Wednesday 20 January 2016

Hari keputusan STAM 2015


Assalamualaikum.
Entry ini aku buat khas untuk seseorang yang penting dalam hidup aku. HAHA! No, bukan appreciate entry, hanya sekadar nak berkongsi dengan korang semua tentang peperiksaan STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Untuk pengetahuan korang semua, esok 21Januari2016, hari keputusan peperiksaan STAM.

STAM : Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam. 

Mata pelajaran
S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
S102 – Fiqh
S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
S104 – Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran)
S105 – Hadith dan Mustolah
S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
S107 – Insya’ dan Mutalaah
S108 – Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab)
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
S110 – Balaghah (kesusateraan)

---------------------------------------------

Dia pernah bagitahu yang STAM ni level dia tinggi. Lebih susah daripada belajar PQS, pendidikan quran sunnah atau PSI, pendidikan syariah islam atau Bahasa Arab Tinggi. Sebab semua subjek yang di ambil adalah dalam bahasa arab.

--------------------------------------------

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:
Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal

Aku harap sangat dia dapat mumtaz dalam peperiksaan STAM. Ameen :) Aku yakin dia lulus dengan cemerlang sebab bagi aku, dia layak untuk dapat result Mumtaz. Walaupun dua tiga harini dia duk asyik sebut dia takut gagal, aku tetap positifkan dia. Yes, itu je yang aku mampu buat :)

Gambate awak :')

2 comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg