Friday 25 July 2014

Puppet Show


Hai! Assalamualaikum.
Hari ini aku nak mengimbas masa lalu. Haha. Masa lalu yang sangat'sangat best. Tahun 2009. Masa tu aku darjah 5. Aku buat satu persembahan yang dinamakan PUPPET SHOW.

Fuh memang mencabar sebab ianya memerlukan kerjasama yang tinggi. Semua kena buat sama'sama. Kena reka watak. Kena melukis. Huh, memang tak menang tangan. Tapi nasib baik ada cikgu yang membantu.

Maaf gambar blur

Meh aku cerita tentang apa Puppet Show ini.

Ada sebuah keluarga, seorang ibu dan seorang anak yang bernama Jack, Keluarga mereka keluarga yang miskin, mereka hanya ada seekor lembu sahaja.

Pada suatu hari, si ibu menyuruh anaknya menjual lembu milik mereka .Si anak pun pergilah menjual lembunyaa dan digantikan dengan biji benih. Si anak berlari pulang ke rumah. Sampai ke rumah si anak memberitahu apa yg berlaku lalu si ibu amat marah dan melemparkan biji benih itu ke tanah.

Pada keesokannya, mereka terbangun dan melihat pokok yang tinggi dan besar hingga ke langit. Si anak pun memanjat pokok itu hingga ke langit. Apabila sampai ke atas, dia ternampak sebuah istana yang besar dan cantik. Dia bergegas pergi ke istana itu. Dia mengetuk pintu dan secara tidak sengaja pintu itu terbuka dan dia melihat seekor gergasi.

Gergasi itu berkata "Baik awak lari sebelum suami saya memakan awak". Jack pun berkata "Saya akan pergi jika awak memberi saya sesuatu". Gergasi itu bersetuju dengan cadangan Jack. Gergasi itu bergegas mengambil seekor ayam untuk diberi kepada budak itu.

Tiba'tiba, si suami gergasi yang nampak kejadian itu berlari mengejar Jack. Sedang Jack berlari dia terjentik sebuah alat muzik lalu si gergasi pun tertidur. Budak itu bergegas berlari turun ke bawah sambil membawa ayam itu.

Selepas Jack sampai ke rumahnya, dia terus memotong pokok itu. Lantas Jack memberitahu kejadian itu kepada ibunya. Selepas itu keluarga mereka kembali bahagia. THE END


Muahahaha, best kan? Aku rasa masa tu watak aku adalah gergasi. Or Jack. Aku lupa. Haha. Rindu apabila mengenang masa silam.

Kbye. Wassalam.

1 comment:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg