Thursday 27 February 2014

JOM BACA SINI :)


Hai hai hai :)
Assalamualaikum!
Jom baca short story nih.
InShaaAllah bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------


"Kau tengah buat apa tu?" Kawan tepuk bahuku.


"Aku tengah hafal nama-nama artis k-pop. Maklumlah, kalau aku tak tahu nama-nama mereka ni, ketinggalan beb. Isu-isu gossip artis tempatan pun mesti aku ambil tahu. Contohnya nama-nama artis yang berkahwin, berkhalwat, kena tangkap basah, bercerai dan macam-macam lagi. Kau apa tahu? Duduk belek kitab-kitab usang kau tu je."

Aku cuba memerli menunjuk bagusnya diriku ini di depan kawanku itu.

"Kau tahu tak nama-nama Nabi Muhammad?" 

"Gila kau aku tak tahu. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Satu je lah nama Baginda s.a.w." Aku jawab kompiden.

"Dalam kitab 'Al-Ahwadzi Fi Syarh At-Tirmidhi', Abu Bakar bin Al-Arabi bin Al-Maliki kata nama-nama Nabi s.a.w. ada lebih kurang seribu nama. Dalam kitab tu, beliau bawakan 60 nama secara terperinci.

Tapi, aku nak khabarkan pada kau nama-nama Baginda mengikut hadis yang sahih sebagaimana disebut dalam Sahih al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi. Aku ceraikan terjemahan hadis untuk kau. Nanti kau semak sendiri kesahihannya lepas ni ya. Nabi bersabda tentang dirinya:-

1. Aku adalah Muhammad iaitu yang seringkali dipuji.

2. Aku adalah Ahmad iaitu yang terpuji. 

3. Aku adalah ( الْمَاحِي ) Al-Mahi iaitu penghapus, yang kerana aku dihapuskan kekufuran. 

4. Aku adalah ( الْحَاشِرُ ) Al-Hasyir iaitu pengumpul, di mana seluruh manusia akan dikumpulkan sesudahku. 

5. Aku adalah ( الْعَاقِب ) Al-Aqib iaitu nabi yang datang terakhir dan Al-Aqib adalah nabi yang tidak akan ada lagi seorang nabi sesudahnya. Juga ( الْمُقَفِّي ) Al-Muqaffi dengan makna yang hampir sama dengan al-Aqib.

6. ( نَبِيُّ التَّوْبَة ) Nabiyuttaubah, ( نَبِيُّ الرَّحْمَةِ ) Nabiyyurahmah, dan ( نَبِيُّ الْمَرْحَمَة ) Nabiyyulmarhamah, dengan makna yang hampir sama iaitu sebagai Nabi yang membawa taubat dan membawa kasih sayang di antara manusia."

Kawanku menjelaskan sedikit sebanyak. Kemudian, beliau menambah,

"Kau tahu hakikat di sebalik nama Muhammad dengan Ahmad?"

Aku menggeleng-geleng.

"Umat Baginda. Kitalah. Kena buat segala jenis perbuatan terpuji ikut cara Baginda. Supaya manusia melihat Islam ini agama yang memang terpuji akhlak dan peradabannya. Akhirnya, puji-pujian itu membawa manusia sejagat kepada memuji Allah lalu menjadikan Allah sebagai tonggak tauhid."

Aku tak berkelip memandang muka kawanku itu.

"Kassim Ahmad (nama tokoh anti-hadis malaysia) yang tengah kontroversi tu ada Ahmad gak kan di namanya?" Aku tertanya.

"Alangkah indahnya andai beliau memahami hakikat Ahmad itu adalah ikut Nabi, hadisnya, sunnahnya dan segala-galanya yang datang dari Nabi s.a.w.. Eh, jangan tengok pada orang lainlah. Tengok pada diri sendiri tu. Ada ke tak ikut Nabi? Ada ke tak belajar ilmu hadis Nabi?" Kawanku menjawab ringkas lalu berlalu pergi.

Aku mengambil Eye-Mo-Mo menitikkan ke dalam mataku banyak-banyak untuk menambahkan lagi efeks tangisan syahduku di malam ini.

Oh my imans.

cerita oleh: Muhammad Rusydi




2 comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg