Thursday 12 June 2014

Drama Plus One di tv9

Aip aip kapten!
Assalamualaikum semuaaa ;]
hari ni aku nak review drama tv9. muahaha drama ni drama lama tapi aku suka. sebab drama ni tentang remaja. and one more thing, elfira loy pelakon utama woi! haha aku minat dia ;D

jom baca sinopsis dia.

Tahun terakhir Marissa di sekolahnya, dia tidak sabar untuk meninggalkan sekolahnya yang tidak pernah memberi ketenangan dalam hidupnya. Cerita bermula apabila Sasha – pelajar popular sekolah – mengupah Marissa untuk menyiapkan folionya. Walaupun tidak mahu, keinginan Marissa untuk membeli iPad kepada bapanya membuatkan Marissa mengambil kerja tersebut dengan bayaran pendahuluan.

Selain persekolahan, rutin harian Marissa termasuk menjadi pembantu pasukan dan water-girl pasukan bola keranjang (non-chinese-league) bersama bapanya Mr Fairuz – selaku coach pasukan. Di gelanggang Marissa juga sering dibuli oleh Nash – team captain. Jeevan merupakan salah seorang pemain yang mahu berkawan dengannya.

Semasa hari bapa, Marissa dan Mr Fairuz sedang makan di restoran apabila Marissa memberikan iPad tersebut kepada bapanya. Namun, malang tidak berbau, Mr Fairuz mengalami serangan skait jantung. Dalam kelam kabut, Marissa tertinggal iPad di restoran.

Berita tentang keadaan Mr Fairuz telah sampai ke sekolah dan Pasukan Nash sekarang tidak mempunyai coach, ini juga membuatkan biasiswa Marissa mungkin ditarik kembali. Untuk meneruskan biasiswanya, Mr Fairuz merahsiakan keadaannya dah meyakinkan pihak sekolah untuk membenarkan Marissa menggantikan tempatnya sementara Mr Fairuz ‘cuti belajar’. 

Marissa runsing, dia masih belum sempat membayar penuh iPad-nya yang hilang dan pelajarannya pula dalam bahaya, Marrisa perlu membuat keputusan yang cepat. Marissa mencuba nasibnya sebagai coach dan mendapati tiada siapa mendengar arahannya.

Akhirnya, selepas nasihat dari Kaunselor sekolah dan Jeevan memulangkan iPad yang dijumpanya di restoran keluarga Jeevan, Marissa mengambil posisi coach tersebut. Nash dan pasukan terkejut dengan keputusan Marissa.

Sementara itu, Marissa terlupa untuk menyiapkan folio Sasha lantas membuatkan Sasha gagal dalam subjek tersebut. Sasha berikrar untuk membalas dendam.

Dramatik kan? Haha. Sekarang aku tengah search drama full di google. Jom pakat tengok blake noh? XD

Tekan SayaCantik kalau nak tengok. Hahahahaha XD

Okay gotta go. Adios~


No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg