Saturday 23 December 2017

Wabak MERS

Hai!
Assalamualaikum.

Entry ini sepatutnya #day6 of mission #fromZEROtoHERO!
Sorry untuk diri sendiri sebab tak sempat nak update untuk entry #day3 & #day4. Aku tak berapa sihat sebab migraine. Nah, nanti aku update entry khas pasal migraine inshaAllah :)

So, harini aku nak kongsikan pasal wabak MERS.


Perkongsian ini adalah daripada Twitter.

https://twitter.com/SyamiliMjd - Thanks to SyamiliMjd :)

This link thread pasal wabak MERS. 

My atok sedara baru balik from Umrah yesterday, sampai je KLIA dia pengsan. Alih alih terus masuk ICU sebab wabak MERS. So this is THREAD pasal wabak MERS ni. Sebab tak semua orang tahu.

MERS-Cov . Middle East Respiratory Syndrome Corona virus .The disease was first found in Saudi Arabia, 2012. MERS adalah jangkitan paru-paru and tanda penyakit or gejala adalah seperti demam, batuk, susah nak bernafas and melibatkan sistem gastrousus (muntah and cirit-birit)

What is sistem gastrousus? Yg boleh saya faham, dia berkaitan dgn organ pencernaan. ok taknak cerita in detail. Pergi google haha. Virus MERS ni merbahaya esp for warga emas, immunodeficient (pesakit yg kurang daya tahan penyakit) & pesakit- pesakit kronik (barah etc)

Based on kajian, virus ni berasal daripada kelawar and dijangkitkan ke unta and then jangkit ke manusia. Boleh nampak tak ala-ala rantai makanan tu? kelawar > unta > manusia. 'Strain" virus MERS-CoV yg menjangkiti manusia dikesan dari unta di beberapa negara (Mesiar, Oman, Qatar, Arab)

So untuk kurangkan kemungkinan wabak MERS ni menular...Maka sesiapa yang baru pulang from Negara Timur Tengah (nak kena bagitahu ke negara mana?) Ok bagitahuu lah sbb sis pun fail bab Geography. So, negara Timur Tengah (Arab Saudi,Bahrain,Iraq,Iran,Kuwait,Israel,Lebanon,Mesir).

Dinasihatkan yang baru balik dari NTT ni, especially from Arab Saudi sebab sekarang musim umrah. Maka, kurangkan berjumpa orang ramai dalam tempoh 2 weeks dari tarikh tiba di Malaysia. If tak sihat lepas balik dari sana, terus lah pergi buat check up ye dekat hospital.

Kurangkan juga berada di kawasan awam yang ramai orang. Risau jadi satu kes pulak dekat Malaysia. When you go to the clinic/hospital, make sure maklumkan dekat doctor everything anda buat and pergi semasa dkt NTT. Maklumkan secara detail kalau anda berkomunikasi dengan pesakit MERS

If korang bercadang or akan pergi Umrah, dinasihatkan elak dari menyentuh/melawat unta. Travel agency yang ada membawa ke kandang unta mohon anda beritahu. Masa saya ke sana bulan Feb lalu, travel agency saya memang buang lawatan ke kandang unta dalam list. Sedih oo takde gambar dengan unta.

Bila dekat sana, amalkan kebersihan dengan selalu membasuh tangan or senang pakai sanitizer selalu. And elakkan makanan mentah, susu tak dipasteur(ikut bahan bacaan hahaha). Okay itu je lah nak share. Thank you for reading this thread. Sharing is caring

INGAT! Wabak ni berjangkit sebab tu my atok sedara dikuarantin dalam ICU and mampu tengok dari cermin je. So SEBARKAN!

Actually, aku pernah dengar pasal wabak ni from kdrama. Yes. Tapi aku lupa tajuk apa drama tu. hm nanti aku ingat aku bagitahu balik haha :)

Jadikan ini sebagai pengetahuan tambahan. Jangan lupa hati hati gais! :)

Adios! Bye!




No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg