Wednesday 3 August 2016

Kuatkan dirimu wahai Hawa

Wahai sang lelaki,
Engkau tahu bahawa insan bernama Hawa,
Insan yang lemah.
Tapi mengapa?
Mengapa engkau masih menguji kesetiaannya kepada tuhan?
Engkau berbicara memberi harapan
Harapan yang belum tentu kau pasti
Harapan yang kabur.

Engkau lontarkan satu harapan
Menjadi harapan seorang hawa
Seorang hawa yang selama ini kental,
Kini dibuai oleh sebuah harapan.
Harapan yang sememangnya satu penipuan!

Engkau tidak sedarkah wahai sang lelaki?!
Engkau masih belum punyai apa-apa
Untuk berbicara sedemikian.
Engkau hanya bermain kata!
Kata-kata yang tajam seperti sebilah pedang.

Dan akhirnya,
Engkau hanya menyakiti hati seorang hawa.

Wahai sekalian hawa.
Jangan engkau terlalu mudah mempercayai.
Kata-kata seorang lelaki itu belum tentu ada benarnya.
Lebih-lebih lagi, lelaki remaja.

Wahai hawa yang disayangi.
Jika seorang lelaki mengatakan kesanggupan untuk menunggumu,
Jangan mudah engkau menaruh sebuah harapan
Benarlah,
Kata-kata hanya sekadar kata-kata,
Sehingga ia menjadi satu realiti.

Wahai sang hawa,
Jangan terlalu kecewa.
Jika dikau ditipu lelaki durjana!
Sedarlah bahawa dikau terlepas daripada satu binasa
Yang akan menjadikan engkau lebih kuat
Kuat menghadapi penipuan seorang lelaki.

Aku mohon kepadamu sekalian hawa,
Kuatkan dirimu.
Sayangi dirimu.




2 comments:

  1. -Its wrap-
    This entry is actually to my friend.
    Stay strong dear!
    I love you and I knew that feeling!
    I got what you got. Like seriously, I can't move on.
    And alhamdulillah, I'm trying harder.

    Be a success woman and you can choose who you want! Stay class! HAHA :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg