Wednesday 13 January 2016

Syarat minumim kemasukan Program Asasi UIAM

Assalamualaikum.

Mulai harini aku nak start update pasal syarat kemasukan untuk program asasi untuk mana'mana universiti inshaaAllah. Bagi persediaan aku lepas dapat result spm nanti inshaaAllah.

So, harini aku nak mula dengan UIAM. Haritu aku dah stalk untuk beberapa U, tapi tak berkesempatan nak update.


-----------------------------------------------

SYARAT AM
(UNTUK SEMUA PROGRAM)
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya
2. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu
3. Kepujian gred C dalam salah satu (1) mata pelajaran
berikut :
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah

ASASI UNDANG-UNDANG
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4
semester bergantung kepada
pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)

Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred A- dalam mana-mana empat (4) mata
pelajaran.
2. Gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
atau
 Kombinasi gred B dalam mata pelajaran Bahasa
 Inggeris dan gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa
 Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi
3. Gred B dalam mata pelajaran Sejarah
4. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Mathematics
5. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran
berikut :
 Science
 Literature in English
 Kesusasteraan Melayu
 Geografi
 Additional Mathematics
 Sains Pertanian
 Perdagangan
 Ekonomi Asas
 Information & Communication Technology
 Prinsip Perakaunan
 Tasawwur Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Physics
 Chemistry
 Biology
 Pengajian Keusahawanan
 English for Science & Technology

---------------------------------------------------------------

Kalau korang nak check untuk program asasi yang lain, korang boleh rujuk SINI. Aku cuma update untuk program undang-undang sebab tu matlamat aku hehehe.

Dan sekarang kalau aku semak dengan markah trial spm aku, aku still kurang dekat subjek English. Huhu, dia nak B+, aku cuma B. Dan subjek Bahasa Arab Tinggi aku C untuk trial. Huahuahua T^T

InshaaAllah untuk result spm nanti, aku akan penuhi semuaaa syarat minimum yang dia nak, inshaaAllah akan lebih gempakkk ameen! Mohon doakan! :D

Adios! Harap dapat membantu lepasan SPM yang lain :)




No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg