Wednesday 11 May 2016

Pengalaman UKCG dan temuduga IPG 2016

Assalamualaikum semua.

Kembali aku di dunia blog yehaaaaa! Adaa yang rindu tak? HAHA. Okay okay tak perasan >.<

Kali ini aku nak story tentang pengalaman aku temuduga untuk kemasukan IPG sesi 2016. Alhamdulillah bersyukur pada Allah aku diberi peluang untuk temuduga tersebut. Tapi sebelum aku cerita pasal temuduga tersebut, aku nak cerita pasal macam mana aku boleh terdetik untuk mohon IPG.

Hehe. Cerita dia macam ni. Ada satu haritu my mom ws gambar permohonan IPG telah dibuka. Aku pun macam "oh okay" sebab aku tak terdetik pun nak mohon. Lepastu my mom asyik tanya "dah mohon belum cikgu tu?" Aku pun dengan malas jawab "belum, nantilah mah mohon" So, end up one day aku tengah buka laptop lepastu teringat pasal tu aku pun search je la google. Then mohon. Masa tu aku isi je borang TANPA LIHAT SYARAT. Haha masa tu aku cuma tahu calon spm 5A sahaja boleh mohon. Aku isi pun dalam keadaan santai, tak ambik serius langsung.

p/s : aku mohon subjek matematik dan pendidikan islam
(mintak math, addmath kena A. Tapi aku tak A. Aku tak tengok syarat kan hehehe)

Then, dalam bulan April haritu aku buka ig, aku tengok ada sorang budak perempuan satu umur dengan aku, post pergi UKCG (Ujian Kemasukan Calon Guru) Aku pun be like "eh dah tahu eh result?" aku cakap sorang sorang je la. Lepastu aku ada tanya kawan aku yang dapat pergi jugak, dia cakap DIA DIBERITAHU. Aku pun "oh okay aku tak dapat la tu sebab aku tak diberitahu pape pun." End up, aku buat taktahu. HAHA!

Esokkan aku pergi sekolah (sebenarnya memang minggu tu aku pergi sekolah straight sebab tolong latih budak'budak bahas). Lepastu aku ada lah berbual dengan cikgu pasal ujian tu. Cikgu pun bagitahulah, rugilah tak dapat, IPG ni bagus bla bla bla. Banyak la cikgu bagitahu. Lepas aku balik daripada sekolah, aku cepat'cepat buka google crome melalui phone, cek aku dapat ke tak. AKU TERKEJUT KOT AKU DAPAT UKCG TU. Yang paling terkejut, HARITU HARI AKU UJIAN.

Adoi. Aku pun buka laptop cek lagi sekali nak kepastian. Then, aku call kawan aku yang isi jugak IPG ni. Dia pun haritu jugak, jadi kami berdua sama'sama terlepas UKCG tu. Aku pun tak puas hati lah. Aku call KPM, tanya boleh tak aku nak extand aku punya ujian. Dia cakap kena try call pihak IPG.

Esokkan tu aku pun call la. IPG cakap boleh datang harini (hari yang aku call tu) atau esok. Aku pun jadi terfikir jauh weh ujian aku. Dekat Negeri Sembilan weh! Aku dari Terengganu kot. (Kalau korang nak tahu aku yang mintak ujian dekat n9 sebab aku takbaca leklok masa isi borang-.-) Then aku call ayah aku, bincang. Ayah aku suruh balik, then pergi petang tu jugak.

So, aku pun pergi lah 14April2016 baruni.

UKCG ini adalah Ujian Kemasukan Calon Guru.
Cerita UKCG macam ni.
Pagi jam 5.30 aku dah bangun siap siap solat subuh. Pakain track suit. Aku bertolak dalam pukul6 sebab masa tu kami menginap di hotel bandar seremban. Pergi awal sebab takut tak jumpa tempat tu dekat mana. Aku UKCG di IPG Kampus Raja Melewar.

7.30pagi - Start berkumpul
8.00pagi - Pendaftaran
8.30pgi - Taklimat
9.00pagi : 9.45pagi - Ujian bertulis
10.00pagi : 12.00tengahari - Taklimat & Ujian Kecergasan Fizikal

Untuk Ujian bertulis, senang je. Soalan pasal diri masing-masing. Tips dari aku, jawab sebagai seorang guru. Haa inshaAllah tinggilah markah korang. Hihi.

Untuk Ujian Kecergasan Fizikal, ada 5 ujian.

1. Pumping (20x tanpa henti)

Yang ni aku full mark sebab kakak tu tolong heheheehe :D


2. Kelenturan (42cm) 

Yang ni korang kena duduk melunjur then tunduk badan korang supaya tangan korang boleh tolak bongkah sehingga 42cm. Aku sampai 34/36cm je huhuhu sedih.

3. Ujian Ketengangan Urat (5tahap)

  • Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. 
  • Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.
Kalau aku, aku sampai tahap4 sebab tahap5 tu tak boleh naik dah HAHA!

4. Check tinggi dan berat (BMI)
5. Bleep test (lari sejauh 20meter secara ulang alik)

Bleep test aku sampai level3.4 tak silap. Satu level 7x pusing. Kalau nak lulus bagi calon perempuan level3.2. Kalau calon lelaki level 4/5 tak silap. Masa haritu, sorang je calon lelaki dapat full mark. Level 7.2 tak silap. Power kan.

------------------
Habis cerita pasal UKCG.
Okay masuk cerita pasal temuduga pulak.

Mengikut takwin, 2mei dah keluar result untuk temuduga. Tapi 2mei kan cuti. 3mei lah keluarnya. Mak ayah aku duk tanya berpuluh kali aku dapat ke tak. Aku duk la refresh laman web kpm berpuluh kali adoi. So, 3mei tu pukul3 petang dah keluar. Tapi aku cek pukul5 petang sebab aku sibuk sikit.

Aku temuduga 9Mei2016.
Di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Subjek ; Pendidikan Islam

7.30pagi- Taklimat
8.00pagi - Bergerak ke bilik temuduga masing-masing.

Aku, bilik B sesi ke2.
Bagi calon Pendidikan Islam, ada ujian amali. So masa tu ustaz tu suruh untuk sesi1 masuk temuduga dulu, sesi2 pergi ujian amali.

Then, kumpulan aku (6orang) bergerak ke bilik ujian amali. Masuk berpasangan. Masa tu budak lelaki 2orang dulu masuk. Lama weh. Berdebar habis. Adoi. Btw, aku dapat kawan baru yang sepesen dengan aku hahaha! Namanya Ainun Syafiqah, budak klate la. Cantik orangnya, tinggi 170cm. Haha berbeza dengan aku. Kami masuk berdua.

Ujian amali ada 2sesi.

Sesi1 - Soalan fardhu ain (3), baca teks arab tanpa baris dan bina ayat dalam bahasa arab melebihi 8patah perkataan berdasarkan gambar.

Soalan fardhu ain yang aku dapat:-
1. Rukun nikah (aku tak ingat satu je T.T)
2. Malaikat dan tugas
3. Bacaan doa qunut

Gambar aku dapat : Gambar minuman.
Aku buat ayat simple giler.
"Muhammad minum air di kantin bersama kawannya yang bernama Ahmad." 
Kehkeh.

Sesi2 - Mengaji alquran dan menulis jawi

----------------------------

Masuk sesi temuduga.

Kami berenam masuk bersama.
Duduk satu barisan kerusi mengadap 2orang penemu duga.

Mula-mula dia suruh intro diri masing'masing. Tips aku, korang jangan duk panjang lebar cerita pasal family adik beradik berapa orang. Intro camtu bosan duh. Korang kena fikir nak cerita apa untuk menarik perhatian penemu duga untuk lihat korang layak untuk jadi cikgu.

Aku orang ke3.
Aku cerita pasal aktiviti lepas spm aku sebagai guru kafa sambilan. Panjang gak ah.

Then lepastu dia tanya apa sahaja yang dia nak tanya. Contohnya, calon ke6 dia tanya kenapa dia perlu dipilih menjadi guru. Calon ke4, dia tanya aktiviti lepas spm. Aku, adakah aku layak menjadi seorang guru dan pasal kerja sambilan aku tu. Calon ke5, dia suruh cerita pasal tempat tinggal. Calon pertama dan ke2 dia tanya pasal aktiviti masa sekolah gak. Calon ke2 ada gak kena tanya pasal ketua pendidikan. Dia tak tahu so, aku tolong jawabkkan heheh aku hafal kot. Soalan pasal pendidikan ada, pasal sekolah kluster pun ada. Aku dah baca semua tu, tapi alhamdulillah dia tak tanya aku haha!

Habis tanya soalan, dia bagi kerja kumpulan.
Dia bagi satu kertas bergambar dengan 3soalan.

Korang kena bincang dengan kuat. Then tulis atas kertas mahjung (kertas putih besar). Then bentang.

Aku dapat gambar berkerjasama camtu.
Soalan:-
1. Isi tersurat
2. Profesion perguruan
3. Kesimpulan.

Senang'senang je.
Then habis.
Boleh balik.
Yeay.

Etika pakaian : Baju kurung dan kasut hitam bertutup dan bertumit.
Adoi sakit kaki aku. HAHA.

Adios! Semoga membantu anda! :D
Maaf terlalu panjang!






19 comments:

  1. kami haritu lelaki beep test sampai level sepuluhhhh..gila power!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Tapi di IPG kampus raja melewar, dia buat full test sampai level 7 lebih camtu je hehe

      Delete
  2. Thank you!! :) Esok saya pergi interview jugak :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih :) Saya dapat 9Mei2016 baruni :)

    ReplyDelete
  4. tahniahhhh. kita sama lah. hehe. semoga dpt masuk ipg nanti. sabaq tunggu result niee. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! :D Semoga kita berdua ada rezeki masuk ipg :)

      Delete
  5. Dik,bukan bandar mersing kat johor ke? Adik pi N9, tido kat Mersing johor? :P

    ReplyDelete
  6. Assaalamualaikum, awk nk tny utk pkaian time ukcg tu boleh pkai kaler bebas ke wrna putih je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bebas, tapi still ada etika pemakaian :)

      Delete
    2. sya nak tnya ni kalau kita ambik bidang bahasa melayu dan sejarah kena pergi utk temuduga jgak ka?

      Delete
  7. assalamualaikum. kalau bmi tak lepaih pon depa kira ka kak?

    ReplyDelete
  8. no 3 ujian ketegangn urat tu, ade x yg x lps thp 1? kalau ade, lulus ke ujian tu?

    ReplyDelete
  9. Datang sana bju kurung dh tu tukar ea??

    ReplyDelete
  10. isnin ni da interview..wish me goodluck :)

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg