Thursday 24 July 2014

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014



Hi!



Just wanna say, aku nak sertai pertandingan ni! Yaaa aku nak. Semangat ni. Muahaha. Aku jumpa pasal pertandingan ni di entry di blog blogger Syahmi :)

So, apa kata korang pun join sekali? :P

Aku dalam kategori B. Dan korang tak akan rugi kalau join pertandingan ni sebab semua peserta akan dapat sijil! :D

Meh aku senaraikan syarat pernyertaan :

a) Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini dibuka kepada kategori berikut:
i. Kategori A : Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
ii. Kategori B : Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 
Tingkatan 5)
iii. Kategori C : Terbuka bagi rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke 
atas
iv. Kategori Khas : Terbuka bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 9 
tahun hingga 45 tahun

b) Pertandingan ini dibuka dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014.

c) Setiap peserta hendaklah memilih salah satu pilihan tajuk yang diberikan 
seperti berikut:
i. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia 
untuk menyatakan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong 
asing.
ii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia 
tentang pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia.
iii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia 
tentang cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di kawasan 
anda yang berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia.

d) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.

e) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan 
sama sekali menggunakan mesin taip atau computer. Peserta Kategori D OKU 
(Penglihatan) hendaklah menggunakan mesin taip Braille dan karya yang 
dihantar disertakan dengan terjermahan.

f) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut 
kategori seperti yang berikut:
i) Kategori A: Sekolah Rendah - 150 hingga 250 patah perkataan
ii) Kategori B: Sekolah Menengah - 350 hingga 500 patah perkataan
iii) Kategori C: Terbuka (18 tahun ke atas) - 550 hingga 700 patah perkataan
iv) Kategori D: OKU (9 – 45 Tahun) -Tidak melebihi 300 patah perkataan

Anda berminat untuk join?
Klik SINI untuk download borang dan terma & syarat.
Ketahui maklumat lanjut di SINI

Ayuh sama'sama mencuba nasib! :D
Bye~


Btw, hadiah RM2500 menanti :P Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

2 comments:

  1. hai.. sy pon join. Tunggu nak pos je lpas raye ni. btw sy dlm kategori C. Gud luck ye! ;)

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg