lot of tips (5) And lastly, you wrote a lot of recipe :)
= 5 things i don't like about your blog (1) Em i don't see any colors except white, black and pink. Btw no 2, 3, 4 and 5. Haha. I don't like anything else about your blog.

6. Do you trust people easily?
= NO! Especially men or boys!

7. How many hours a day do you spent to update blog?
= Two or three hours ;)

8. You're give one wish, what would it be?
= Wanna fly to Makkah! Right now! Aaaa i want it :(

9. What are you doing right now? *take picture*
= Smile and say cheese :D

10. Do you have a pets? What and tell me your pet's name.
=No. Haha. A few month ago, i have it but my mom throw it -_- I name my pet "Buncit" Haha XD

11. Tell me your funny childhood stories that you will never forget.
= Em get mad to a boy on a stage in front of a lot of people -_- Hahahaha.


End.
And who want to get a tag, put your comment :) And make sure you never got a tag from others.

Adios~


 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg